nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday 30 September 2010

Salah satu Suara Emas yang mampu mengharukan hati orang

Lagu dari Youtube..


Lagu dari Filem 3Abdul.Tajuknya pun memang kena dengan Liriknya.Tolong Kami,Bantu Kami.....

Memang Hebat serta Power Penyanyi Dahulu,beri lagu yang biasa pun,mampu diubahnya menjadi BoxOffice.Salam Takziah...Walaupun lagu ini dianggap basi serta muak untuk didengar,tetapi sekiranya anda memang memiliki hati nurani,Tidak jemu mendengarnya......


Siapa setuju dengan saya yang lagu ini memang menusuk hati....

Tuesday 28 September 2010

Bagaimana membuat Link Withtin pada Blog Anda

Apa Itu LinkWithin.LinkWithin ialah satu Widget yang memaparkan Post lama atau Terbaik anda pada bahagian bawah setiap post anda.Kebaikannya ialah menjimatkan ruang blog anda disamping membolehkan post lama anda dipaparkan secara jelas.Ini meningkatkan serta Membolehkan post lama anda dibaca sekaligus menaikkan trafik.

LinkWithin ialah ruangan yang bertulis Anda mungkin juga meminati


Bagaimanakah Caranya untuk Membuatnya di Blog Anda.Amat mudah.Pertama sekali sila ke Laman webnya Linkwithin (klik saja LinkWithin itu).Kemudian akan dibawa melawat ke laman mereka.Rujuk Gambar dibawah

memula kenalah isi email,alamat blog dan lain.

ikut jer mcm kita buat/platform klik Blogspot,width sukati nak 3,4,5 ke.pas tu klik jer Get Widget


Kemudian anda akan dibawa ke halaman berikutnya.

Baca dulu semua halaman,pastu klik je install widget yang nombor 1
Title itu,nak ubah pun boleh,mcm saya tulis title seperti post menarik dari saya.sukati ok.

mcm dalam gambar,korang seretkan jer lin k tu bawah post.pastu save.siap

Baca Entri Ini sekiranya Ingin menambah Pelaburan Wang Anda

Salam semua,saya hanya ingin menanya anda bagaimana anda menambahkan wang gaji anda.Umumnya,semuanya menabung serta berjimat .Cara untuk menambah pelaburan pula ialah saham amanh seperti ASB,ASN dan juga unit Trust.Namun ,ada satu cara yang menjamin pulangan pelaburan anda sehingga 30%,Sedangkan ASB hanya menjamin sehingga 12 % itupun sekiranya ekonomi Baik.

Pelaburan yang saya maksudkan ialah pelaburan Emas.Jangan ingat saya menulis mengenai Pelaburan Emas MLM,salah itu.Saya menulis Mengenai Pelaburan Emas dalam bentuk Buku Akaun(Gold Invesment Account).Umumnya terdapat 2 bank yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu Public Bank serta Maybank.

Tahukah anda berapakah harga SATU Gram emas ini hari ini?Bersamaan RM 131 hanya untuk Satu Gram saja,Bayangkan berapa berat 1 gram itu,seperti sebutir beras.Mengapakah harga Emas terlalu mahal.Biar saya jelaskan terlebih dahulu didalam Entri yang kedua.Termasuk Didalam Entri Kedua ialah Faktor-faktor yang menjamin kenaikan harga Emas serta Hukum agama mengenai Zakat Emas.



Harga Emas Mybank


Harga Emas Public Bank

Risiko pelaburan Emas ini,tipulah sekiranya tiada Risiko.risikonya ialah kebolehan anda sendiri untik menguruskan sama ada ingin membeli(menambah pelaburan) atau menjual untuk mengaut keuntungan.Dari segi keselamatan,ianya dijamin sah serta selamat kerana Bank yang menawarkannya ialah Public Bank,serta Maybank.2bank terkemuka yang tidak asing lagi oleh Rakyat Malaysia.

Penutup kata....

Anda ada RM 5000 masa sekarang,Samakah RM5000 itu 10 tahun akan datang?Kalau dulu untun duit belanja anak-anak 50sen pun sudah cukup,sekarang rm 5 pun tidak mencukupi bukan?Ini kerana Wang anda Pasti akan SUSUT nilainya......

Monday 27 September 2010

Pelik,Iklan Nuffnang berduyun-duyun datang masa ini

Salam semua,Hari ini pukul 3.26 pagi,Aku sibuk mengemaskini blogku,maklumlah bersepah-sepah.Ku ambil info dari Otaiku,bagaimana mengemaskan blog,serta mengurangkan beban blog.Pelik,semasa Mengedit,Iklan Nuffnang Datang berduyun-duyun.Bukan satu iklan,tetapi berjenis-jenis.Dari iklan Nokia,Digi dan lain-lain lagi.Kalaulah iklan ini datang masa trafik waktu ini penuh,tentu banyak RM ku dapat....




Apakata korang praktikkan time pagi-pagi ini,edit blog korang,pastu tengok,gerenti berduyun-duyun iklan datang....

Jualan Penghabisan Stok Carrefour Johor Bahru

Salam semua,Apa khabar.Saya hanya ingin menghebahkan bahawa Carrefour Johor Bahru ,Pandan sedang menjalankan JUALAN MURAH PENGHABISAN STOK kepada semua para pelanggan.Harga bermula dari serendah RM1 sehingga rm 2000.Pelbagai barangan ditawarkan,dari peralatan harian,pakaian,Periuk kuali,Peralatan elektrik seperti Mesin basuh,set dvd player,tv serta bermacam-macam lagi.Potongan harga sehingga 70%.Ayuhmjom serbu.Termasuk juga barang makanan.Anda pasti terkejut melihat betapa murahnya harga yang ditawarkan..


Syaratnya Siapa cepat,Dia Dapat.............



Carrefour Johor Bahru,Pandan

Saturday 25 September 2010

Status glitterati berubah?????????///

Salam semua pembaca,hari ini aku terkejut setelah status k Glitteratiku telah berubah.Seingat aku,tiada kesilapan yang aku lakukan.Aku amat menyayangi Nuffnang serta tidak meletakkan Iklan lain,serta menulis mengenai Pesaing Nuffnang.Cuma baru-baru ini,aku ada mendaftar untuk mengunakan google Adsense,itupon kena tunggu jawapan google dapat ke x?Tapi xdapat,so kenapa pula statusku ditukar???????????


Pernah ku membaca salah satu soalan yang dikemukan kepada Nuffnang mengenai iklan Adsense dari Google,Nuffnang kata tidak menyalahi kerana bukan dari asia serta rantau ini.Jadi kenapa pula boleh berubah status aku ini yer....


Blogger otaiku,nama GNESOP ader berkata salah satu faktor dikeluarkan glitteri ialah Satu blog ada trafik,satu lagi tiada trafik,(klalau ader lebih bloglah...).Memang aku menumpukan kepada blog Ilmuwan Internet ini saja,serta melupakan Blog Yang satu lagi....Namun ramai juga yang memiliki Lebih satu blog,serta jarang Update blog yang satu itukan,,,adakah kamu semua juga dikeluarkan status Gliteratti???????/

Tapi ada satu lagi,mungkin juga blogku telah diceroboh oleh sesorang lalu meletakkan perkataan pesaing Nuffnang di Blogku(Ruangan Komen tanpa kusedari).Ada kemungkinannya kerana aku ada menjumpai lesilapannya didalam mengunakan Nama Nuffnang serta merepot pada Nuffnang.Kesilapannya amat besar,sekiranya ku postkan pada Innit,pasti trafikkku akan mencanak,namun ku biarkan saja.Ini kerana Nuffnang Telah mengambil tindakan.....

Thursday 23 September 2010

Cara Kreatif untuk mengitar post lama anda

Salam semua.Adakah anda diantara mereka yang memiliki ratusan Post lama,yang mana sebahagian besarnya tidak dapat dimuatkan didalam Blog anda.Ada diantaranya yang digemari serta mendapat kommen yang tinggi,manakala yang lain kurang sambutannya.Namun dengan peredaran masa,Post lama itu terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Post baru.Tambahan pula Nuffnang,Bloggedmy serta laman blog yang lain tidak akan menerima Post yang sama.

Bayangkan sekiranya kita menulis 2 tahun lalu.Dimasa dulu bilangan mereka yang memiliki Internet serta laptop peribadi masih belum meluas berbanding sekarang.Apatah lagi,3,4 tahun akan datang.Akan terdapat ribuan blogger baru yang bakal wujud,Jadi bagaimana caranya untuk mengitar semula Post lama supaya ianya dapat dibaca oleh mereka yang mungkin berminat membacanya,seterusnya menjana trafik yang berulang?. Ada blogger yang mengunakan cara lain seperti meletakkan label,serta lain-lain,namun cara ini sesuai dipakai oleh mereka yang memiliki post yang banyak.

  1. Berikan Tajuk lama anda itu Tajuk yang baru.Tajuk itu semestinya tidak lari daripada isi walaupun ianya sudah berubah.
  2. Tambahkan Isi-isi didalamnya,katakan sebelum ini,anda masih belum mahir atau mengetahui sedikit saja mengenai post yang ditulis berbanding sekarang,jadi inilah masanya untuk Melengkapkan Post yang terdahulu agar ianya lebih berisi serta tepat.
  3. Tukar gambar sekiranya ada dengan gambar yang baru,namun anda juga janganlah meletakkan gambar secara lewa.Sekiranya berkemahiran,edit gambar anda supaya lebih cantik dari dahulu.Ialah dahulu dengan sekarang tidak samakan?
  4. luangkan masa unutk mencari tempat lain untuk PING post anda.Ada banyak diluar sana yang cuma menunggu post anda,yang penting anda mesti rajin mencarinya.seperti Guablog.com,apesal.com.Nuffnang x,Blogged.my dan lain-lain...
  5. Pada post terbaru anda,cuba kaitkan penulisan anda pada post anda yang terdahulu.Letakkan link atau tag pada gambar supaya apabila pembaca menekannya,ia akan membawa kepada post terdahulu anda
  6. Gunakan Linkwithin.Ianya sangat berguna untuk memaparkan post-post anda yang terdahulu



 Kesimpulannya,walaupun anda mengitar Karya anda,akan tetapi JANGANLAH hanya menukar TAJUK,tetapi isinya masih sama.Lakukan perubahan didalam isinya,susun aturnya,tambah gambarnya serta selitkan lebih banyak maklumat tambahan.

Para blogger sekarang ini BIJAK untuk menilai sama ada Post anda itu bermutu atau tidak.Karya yang lama sekiranya diperbaharui,pasti akan seronok untuk dibaca.Seperti Filem Lama juga,yang diberikan nafas baru,pasti akan seronok untuk ditonton..Selamat Mencuba.

Wednesday 22 September 2010

Komen yang mesra SEO

Semua blog ader ruangan komenkan,aku baru jer daapt tahu dari Blog MARIBINABLOG,DARIPADA KAWAN DIA nama Ariff yang memberi tunjuk ajar cara memasang COMMENTLUV.Baru ku tahu bahawa COMMENTLUV ada sistem plugin komen mcm Disquss dan intense debate yang memudahkan pemilik blog sama pengguna yang memberi komen untuk saling membalas komen.
Yang kedua ialah sistem ini mesra seo,ini kerana bahagian komen juga akan discan oleh En.Google seterusnya mendapat backlink dari En.Google secara langsung.

Berbeza dengan sistem plugin, walaupun turut tersenarai pada hasil carian di Google, sistem ini tidak memberi backlink secara terus ke blog, sebaliknya terus ke akaun sistem plugin komen tersebut. Oleh yang demikian, pengguna sistem plugin comment digalakkan untuk memasang commentluv yang bertujuan, memberikan backlink secara langsung dan tersenarai dalam hasil carian di Google.
Wah,siapa pun memberi komen,blogku masih mampu mendapat backlink.Trimas Maribinablog serta En.Ariff.....




Nuffnanger:Berhati-hati dengan Nang anda.

Salam semua.Hari ini,Saya teringin menulis mengenai Nang di Innit.Semua orang tahu maksud saya,Nang adalah untuk menaikkan Trafik sesuatu blog itu,serta sebagai penghargaan dari orang yang membaca.Apapun,sejak kebelakangan ini,Innit telah dicemari dengan Lambakan post dan artikel yang dibuat secara Lewa dan bertujuan mencari "PUBLISITI MURAHAN".Antaranya meletakkan gambar sekeping,ayat 2 baris@meletakkan tajuk yang hebat namun dalamnya kosong.

Saya pernah menulis mengenai hal ini dengan Tajuk Ahli Nuffnang:Innit telah dicemari.Sebabnya saya selalu membaca post dari Ahli Nuffnang.Tujuan saya membaca selain bertukar trafik ialah untuk mengetahui apa yang para blogger lain ingin sampaikan.Namun,daripada 10 artikel, 2 daripadanya pasti merapu,sekadar ingin meraih trafik saja.Jadi sejak itu,saya amat berhati-hati mengenai ini,sekiranya saya sudah membaca post seseorang itu di Innit,dan ianya sekadar merapu,saya tidak akan kembali lagi serta me"NANG" b;og itu lagi.

Cubalah fikirkan,kepada blogger yang membuat post seperti itu,dengan sedikit kreativiti,post anda yang sedikit itu boleh dipenuhkan.Sekiranya meletakkan gambar,berilah info mengenai gambar itu panjang lebar,carilah dari EN.GOOGLE mengenai gambar itu,letakkan sedikit LINK sekiranya ada.Ini cuma sekeping gambar yang Hebat atau Menarik,tetapi dalamnya kosong.

Tuesday 21 September 2010

My Name Is Girl-Part twoooo

kacau Ilmuwan Internet blogging,best ni Miawww  


ilmuwan Internet:Blahlah lu kucing bucuk,nyibuk jer
aper,nak halau aku,buwekkkk,seghonok lepak sini,uwekkk
Tengok ni,aku ejek Tokey aku,buwekkkkkkkkkkkkk
Tengok ni,ku main-main mousenya,hahahaha
ILMUWAN INTERNET:OH,KUANG AJAR EH,NANTI KO,AKU KUARKAN SENJATA RAHSIAKU............JENGJENGJENG

Adeh,ni yang lemah dibuatnya,senjata mengaru Ilmuwan  ni






Maka setelah terkena Penangan Senjata Mengaru Ilmuwan Internet,Maka si Penceroboh pun terus tertido sampai ke pagi,kroooooooohhhh kroooooohhh kroooooohhhh



Tengok ni,Tak senonoh betui Kucing bucuk ni tidooooooo

Sunday 19 September 2010

Awas Malware menyerang lagi...

Salam semua,entri ini khas untuk mengingatkan blogger semua.Laman blog tutorial Maribinablog yang dimiliki oleh Nescafe Ais telah diserang Malware.Siapa xkenal Marabinablog.Ianya laman Blog yang memberi tunjuk ajar mencantik,menukar setting serta dotdot mengenai Blog.

Selepas Gengblogger diserang sehingga terpaksa ditutup,adakah itu akan terjadi kepada blog ini.Diharap dijauhkan kerana Blog ini setiap tutorialnya amat dinantikan...

Satu Kekurangan Nuffnang Yang amat dikesali

Salam semua pembaca.Disini ingin ku ketengahkan satu kekurangan Nuffnang.Amatlah dikesali kerana Nuffnang tidak menyedari betapa pentingnya kekurangan ini.Kekurangan itu ialah Ruangan Forum untuk ahli mengemukakan TOPIK,IDEA atau PERTANYAAN kepada Rakan Nuffnang .Sebagai Contoh Gengblogger,ada ruangan Forum,sekiranya ada problem mengenai apa-apa,boleh diajukan di Ruangan Forum Itu.Maka Ahli boleh memberi idea serta Nasihat.Inilah kekurangan Nuffnang yang amat Ku kesali......

Saper setuju Ideaku ini angkat tangan..............

Saturday 18 September 2010

Ilmuwan Internet No 1 di Google?

Salam semua,sepertimana yang diketajui,tajuk Header memang penting didalam menarik Trafik serta membolehkan Blog kita berada ditangga Teratas Google.Begitu jjuga dengan Blogku.Pada awalnya,Tajuk blogku ialah Ini Cerita Saya.Namun tajuk itu hanya mampu bertahan selama 2 minggu sahaja kerana terlalu banyak persaingan dari Blog yang Lain.Sementelah blogku ini blog yang baru,Kalah aku pada blog yang lama.Blogku berada di carian ke 2035,itu bermakna berhelai-helai page untuk mencari Blog ku.Aduh,sungguh meletihkan untuk mencari kedudukan blogku.




Jadi,keputusan telah dicapai,aku mesti menukar Tajuk Blogku,Namun terlalu banyak Tajuk yang indah Gemawan telah diambil orang.Perah otak pun masih Gagal.Namun,ku sedar bahawa aku mesti memasukkan nama Internet atau Komputer didalam Tajukku.Ini kerana cariannya teramat Besar.Akhirnya aku tertaip secara spontan,ILMUWAN INTERNET.Puhh,berhantu kot,x sedar pun tertaip TAJUK itu.Akhirnya aku pun pakai Tajuk itu .

Tapi masa itu,aku masih baru didalam dunia blogging ini,tak tahu apa-apa pun,jadi aku xtau yang nama tajuk aku telah berada di tangga teratas Google hinggalah kawan aku yang mahir blog puji aku.Katanya Pandai aku fikirkan Nama Tajuk,Tajuk blogku berada di Tangga teratas Google.Dan sekarang,Dengan ilmu mesra seo,Site Maps serta Breadcrumb yang ku "curi" dari otai-otai yang lama,Kedudukan blogku semakin kukuh dan mesra Google...

Thursday 16 September 2010

2 tajuk post yang akan menarik trafik ke blog baru.

Salam semua....


Kebelakangan ini menyaksikan Pertumbuhan laman Blog baru yang mendadak.Tahniah diucapkan kepada Blogger baru yang memilih Nuffnang sebagai Cara menambah Pendapatan,serta Innit sebagai wadah menarik Trafik.

Sedia maklum juga,blog baru memerlukan cara tertentu untuk diperkenalkan.Salah satunya ialah menghantar post terbaru anda di Innit.Akan tetapi,tanpa tajuk yang Gempak,Entri anda tidak akan menarik trafik.

Di Bawah,ada 2 Tajuk Yang anda boleh gunakan untuk menarik trafik ke laman Blog Anda,Ianya sudah terbukti serta selalu digunakan oleh Otai-otai yaang terdahulu.


  1. I FOLLOW U,U FOLLOW ME
  2. JOM BERTUKAR LINK SECARA PERCUMA
2 Tajuk ini akan menarik trafik ke blog anda.Ini kerana trand mencari Follower sedang hangat sekarang,disamping blogger lain ingin mencari cara untuk menambah trafik seperti bertukar link.Jadi Blog anda akan menjadi pilihan mereka yang ingin menambah trafik.



Apapun rajinkan diri berblog walking serta memberi komen yang membina didalam blog orang lain.Usaha tangga kejayaan.


Selamat mencuba blogger baru semua...

Sunday 12 September 2010

Kenapakah Blog Melayu tidak berdaya Saing?

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Menulis.............





Salam semua,Kenapakah blog Melayu Tidak Berdaya Saing?Jawapannya anatlah mudah.Persaingan yang amat Hebat sesama Blog.Umumnya mengetahui bahawa berita terkini juga merupakan salah satu cara untuk menarik trafik ke blog kita.Tambahan pula ada lebih 16 juta pengguna internet di Malaysia,yang mana memungkinkan tajuk itu mungkin menjadi Pilihan Pengguna Internet di Malaysia.


Sebagai Contoh,Kes Bunuh dan Bakar Pengasas Nouvelles Visage,Sosilawati bersama 3 orang pembantunya yang sedang heboh diperkatakan di MediaMassa.Lihat sajalah pada ratusan,malah ribuan blog menulis mengenainya.Kesemuanya mengikut versi yang tersendiri,.Walaupun dikatakan tersendiri,malah ada yang mendakwa mendapat dari sumber yang lain,Kebenarannya ialah ianya diceduk serta ditiru dari Media Massa seperti Metro,Kosmo atau Berita Harian Online.


Sekiranya ada yang mendakwa mendapat info dari sumber yang lain.adakah ianya mempunyai hubungan atau orang yang terlibat didalam kes itu.Sedangkan Pihak Berkuasa pun masih menyiasat,sudah ada berbagai Versi ysng dikeluarkan.


Cubalah Fikirkan,sekiranya didalam Surat Khabar serta Berita Tv dan Online pun rakyat dapat mengetahuinya,maka untuk apa lagi mereka membaca didalam blog?Jadi sudah hilang kelainan atau apa yang menarik mengenai sesuatu Blog itu.Sudah pasti blog anda terpaksa bersaing dengan kebiasaan Masyarakat iaitu Suratkhabar bukan?


Salah seorang yang berjaya didalam dunia blog pernah berkata,Carilah tajuk serta Berita yang kurang orang tahu atau cariannya didalam Internet.Usahlah bimbang sekiranya Takut tajuk itu tidak popular,kerana ianya sesuatu yang baru.Semakin Kurang cariannya,maka semakin ramai yang membaca.Ini kerana persaingan Tajuk itu tidaklah sesengit mana.Harus diingat bahawa Pengguna Internet di Malysia mencecah 16juta,sekiranya Tajuk yang tidak popular itu mampu meraih 1% saja dari Pengguna,bayangkan betapa besarnya trafik anda.


Kesimpulannya,Usahlah kerana sesuatu Tajuk itu mendapat Perhatian Masyarakat sekarang,Maka anda pun harus menulis mengenainya.Tidak salah menulis mengenainya,akan tetapi biarlah ianya mempunyai Kelainan serta perbezaan dari Blog yang Lain.Sekiranya sama saja isi kandungannya,MAKA adakah ianya dapat bersaing dengan blog yang Lain?




 Cetusan Idea Tinta......
Perbezaan Menghasilan sesuatu yang diluar jangkaan,berlainan dengan kesamaan yang menghasilkan Hasil yang setara.....




Ini adalah Penulisanku didalam blogku yang kedua.Aku COPY serta tulisnya kembali di blog ILMUWAN INTERNET supaya mereka di Innit dapat membacanya.Harapanku Blog yang kedua ini Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Mampu berdikari daripada Innit,serta mempunyai pengikutnya yang tersendiri....

Nang blog Melayu mengecewakan-apa patut dilakukan

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan berbicara.............




Salam Semua....Semua tahu Innit adalah salah satu tempat untuk Menarik Trafik ,juga untuk mempersembahkan karya penulisan seseorang.Bagi Blog yang baru saja dilahirlan,dimana Pemilik Blog itu baru mula belajar,Innit adalah seperti Sekolah Blog.Melalui Innit,dapat bertukar pandangan,menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan kenalan Blogger yang baru.


Akan tetapi,dimanakah Perpaduan Diantara Blog Melayu.Seringkali yang terpapar di Featured Post.dimana Blog yang bukan melayu mendapat NANG yang tinggi.Memang banyak Blog melayu juga tersenarai di Ruangan Featured Post,tetapi Nang yang diterima mengecewakan.


Selain Tajuk yang gempak,atau ISI yang menarik,tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh blog Melayu untuk menambah Nang.Adakah kerana Blog Melayu kekurangan kualiti,gambar pula tangkap muat atau cuma menyalin artikel dari internet,maka kurangnya sambutan di blog Melayu.


Jika benar ini penyebabnya,mengapakah Blog bukan Melayu yang memaparkan artikel yang sama seperti blog Melayu masih mampu meraih Nang yang tinggi.Jawapannya kerana Mereka Bersatu Padu serta menjalinkan Hubungan yang erat.Apabila mereka Ping post terbaru,rakan-rakan mereka akan memberikan sokongan,begitu juga sebaliknya.


Nang yang tinggi penting kerana pembaca yang melihat jumlah Nang,mungkin akan tertarik untuk melihat apa yang menyebabkan Post itu tinggi Nangnya.Ini sekaligus menambahkan trafik.Walaupun anda rajin mengunjungi blog orang lain,malah nang mereka,tak semuanya akan kembali membaca Blog anda.Beritahulah pada saya,apakah Tajuk post terbaru Rakan blogger atau Follower anda?





Bersatu kita Teguh,bercerai kita Roboh.


Ini hanyalah cetusan pendapat penulis.Bukanlah niat penulis untuk menimbulkan isu perkauman,tetapi menyedarkan rakan Blog pentingnya perpaduan didalam Blog.Belajarlah dari Blog yang bukan Melayu.


p/s :sebenarnya post ini aku tulis untuk blog baruku yang bertajuk secangkir tinta,seluas pandangan,akan tetapi berlakunya masalah dengan nuffnang sehingga aku terpaksa membuang Blog itu dari Nuffnang.Maaf sekiranya ada yang terkeliru.




 Secangkir Tinta,Seluas Pandangan   



                                                                                                                                                                                                            

Friday 10 September 2010

Hari ini Innit beri Hadiah kat Ilmuwan Internet

Salam,semua.Hari ini memang best betullah.Memang Innit beri Hadiah kepada Ilmuwan Internet.Tapi Bukan Iklan tau.Semua memang dah tau yang trafik Innit hari ini memang tak bagus.Nang yang dapat pun tak seberapakan.Sebab itu,Hari ini memang Best.Iyelah dua post aku Berada dalam senarai Featured Post.Heheheh,kalau Nang yang dapat cecah puluh,oklah,tapi ini tak sampai 9 saja.Hahahahahahaha..

Dekat dua post aku berada dalam senarai,eyahooo

Agaknya kalau aku buat 8 post baru,mesti kelapan Featured Post Innit penuh dengan Post aku : )

Sedih Aku Tgk Innit....

Salam semua.Selamat Hari Raya.Hari ini memang penat ,ramainya umat yang datang bertandang ke rumah,macam nak roboh rumah ini.Baru saja ada kesempatan untuk menulis.

Tadi kita tengok Innit,Hadoi sedih cakap tau.APer yang sedihnya?Nang mereka yang Postkan Entri di Innit amatlah mengecewakan.Malah xder pon yang cecah 5 atau 7 Nang.Apa dah jadi ini,Impossible.Rakan yang lain dulu pun selalu Postkan Entri kat Innit,tetapi paling sedikkit pun 10 Nang.

Kedua bilangan mereka yang Ping Entri terbaru juga mengecewakan.Amatlah sedikit,termasuk juga aku hahahha.

Kepada yang Post Entr hari ini,Anda pun selalu tgk Nama aku yang Nang post anda.Tujuanku untuk menambahkan nang anda,serta menambahkan trafik.Rajin aku nikan.

 Apapun aku faham,pembaca yang lain semua Faham.Apalah yang ada dengan Innit,Hari Ini Hari Raya.Setahun sekali.Xmengapa kalau Trafik jatuh menjunam.Duit bukan segalanyakan.

Ilmuwan mengucapkan selamt Hari raya kepada semua pembaca.Silalah datang ke Blog terbukaku pada hari Raya ini(mcmRummah Terbuka).Sekian.....

Thursday 9 September 2010

Blogku Telah ditiru.bukan sekali tetapi...

Salam semua.Benar,blogku telahpun dicopy dan menjadi Kembar.EH,mengapakah aku menjadi mangsa ini,ada berjuta blog,kenapa blogku yang menjadi mangsa.

Aperpon,aku tak marah,apatahlagi nak mengamuk,Aku sedar siapalah akukan.Untuk pengetahuan semua,Blogku yang dicopy adalah TEMPLATE saja.Anyway,aku merasa happy juga sebab ini menandakan pilihan template ku menjadi rebutan...






Kepada Kembar blogku,aku dengan besar hatinya meletakkan Link blog korang didalam Kawanku.Sekiranya berjumpa Kembar kita yang lain,Info aku k.Bolehlah kita membentuk konuniti Blog Kembar hahahahaah...

Selamat Hari Raya Kembar ku,Opppss Kembar Blogku semua...

Selamat Hari Raya Nuffnang-Jom kita bertukar Trafikk semasa Raya


Selamat Hari Raya ahli Nufnang.Masa Raya inilah adalah masa Trafikk blog kita akan menjunam Jatuh.Bagaimanakah caranya untuk kita terus meningkatkan Trafik kita.Apa kata kita saling bertukar trafik semasa Raya.Oleh kerana Masa Raya ini,Masa kita amat terhad,maka saya cadangkan semua meninggalkan jejak di Chatbox saya.Insyaalah saya akan membalas kunjungan semua.

AWAS INNIT-Dapatkan 6 juta Backlink satu penipuan

Pernah tak dulu korang terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma je

Dapatkan 6 juta backlink dan visitor ke blog anda

15.Ilmuwan internet

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62


Inilah adalah salah satu skim penipuan didalam internet yang mana ianya hanya menguntungkan sebalah pihak saja.Biar saya terangkan kenapa sistem ini satu penipuan.Umumnya mengetahui trafik datang melalui klik dari internet.ini bermakna sekiranya seseorang mengklik URL anda,maka anda mendapat Satu Trafik.Jadi Fikirkan bagaimana Trafik akan ke blog anda sekiranya kita meletakkan saja URL kita.Adakah dengan mengedar atau mencopy sehingga sejuta,trafik akan berduyun-duyun datang.SALAH,sekiranya tiada klik URL anda bukan?Tidak masuk Akal bukan?

Kedua,perhatikan didalam Url Hampir kesemuanya URL dari Indonesia.Ini bermakna sistem ini dimulakan di Indonesia.Satu lagi,saya juga telah meneliti dari rakan Blogger saya,Walaupun mereka membuang serta mengjak rakan yang lain menyertainya,URL dari KE-2 hingga ke 6 Masih tetap sama,tidak berubah.Ini kerana URL ini yang akan mendapat untung daripada USAHA anda.Beritahu saya sekiranya anda ditawarkan menyertai Skim ini,tentu anda akan menyiasat dengan mengklik URL teratas untuk mengetahui benar atau tidak bukan?Disini letaknya helah penipuannya iaitu yang teratas akan mendapat untung.Siapakah yang ingin mengklik Mereka yng berada di tangga terbawah bukan,Tentu kita ingin melihat mereka yang berada di atas.

Sebab itu juga,skim ini melarang kita jangan diubah susunan ini,ini kerana mereka sedar Helah mereka tidak akan berjaya sekiranya diubah susunan ini.Fikirkan juga,sekiranya skim ini benar,mengapa Hampir kesemuanya dari INDONESIA?

Wednesday 8 September 2010

Berita Gengblogger terkini

Salam semua.Hari ini ingin menulis mengenai Geng Blogger.Siapa yang tidak tahu mengenai Geng Blogger.Geng Blogger ialah komuniti Para blogger untuk bertukar pendapat,info,ping post mereka serta mendapatkan trafik.

Akan tetapi,panas tidak sampai ke petang.Geng Blogger diserang Malware yang menyebabkannya ditutup serta diban oleh google serta Mozilla.Maka sesiapa saja yang ingin berkunjung kesana,Diberi Amaran serta dihalang oleh Google untuk masuk.


Banyak pendapat dari Para blogger yang lain.Antaranya Banner Geng Blogger mengandungi Malware,maka harus dibuang.Jadi sekiranya benar,mengapa masih ramai yang tidak membuang?Saya pun sudah membuang Banner Geng Blogger.Iyelah,kita kena sentiasa berhati-hati dengan ancaman Malware,sebab Data yang kita kumpulkan bertahun itu lebih bernilai dari Wang RINGGIT.



Jadi,adakah kita patut menegur para blogger yang masih memasang Banner GengBlogger atau kita sebenarnya salah faham mengenai Banner itu.Minta pendapat semua KENGKAWAN?

Dapatkan 6 juta backlink dan visitor ke blog anda

Pernah tak dulu korang terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma jer..

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
15.Ilmuwan internet

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

Monday 6 September 2010

AWAS:Komplot antara Ahli Nuffnang

Salam semua.Hari ini saya ingin menjadi spy untuk mendedahkan satu komplot diantara ahli Nuffnang.Komplot itu Dipanggil Awak KLIK iklan saya,saya KLIK iklan awak.


Benarkah wujudnya komplot sebegini.Benar,ianya wujud diantara Ahli Nuffnang dan masih diamalkan.Sama seperti Saya Follow awak,Awak Follow Saya.Akan tetapi Saya Follow Awak,Awak Follow Saya tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan,sekadar menambah kenalan dan meningkatkan Trafikk bukan?


Berbalik kepada Komplot Saya KLIK iklan Awak,Awak KLIK iklan Saya,ianya bermotifkan keuntungan.Memang tidak salah untuk seseorang Ahli nuffnang untuk mencari cara menambah pendapatannya.Malah hampir 99% Blog meletakkan Iklan,semuanya bertujuan untuk mendapatkan Komisen daripada Pengiklanan bukan?


Apakah Keburukannya?Keburukannya ialah Pendapatannya tidak Halal sebagai Orang Muslim.Ini kerana Nuffnang telah mengariskan garis panduan serta larangan melarang sesuatu Blog itu menyuruh atau mengalakkan orang mengklik Iklan mereka.Bagi Nuggnang pula,Mereka akan kerugian kerana ahlinya main ikut pintu belakang.Ini tentu tidak adil bagi Ahli Nuffnang yang lain bukan?


Berblog sama seperti Berniaga.Ada turun ada naik.Sekiranya kita hendak mencapai keuntungan dengan iklan ,biarlah secara adil.Gunakanlah AKAL fikiran untuk menarik orang ramai ke Blog kita sendiri,Tambah ilmu yang berguna.Rajinkan menjenguk blog orang lain,berikan pendapat serta komen yang bernas.Insyaaalah,Pengiklanan kita akan mencapai keuntungan.Lihatlah Blog-blog yang telah terkenal,mereka mencapai beribu-ribu trafik seminggu,Adakah mereka menyuruh atau mengunakan cara halus untuk memujuk orang Mengklik iklan mereka?Tidak bukan.


Sebagai Contoh,blog Hanis Zalikha,Trafiknya memang amat tinggi,Followernya mencecah Awan.Apakah yang Pembaca Hanis suka serta rela Mengklik IKLANnya?Cara penulisan nya yang bersahaja serta Kelakar.Tidak perlu dipaksa,Hati pasti rela untuk Mengklik iklan itu.


                                      siapa pernah baca blog ini,ramai bukan?setuju
                                      saya cakap sekiranya anda rela klik iklan pada
                                            blog ini dengan RELA HATI?


Tetapi saya yakin Nuffnang pasti tahu sekiranya ada komplot ini bukan?Senang saja caranya.Siapa
ahli Nuffnang yang ingin klik Iklan saya?Aik,tiada sesipa bukan,ini kerana semua ahli tahu,pendapatan iklan berdasar kekerapan Klik bukan.Dengan cara ini,Nuffnang tahu sama ada berlakunya Komplot.Sekiranya cuma satu dua saja seminggu Ahli Nuffnag mengklik sesama sendiri,Tidak mengapa,tetapi kalau beribu Klik seminggu ?


Menulis,biarlah dari Hati.Penulisan yang tulus,pasti akan mengharukan Hati.Insyaalah...


Sunday 5 September 2010

Raja Ikan Keli Eropah-Alien Catfish

Memperkenalkan Raja Ikan Keli Eropah,Alien Catfish.Baru-baru ini menonton Discovery Channel mengenai Raksasa di Sungai.Terkejut apabila menontonnya.Masih terdapat Raksasa atau Monster yang benar-benar Wujud di Dunia ini.Ini adalah salah satu Monster yang masih Hidup.



Ikan keli ini mampu membesar sehingga 9 kaki dan hidup sehingga 80Tahun lamanya.Ikan ini terdapat satu tabiat buruk iaitu ianya akan memakan apa sahaja yang dijumpainya,daripada ikan kecil,tin,bola,sampah malah ada laporan mayat didalam perutnya.Bayangkan baby ikan ini yang berusia 2 tahun sahaja sudah sepanjang lengan lelaki Dewasa,bagaimana sekiranya hidup sehingga 80 tahun.


                                              ikan ini baru saja berusia 5tahun lebih,
                                      dianggarkan ikan ini mampu hidup selama 80tahun

Ikan ini berasal dari Jerman,sebelum merebak ke Seluruh Eropah.Sejak merebaknya ikan ini,terdapat beratus malah beribu-ribu rekod tangkapan ikan gergasi ini.Paling besar sepanjang 2 meter,tahu berapa panjang itu iaitu 200cm.Setinggi Pemain bola keranjang Amerika tau.Mulutnya saja mampu menelan kepala orang dewasa dengan mudah.



                                           sampai 4 orang untuk mengangkat ikan ini,
                                                      seberat 60kg

 Gambar daripada carian Google


 Video youtube mengenai tangkapan ikan ini












Ahli nuffnang:Innit telah diCEMARI...

Salam semua.Tajuk entri ialah Innit telah dicemari.Dicemari apa?Ya,Innit telah dicemari oleh post-post yang tidak bertanggungjawab,yang sengaja bertujuan untuk menarik trafikk tetapi bila diklik untuk mengetahui,kosong atau terlalu sedikit sangat maklumat.

Perbuatan ini tidak patut diteruskan,Memang Trafikk ialah nyawa blog.tanpa trafikk Blog tidak akan diketahui.Akan tetapi,bila anda meneruskan saja Post-post macam itu,maka orang pasti tidak akan singgah ke blog anda balik.

Ramai yang bertujuan lepak di Innit untuk berkongsi apa yang ditulis,tidak juga menambah kenalan.Walaupun tujuan semua Ahli Nuffnang sama iaitu meraih Trafikk.Namun perbuatan ini patut dicegah.Nuffnang,tiada tindakan ke terhadap pemilik laman blogyang berbuat demikian,yang isinya amat sedikit cuma 2,3 baris ayat tapi tajuk wah sengaja diperbesarkan.


Jom kita Ban mana -mana blog yang berbuat demikian?

Ikan harimau(TigerFish)

Salam semua pembaca.Hari ini kita cakap pasal ikan pula.ikan?Kenapa pula nak cerita pasal ikan?Nak buat lauk ke untuk berbuka atau Sahur?atau Nak Masak Asam Pedas ke,dan Lain-lain....

Semua salah,kita nak cakap tentang salah seekor Ikan yang paling Luarbiasa serta Menakutkan.Namanya Ikan Harimau atau TigerFish.Dengar serta baca namanya pun mengigilkan.Memang,seperti namanya,Ikan ini juga amat ditakuti oleh Penduduk sekitar Congo.Ini kerana ikan ini memiliki saiz yang besar,sehingga 3 kaki,malah pernah mecapai sehingga 5kaki.Tahu x berapa panjang itu?Saya memiliki ketinggian 6kaki iaitu 187 cm,jadi ikan itu sebesar dan sepanjang saya.

Ikan ini ditakuti kerana ianya memilik barisan Gigi yang tajam seakan Harimau.Gigi ini digunakan untuk membaham serta mengoyakkan daging mangsa.Dengan sekali "NGAP" saja,daging masa sudah terburai.Malah,bagi penduduk disana,terdapat cerita ikan ini pernah membaham manusia.


                                          Besarnya Saiz TigerFish ini.Jika ikan ini
                                          hidup di Malaysia,tentu x aman orang kita


Ikan ini berasal dari spesis Piranha,tetapi berbeza dengan sanak saudaranya yang kecil itu,yang memburu secara berkumpulan,ikan ini memburu bersendirian.Iyelah,saiznya dahlah besar,ikan manalah yang mampu bersaing dengannya.

                                              Lihat betapa besarnya gigi yang
                                                             dimilikinya


Jom lihat zideo dari youtube ini yang menunjukkan ikan ini berjaya ditangkap.Video ini adalah benar dan tulen kerana ianya ditangkap dan disiarkan di Discovery Channel.


  River Monster.....TigerFish




Saturday 4 September 2010

Iklan Aidilfitri TV3 2010 Macam Krismas?.flv




Salam semua,terkejut saya bila melihat iklan raya TV3 di YouTube.Apa yang terjadi ini.Sedih serta Kesal kerana antara banyak-banyak Idea serta Konsep,TV3 memilih konsep Iklan ini.Dah tgk?Dapat kat YouTube.

Awas Blogger Semua-Berhati-hati dengan Artikel anda

Blogger didakwa.Itulah tajuk entri hari ini.Hassan skodeng atau Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.

Hassan Skodeng menerusi laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemudian membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

"Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia,” kata Peguam Irwan atau Hassan Skodeng iaitu Jahaberdeen di luar mahkamah.

SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya iaitu Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.

Hakim membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.

Setelah membaca Artikel ini,saya berpendapat Para blogger haruslah berhati-hati didalam Penulisan mereka didalam berblogging.Ini kerana,sekiranya didalam Artikel anda,terdapat nama atau pihak tertentu,anda seharusnya memastikan fakta yang tepat.
Saya dapati,terdapat ramai blogger yang bertindak lewa didalam hal ini,Ada yang tidak segan silu meletakkan gambar tanpa kebenaran pemiliknya.Sekiranya bercadang meletakkan gambar .pastikan ianya freeware,bukan hak cipta terpelihara.

p/s-Sekiranya Hassan Skodeng sekadar bergurau dengan TNB,Mengapakah isu Salleh Gregor Samsa yang menghina umat Islam yang berpuasa secara terang-terangan tidak diambil tindakan.Salleh menerusi Facebook menghina dengan berkata,"Kepada yang berpuasa,Fuck Off".?Mungkin tiada diantara pihak Blogger yang mengambil tindakan untuk membuat aduan di SKKM.

Contoh Gambar ialah Proton Waja Lancer,adakah anda mendapat kebenaran dari Proton untuk menerbitkannya di dalam post anda?

Friday 3 September 2010

E-kad,kad ucapan,kad raya,selamat hari raya aidilfitri percuma

Salam semua,mencari e-kad raya.Iyelah dizaman yang serba moden dan semuanya nak cepat,E-kad raya atau Kad raya ucapan elektronik menjadi pilihan ramai.Ianya PERCUMA,malah amat pantas cara penghantarannya cuma seminit jer berbanding mengunakan posmen yang mengambil masa 3 hari.

Disini kita cuba menolong pembaca mencari Halaman yang memaparkan E-kad.kad raya tau kad ucapan  raya secara percuma.Iyerlah,dari berlambak-lambak laman,tak tahu maner yang dipilih,so saya rimgkaskanlah.Maaflah kerana tiada gambar atau grafik,kerana bimbang didakwa kerana plagiat heheh.Kepada laman yang saya rekomen,xder duit raya ker untuk saya hehehe...

Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri Kita Dato Seri Najib Razak serta Rakyat Malaysia.Salam AIDILFITRI 1 Malaysia



Thursday 2 September 2010

Amaran:Line internet anda akan semakin lembab akhir tahun ini

Amaran kepada semua pengguna internet.Line internet anda akan semakin lembap menjelang hujung tahun ini.Rancangan kerajaan untuk menembusi jalur lebar di kawasan pendalaman serta meningkatkan mereka yang celik IT dengan Pemberian Netbook 1Malaysia beserta Line akan menyebabkan Laluan trafik semakin sesak.

Ini kerana Syarikat Penyedia Jalur Lebar terlalu sibuk untuk menambah pelanggan mereka sambil terlupa untuk menaik taraf perkhidmatan mereka,Alasan yang selalu diberikan ialah pengguna ramai,jadi trafikk pun jam.Pernahkah anda melayari Internet dimasa tidak sesak,tetapi masih hampa dengan perkhidmatan atau kepantasan Internet anda?Nah dimana rasionalnya alasan ini untuk diterima akal?

Sebagai pengguna,yang mana tidak dapat dipisahkan dengan Internet,apa yang harus kita lakukan.Tiada kuasakah kita untuk memboikot atau menegur taraf perkhidmatan Syarikat ini.Sedarkah anda yang sejak kebelakangan ini,line internet semakin lembap......

Kepentingan Keyword

Apa itu Keyword?Keyword bermaksud Kata Kunci bagi setiap patah perkataan yang berada di blog anda,kemudiannya dipadankan dengan Enjin Carian seperti Google,Yahoo dan Lain-lain.

Pemilihan kata kunci yang bagus akan meningkatkan dan Membantu anda dalam SEARCH ENGINE OPTIMIZATION(SEO).Dengan pemilihan Kata Kunci yang Tepat,anda mampu berada di tangga 50 keatas,seterusnya menjana Traffik yang berterusan ke Blog anda.

Sebagai Contoh,Google.Google mempunyai tool yang mampu membenarkan anda menguji serta memeriksa kepopularan Kata kunci yang ingin anda cari.Kata Kunci yang popular,akan membenarkan anda mengalih perhatian pengunjung ke blog anda.sila ke www.adwords.google.com untuk memeriksa kata kunci anda.

Sebagai contoh,perkataan Melayu.Google akan memaparkan sehingga 7,010,000 carian.Ini bermakna kata kunci anda terpaksa bersaing dengan 7.010,000 laman yang lain atau kata kunci Melayu.Sebab ada banyak Blog atau laman web MENGULANG perkataan Melayu,jadi kadar itu akan dikira.       

Dibawah,ada 10 sumber idea untuk mendapatkan kata kunci yang lain dimana akan dapat mengenali bagaimana untuk memeriksa serta memastikan kata kunci anda akan mampu bersaing serta berada di top 50.
  1. http://www.freekeywords.com
  2. http://www.goodkeywords.com
  3. http://www.keywordspy.com
  4. http://wwwtinykeywordtracker.com
  5. http://wwwkeywordcountry.com
  6. http://wwwkeyworddensity.com
  7. http://tools.seobook.com
  8. http://www.keyword-tools.com
  9. http://keyword-seobook.com
  10. http://www.keywordselite.com
Sumber rujukan didalam buku Bagaimanakah generasi Muda menjana pendapatan Melalui Blog,Komited sepenuhnya dengan tugasan semasa tanpa menganggu kerjaya Mereka oleh Blogging by million .

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails