nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 26 December 2010

Gol Keempat Malaysia yang dinafikan......

Salam semua.Sekalung Tahniah keatas Skuad Bola Sepak Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 semalam di Stadiumm Nasional.Pujian melambung diberikan keatas Safee Sali yan menjaringkan 2 gol pada Minit ke 60 dan 72 manakala Asaari Shamsudin pada minit ke 67.

Namun bagi saya Melaysia sepatutnya mendapat Penalti pada minit-minit terakhir apabila Pemain Sayap Malaysia Kuna dijatuhkan Penjaga Gol Indonesia Marcus.Kuna sudah pun mengelecek bola daripada Terkena Marcus sebelum Dijatuhkan,dan kemudian Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan pula apabila cuba merembat Bola Kuna tadi.

Inilah Gol Ke-Empat Malaysia yang sepatutnya diberikan.Kuna telah Jelas dijatuhkan oleh Marcus.Didalam Peraturan Bola Sepak,Penjaga Gol boleh menjatuhkan pemain lawan hanya sekiranya Bola berada tepat dikaki Lawan.Maksudnya sama seperti pemain Pertahanan yang membentes Lawan,Bola itu mesti berada tepat dilaluannya.Namun Kuna telah mengelecek Bola itu dari Laluan Marcus sebelum dijatuhkan.


Apapun Tahniah Malaysia kerana permainan yang terpuji,cumma sedikit tercemar kerana Penyokong yang tiada semangat Kesukanan yang memancarkan cahaya Laser dan Mercun.

Wednesday 22 December 2010

Komputer Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas?

Salam semua,hari ini tertarik dengan satuv Artikel daripada Harian Metro.Artikel itu  menyatakan bahawa Komputer ada sama Ada Laptop Atau Komputer Pejabat sebenarnya jauh kebih KOTOR dari Mangkuk Tandas.


Ini kerana Komputer memerlukan Jari serta tangan untuk mengunakan.Sentuhan adalah Punca bagaimana Kuman merebak.Sebagai contoh,adalah satu kebiasaan seseorang itu makan sambil menghadap Laptop.Sambil makan,tangannya menaip-naip papan Kekunci.Jadi Kuman dari makanan Itu hinggap di Papan Kekunci itu.Seterusnya Dia mengaru Rambut,tangan,bersin atau lain-lain yang mana kuman baru pun terus Hinggap disitu.Akhirnya Kuman itu membiak dan kitaran itu berterusan esoknya apabila Orang yang sama mengulang perbuatan itu.Lebih memburukkan keadaan apabila komputer atau Laptop itu digunakan oleh Orang Lain yang mana terdapat pelbagai Variasi kuman.




Penyelidik dari Pakar Sakit Berjangkit Australia mendapati alatann skrin sentuh,Papan kekunci adalah salah satu Medium Paling berkesan untuk menyebarkan penyakit.Kuman yang terdapat terdiri daripada yang Ringan seperti Selesema hinggalah yang berat yang membawa penyakit Serius.

Tidak seperti Mangkuk Tandas yang mana ianya boleh dicuci dan dibasmi kuman,berapa kali anda membersihkan Papan kekunci Anda?Jadi memang tidak mustahil yang Komputer lebih Kotor dari Mangkuk Tandas Bukan....

Thursday 16 December 2010

Blogger Baru Besar Kepala?

Salam semua.Hari ini nak bercerita mengenai Blogger baru yang besar kepala.Iyelah,baru jer berjinak dengan dunia blogger,entri pun xsampai 10,follower juga xsampai 10.Apa yang buat kita bengang ialah dia letakkan promosi Iklan ADS sebulan rmxx(bwh 90).Hamboi besarnya kepala die.Sedangkan blog otai-otai yang lain pun cuma rm 5,rm 10 jer.Aper sebelum letak harga itu,dier tak kaji serta blogwalking blog yang dah lama untuk pastikan harga terbaik.Kalau blog dia tu satu malaysia terkenal itu,xpelah,ini baru jer bertatih...

Inilah akibatnya jika terlalu ingin cepat sangat mengaut keuntungan.Hasilnya xder saper pun ingin menyewa Iklannya.Rasanya rakan blog pasti ader terjumpa blog seperti inikan?

Wednesday 15 December 2010

Bolehkah kelemahan GB di Manipulasi?




Salam semua.Baru-baru ini saya perasan didalam GB ada sesuatu post yang sama,yamg mana ianya seperti berulang kali dipostkan pada hari yang berlainan(selang sehari).Umumnya mengetahui yang PIN di GB berdasarkan karya terbaru sesuatu Blog.Namun Ianya boleh dieksploitasi kerana tarikh pada cpenulisan itu,MAMPU serta BOLEH DIUBAH oleh pemilik Blog.Jadi setiap kali ianya diubah,jadilah Karya sentiasa Baru.

Saya juga pernah mengunakan teknik ini.Namun yang saya Ping ialah Karya lama saya yang tidak pernah dipaparkan di GB kerana semasa saya mula2 menyertai GB,2 minggu selepas itu GB diserang Malware selama beberapa Bulan.Jadi selama beberapa bulan itu,banyak juga karya serta penulisan telah saya tulis.Agak merugikan sekiranya Ianya hanya di Ping di Innit saja.

Namun benarkah GB boleh dieksploitasikan serta dimanipulasikan ?Pendapat mereka yang lama serta Otai2 blogger,amat diharapkan .Sekian....

Monday 13 December 2010

Papan Tanda untuk Rakyat Malaysia yg Pengotor

Salam semua.Hari ini semasa aku balik dari tempat kerja,kebetulan syif malam,terserempak daku dengan sebuah kereta di tepi jalan.Ku lihat dua orang keluar dari kereta sambil membuka but kereta,lalu mengeluarkan 4,5 beg plastik sampah bersaiz besar.Hamboi selamba jer dier orang buang sampah tepi jalan sedangkan top sampah yang disediakan kerajaan cuma 1 kilometer jer.Pengotor betul die orang ni.Banyak juga sampah disitu,yang mana bukan mereka saja,yang lain pun buang disitu juga.Rasanya bukan aku jer yang pernah tgk,Korang pun tentu ada lihat jugakan.

So,semasa aku berjalan2 melayari internet,terjumpa aku satu papan tanda ni.Emm sesuai juga untuk mereka yang Pengotor ini.

Aku rasa baik tukar nama monyet itu kepada BABI kot....

So bagi kerajaan Malaysia,pekata kita cuba letak Papan Tanda ini.Trimas skali lagi kpd Encik Google samer pemilik gambar ini.

Cara Berkesan Ilmuwan Internet Melepaskan tekanan

Salam semua.Selama ini tekana pada kerja memang selalu menghimpit Ilmuwan.Kalau tidak diredakah,memang nak giler dibuatnya.So ilmuwan ada cara bagaimana nak redakannya.Caranya ialah Ketawa.Mari Ilmuwan membantu meredakan tekanan kamu semua ok.....









Baju Biru:OIT MASAMNYA BAU........ 



Sedap betui baring mcm ni,xsangka aku,ZZZZZZZZZZ

Kalau dah ngantuk,kat maner tido pon sodap
Oitt tulis besar sikit,sakit tau jatuh ni
Oit,Hang ingat manusia ja boleh pakai Seluar Dalam kah?


Hahahah.Trimas Pakcik Google sebab pinjam gambar....

Sunday 12 December 2010

Salah satu Sebab Line Internet anda Lambat dan Slow

Salam semua.Kita baru saja mendapat tahu mengenai masalah Line internet Di Malaysia yang Lembap ini.Mengikut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Rais Yatim-20 % Perniagaan yang menjalankan aktiviti Muat Turun Video Lucah atau Orang Perseorangan mengambil masa yang terlalu lama daripada Internet.Ini dikenalpasti sebagai salah satu punca jalur Lebar di Negara Ini lembap.(Sumber Majalah Jutawan Edisi Dis 2010).So bagi yang suka memuat Turun itu,Sedarlah anda menyusahkan kesemua pengguna Internet Di Malaysia Ini.

Mereka yg Gatal punca line Kamu semua Lembap,So jgn nak tuduh2 tau yang Kementerian xbuat kerja.



Siot kamu yg Gatal semua,aku akan hantar Santau melalui Emel dan FB kepada kamu semua.....
 

Saturday 11 December 2010

Nazar membotakkan Rambut-Haruskah?

Salam semua.Sebenarnya sudah lama teringin untuk menulis entri ini.Tujuan entri ini ditulis adalah untuk menerangkan mengenai Nazar Rambut.Saya memiliki seorang rakan yang juga penyokong Kelantan.Dia amat genar menyimpan rambut panjang.Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia Tahun ini.Sebagai membalas Nazar sekiranya Kelantan menang,dia akan membotakkan Rambut.

Suatu ketika dahulu saya pernah membaca mengenai perkara ini di Surat Khabar.Masih ingat lagi saya mengenai hal ini.Sorang telah bernazar bahawa dia akan memotong rambutnya sekiranya hal yang di hajatkannya diterima Allah,namun naarnya tidak tertunai.Sehingga kini dia tidak memotong rambutnya sedangkan rambutnya semakin panjang dan tidak terurus.Kerana buntu dia menulis di Runagan agama meminta pendapat.

Pakar yang menulis menyatakan Nazar itu adalah sebagai MEMBALAS sekiranya apa yang dihajatkan diperkenankan.Sudah namanya MEMBALAS,maka kita Wajib menunaikannya.Namun Rambutlah sesuatu yng harus diNazarkan.Sekiranya kita ingin membalas jasa orang Lain,tentu kita akan membalas dengan benda yang BERGUNA.itulah mksud saya.BERGUNA itu ialah sesuatu yang mendatangkan Faedah serta ada nilainya.Rambut ialah Kejadian Allah,maka adakah LOGIK kita membalas kepada sesuatu yang sebenarnya adalah HAK ALLAH sedangkan yang ada pada anggota kita adalah HAK ALLAH ?

Bernazarlah kamu namun kamu harus membalas pada perkara yang membawa faedah.Seperti membaca Yassin,mendermakan harta kepada masjid,rumah anak yatim.Ini kerana ianya disukai Allah dan mendatangkan faedah.

Sunday 5 December 2010

Bersyukurlah Rakyat Malaysia.....

Salam semua,tentu semua masih heboh berdebat serta memperkatakan mengenai kenaikan Harga Minyak dan Gula.Memang kenaikan ini tidak dapat dielakkan.Kerajaan sudah banyak memberi penerangan malah terpaksa menanggung subsidi yang besar.Masalah utamanya ialah Subsidi ini tidak dapat digunakan secara menyeluruh dan berkesan.

Sasaran subsidi ini ialah Golongan yang berpendapatan rendah dan Miskin.Namun malangnya subsidi ini juga turut dinikmati oleh Golongan yang berpendapatan Tinggi dan tidak memerlukan sebarang Bantuan pun.Inilah yang membuatkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan ini.Matlamat Subsidi ialah membantu golongan sasaran.Dengan pengurangan subsidi ini,Kerajaan mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan bagi membantu golongan sasaran.

Ini membuktikan kerajaan Prihatin kepada Rakyat.Bersyukurlah Rakyat Malaysia kerana diluar sana,harga kedua barang ini jauh lebih mahal.Jangan pula ada yang ingin menukar undi semata-mata tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.Satu Solan yang Ilmuwan akan tanya ialah Negara telah memberi sumbangan serta pertolongan kepada anda,apa sumbangan anda?Hanya dengan satu undi maka anda layak untuk menghentam kerajaan?

Saturday 4 December 2010

Suzuki Cup-Soalan untuK Raja Gopal.

Salam semua...semua sudah menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand.Perlawanan itu menyaksikan anak buah RajaGopal bertahan serta mengekang asakan Thailand.N,amun sekadar seri tidak memandai.Ini kerana Keputusan seri itu bermakna Malaysia sudah tersingkir dari Suzuki Cup.

Thailand cuma dibolosi 1 gol saja sedangkan Malaysia sudah dibolosi 5 gol.Ini bermakna Malaysia tiada pilihan sekiranya ingin mara dengan membelasah Laos dengan jaringan yang BESAR disamping mengharapkan Thailand dibelasah Indonesia pula sekurang-kurangnya 4 gol.

Tekanan amat terasa kepada kedua jurulatih skuad iaitu Malaysia dan Thailand.Jurulatih Thailand Bryan Robson serta RajaGopal pasti sedar akan risiko tersingkir awal.Walaupun Malaysia menghantar Skuad yang lemah,namun itu bukan persoalan yang skuad ini tidak mampu mengibarkan cabaran.Dari apa yang dilihat,Skuad Malaysia harus bermain dengan lebih lagi dari pihak lawan.Pihak Lawan selalu menyerang kerana Pertahanan Malaysia kurang mantap serta tiada persefahaman.


Satu Soalan yang saya rasa sekiranya diajukan kepada RajaGopal sekiranya alasan Malaysia Gagal ke Pusingan kalah mati ialah : Adakah sekiranya Malaysia menghantar skuad terkuat pun,peluang kita untuk merangkul Piala ini CERAH?Sejarah sudah membuktikan yang Malaysia pernah menghantar skuad yang terkuat,malah lebih kuat dari sekarang,namun semuanya terkandas.Jadi salah siapa sekiranya Skuad Malaysia Gagal ke Pusingan Kalah mati?

Wednesday 1 December 2010

Amri Yahyah pemusnah Indonesia

Salam semua,malam ini tepat pukul 8.30 malam di Astro 813 akan bermulalah Piala AFF Suzuki Di Indonesia.Harimau Malaya akan menentang Garuda Indonesia(Malaysia lawan Indonesia).

Walaupun skuad Harimau Malaya kali ini teramat lemah daripada skuad yang memenangi Pingat Emas Sukan Sea kerana masalah kecederaan,namun ini tidak bermakna bahawa muka baru yang dipanggil tidak mampu memgibarkan cabaran.

Kepada skuad muda yang dihantar ke Liga Slovakia,inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa penghantaran anda kesana berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.Biarlah kalah dengan bermaruah.Semasa Entri ini ditulis,gergasi Asia Tenggara,Thailand tumbang ke tangan Laos 2-1.Ini membuktikan bahawa Kemenangan ditentukan melalui "Siapa yang Lebih Inginkan Kemenangan".

Namun,yang mencuri tumpuanku ialah Amri Yahyah.Inilah peluang terakhir Amri untuk membuktikan bahawa dirinya masih berbisa,apatah lagi dirinya sudah berusia 29tahun.Ini mungkin panggilan terakhir untuk dirinya mewakili Negara.

Amri,ku masih ingat lagi semasa jaringan anda yang menakjubkan semasa menentang mu dahulu.2jaringan anda itu membuktikan anda penyerang terbilang negara.

Kelab bolasepak kalah 55-0?

Sumber kosmo online.


LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.
Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi


P/S rasanya walaupun betapa teruknya skuad amatur ataupun orang kita bermain bola,xdelah sampai 55 gol bolos.Wah banyaknya,adalah kesemua pemainnya tidur?

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails