nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 5 December 2010

Bersyukurlah Rakyat Malaysia.....

Salam semua,tentu semua masih heboh berdebat serta memperkatakan mengenai kenaikan Harga Minyak dan Gula.Memang kenaikan ini tidak dapat dielakkan.Kerajaan sudah banyak memberi penerangan malah terpaksa menanggung subsidi yang besar.Masalah utamanya ialah Subsidi ini tidak dapat digunakan secara menyeluruh dan berkesan.

Sasaran subsidi ini ialah Golongan yang berpendapatan rendah dan Miskin.Namun malangnya subsidi ini juga turut dinikmati oleh Golongan yang berpendapatan Tinggi dan tidak memerlukan sebarang Bantuan pun.Inilah yang membuatkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan ini.Matlamat Subsidi ialah membantu golongan sasaran.Dengan pengurangan subsidi ini,Kerajaan mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan bagi membantu golongan sasaran.

Ini membuktikan kerajaan Prihatin kepada Rakyat.Bersyukurlah Rakyat Malaysia kerana diluar sana,harga kedua barang ini jauh lebih mahal.Jangan pula ada yang ingin menukar undi semata-mata tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.Satu Solan yang Ilmuwan akan tanya ialah Negara telah memberi sumbangan serta pertolongan kepada anda,apa sumbangan anda?Hanya dengan satu undi maka anda layak untuk menghentam kerajaan?

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails