nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 31 October 2010

Cara pantas Malware Merebak

Salam semua.Hari ini kita nak bercerita mengenai satu cara pantas Malware merebak di Internet.Umumnya Malware merebak serta menjangkiti Komputer kita atau laman Web.Namun terdapat satu Malware yang tidak menjangkiti Laman Web itu,sebaliknya Menjangkiti mereka yang Singgah diLaman Web itu.

Virus Ini menjadikan Laman Web itu sebagai Perumahnya.Laman Web itu memiliki Kadar Trafik yang teramat tinggi.Ini kerana ianya percuma kepada sesiapa saja untuk memuat-turun serta menonton gambar atau Movie.Laman Web apa itu? Laman web itu ialah Laman Web Lucah atau Pornografi.Kaspersky Lab menyenaraikan Laman Web Lucah atau Porno sebagai Laman Web yang paling banyak memiliki Malware serta menjangkiti Mereka yang Singgah di Sana.

Tingkatkan Security Komputer anda

Jadi,bagi mereka yang GATAL sangat itu,usahlah ke Sana.Tiada Faedah pun,malah anda akan bertambah-tambah Dosa kerana turut menyebarkan Virus Malware itu.

Friday 22 October 2010

Indon punya pasal,Malaysia juga yang kena.....

Salam semua,masih ingat tak mengenai peristiw BENDERA Malaysia yang dibakar didepan kedutaan Malaysia di Indonesia.Wah marah betul Orang Indon,walhal peristiwa yang terjadi adalah kecil saja.Namun,Kerana Indon punya pasal,seluruh Malysia yang kena..

Apa yang Rakyat Malaysia kena itu?JEREBULAH jawapannya.Kerana ketidakcekapan Pegawai serta kerajaan Indon menangani masalah ini,Jerebu yang mendatangkam masalah kepada mereka yang ASMA,LELAH, serta BERKULIT SENSITIF.Dari segi ekonomi pula,ramai yang mengambil sikap duduk dirumah kerana mengelak dari menghisap udara jerebu.Lihatlah Sekolah-sekolah,,terpaksa ditutup sedangkan mereka itu hendak menuntut ilmu....


PATUTKAH rakyat MALAYSIA MEMBAKAR bendera kamu.....Tidak,itu perbuatan orang BODOH,TIDAK BERAKAL.Sebaliknya Rakyat BENDERA YANG KAMU BAKAR,YANG KAMU CACI DAN HINA menghulurkan tangan serta bantuan bagi mengatasi masalah Kebakaran kamu...


Harap jangan dilupakan,hargai perhubungan baik yang terjalin ini........

Thursday 21 October 2010

4B-CARA TERBAIK MENCARI JODOH

Salam semua......


Kat sini nak kongsi pengalaman seorang lelaki yang berjumpa dengan Ilmuwan serta mengadu masalahnya yang masih tidak kahwin lagi.......

Ilmuwan: Apa masalah awak Ahmad?
Ahmad: Sampai sekarang belum bertemu jodoh Tuan Ilmuwan,walhal saya sudah berumur 40 tahun.
Ilmuwan: Adakah awak amalkan 4b Ahmad?
Ahmad: 4B,apa itu tuan....?
Ilmuwan:Pertama Bersolat Ahmad.
Ahmad:Setiap hari saya tidak pernah Miss Solat tuan Ilmuwan.....
Ilmuwan: B kedua ialah berusaha
Ahmad:Sudah bermacam cara saya sahakan,berjumpa bomoh sudah,minyak dagu sudah.dot dot dot....
Ilmuwan: B ke 3 berdoa Ahmad,adakah anda berdoa?
Ahmad: Itupun sudah Tuan Ilmuwan...
Ilmuwan: Kalau begitu.B terakhir mungkin mampu menyelesikan masalahmu,iaitu BERCERMIN....



Cerita ini tentu dah ramai pernah baca,saja jer ulang kerana kekeringan idea.Kebelakangan ini semua idea yang bernas tertumpu pada blogku yang satu lagi........

Wednesday 20 October 2010

Rakyat Malaysia bertuah

Bertuahnya Rakyat Malaysia ini.Hidup aman damai.Walaupun berbeza politik,bangsa dan agama,masih mengekalkan kerukunan dan keharmonian.Semoga rakyat mengambil iktibar dari apa yang berlaku dinegara jiran.

Sumber-Kosmo Online

 

ANGGOTA-ANGGOTA polis bertempur dengan penunjuk perasaan dekat Istana Presiden di Jakarta semalam.



JAKARTA - Beratus-ratus penunjuk perasaan antipemerintah membaling batu dan kayu ke arah anggota-anggota polis di luar istana Presiden Indonesia di sini semalam.
Lebih 150 pelajar membuat sekatan jalan di kawasan penduduk Menteng di tengah Jakarta dengan kayu dan menyerang polis yang cuba menyuraikan mereka.
Beberapa pertempuran kecil berlaku antara polis manakala persekitaran istana itu diselubungi asap gas pemedih mata.
Tunjuk perasaan yang bertukar ganas itu diadakan pada hari ulang tahun pertama pelantikan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua.
Mereka membantah pemerintahan Susilo yang dianggap gagal menunaikan janji-janji sebelum ini termasuk membanteras rasuah dan melindungi hak rakyat.
Sementara itu, beberapa perhimpunan antipemerintah melibatkan beribu-ribu penunjuk perasaan turut diadakan di Bandung, Surabaya Palu dan Bogor semalam. - AFP



Britain berjimat cermat


GEORGE OSBORNE (kanan sekali) bercakap dengan David Cameron (kiri) dalam mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri 10 Downing Street di tengah London semalam.



LONDON - Ketua Perbendaharaan Britain, George Osborne memberitahu, kerajaan akan melakukan potongan perbelanjaan awam terbesar sejak Perang Dunia Kedua dengan memotong faedah-faedah dan pekerjaan sektor awam dalam pelan jimat cermat selama lima tahun.
Osborne mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan potongan perbelanjaan awam sebanyak £83 bilion (RM406 bilion) sehingga tahun 2015.
Potongan itu dianggap perlu selain kadar cukai ditingkatkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan yang mencecah £156 bilion (RM765 bilion) pada tahun lalu.
Beliau menyatakan pemotongan itu akan meliputi hampir semua bentuk perbelanjaan kerajaan.
Usia persaraan juga bakal dilanjutkan kepada 66 tahun menjelang tahun 2020, empat tahun lebih awal daripada apa yang dirancangkan.
Tindakan itu mampu memberi penjimatan sehingga £5 bilion (RM24.3 bilion) setahun.
Sebanyak 500,000 kerja sektor awam akan dikurangkan. Bayaran kebajikan dikurangkan dan puluhan program kerajaan yang telah dijadualkan sebelum ini turut dibatalkan. Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turut menerima kesannya apabila bajet isi rumah diraja dipotong sebanyak 14 peratus dalam tempoh empat tahun.
"Ia tindakan yang sukar, tetapi membawa masa depan yang lebih baik," kata Osborne dalam satu kenyataan mengenai pelan ekonomi jangka panjang yang cukup ditunggu-tunggu itu.
Ratusan diplomat Britain juga akan kehilangan pekerjaan di bawah pemotongan bajet Kementerian Luar sebanyak 24 peratus.
Beberapa kaji selidik dan protes yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat Britain kurang senang dengan pemotongan bajet tersebut.
Kelmarin, beratus-ratus anggota kesatuan pekerja berikrar untuk menentang pelan Osborne dengan berarak ke bangunan Parlimen. - AP

Masa Terbaikk untuk Post New Entri kat Innit.

Salam semua,saya nak bertanya pendapat anda bilakah masa terbaik untuk post entri di Innit.Seperti perniagaan,kita kenalah bijak menyusun masa untuk mendapatkan trafik yang baik dalam masa yang singkat.

Masa terbaik ialah masa puncak,iaitu Malam diantara pukul 8-12.Masa itu terdapat ramai yang ping entry mereka.Bilangan mereka yang log in ramai memungkinkan trafik mereka pon meningkat dlm masa yang singkat.Ada satu RAHSIA sekiranya anda ingin post anda tersenarai didalam featured Post,caranya ialah Masa puncak.Anda harus singgah ke banyak blog yang baru saja ping entry mereka serta Nanged mereka.Kemungkinan mereka membalas adalah 50/50.Katakan anda Nanged serta meninggalkan jejak/komen dientri mereka sekurangnya 30 blog,dlm tu cuma 10 jer yang nanged anda balik,itu pun sudah cukup untuk anda berada didalam Featured Post.
Tapi ada keburukannya juga iaitu Trafik menjadi lembap.Kadangkala boleh mengugat kesabaran iman seseorang....

Yang kedua ialah masa selepas Puncak.Biasanya masa bekerja atau lewat malam seperti pukul 2pagi.Masa ini memang tak banyak yang berada ditalian,namun anda boleh berhubung dengan mereka secara terus.Jadi persahabatan dapat terjalin,sekaligus menambah aliran trafik anda.Malah line pun laju kerana tidak sesak.Namun keburukannya mungkin anda langung tidak mendapat maklumbalas yang diharapkan.

Yang ketiga ialah hujung minggu atau Public Holiday.Masa ini memang masa terbaik sekali untuk ping post kerana mereka yamng berada ditalian memang ramai.

Jadi,bagaimana nak mendapatkan trafik yang besar dlm masa yang singkat.jawapannya simpan post anda,katakan anda ada 3 post untuk diping,anda cuma perlu terbitkan satu je,yang lain disimpan .ini kerana Innit hanya menerima ping entri yang terkini saja.Jadi,rebutlah peluang ini untuk mendapatkan trafikk yang besar dlm masa yang singkat...

Blackberry Touch 9800 smartphone from Celcom untuk dimenangi....

 
Blackberry Torch 9800 Smartphone
Blacberry Torch 9800 Smartphone ini memiliki rupa yang amat menarik.Ianya boleh digunakan secara melintang,mahupun menegak.Dengan Touchscreen 3.2 inchi ini,anda dapat melihat video,gambar serta menikmati music secara LIVE.Hanya mengunakan jari untuk membesarkan gambar,mempercepatkan video serta lagu.










Blackberry Torch 9800 ini boleh digunakan secara sentuhan pada skrinnya(touch screen) dan QWERTY keyboard.Papan kekunci QWERTY amat berguna sekiranya anda gemar menaip mesej,emel secara pantas,sekaligus mengelakkan  Touchscreen 3.2 inchi ini menjadi kotor.

Kamera 5 MP dengan Flash

Bagi mereka yang amat gemar mengambil gambar serta Video,usahlah bimbang.Ini kerana Blackberry Torch 9800 ini memiliki Kamera 5 MP dengan Flash yang berkuasa.Tidak perlu risau sekiranya mengambil gambar pada waktu malam ataupun sekiranya kurangnya pencahayaan.Ada lagi yang menarik mengenai Kamera ini,ianya memiliki Image stabilization serta Continuous auto-focus yang membantu anda mengambil gambar yang bergerak dengan lebih jelas lagi.Dengan 11 photo Modes dan Video Record,segalanya sempurna untuk Kamera ini.



Dengan pelan EXEC 50 celcom,mengunakan Blackberry 9800 semudah memetik jari...
Dibawah,kita berikan spesifikasi ringkas mengenai Blackberry ini...
  • 3G UMTS 2100/1900/850/800 MHz
  • Quad-band GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900MHz
  • 3.2” inch (480×360 pixels) HVGA+ Touch Screen Display
  • 5 Megapixel Camera with Image Stabilization
  • 512 MB flash memory / 512 MB SDRAM
  • 8 GB media card included (Expandable memory up to 32GB)
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • Bluetooth v2.1 + EDR
  • Built-in GPS with BlackBerry Maps
  • 3.5mm stereo Headset
  • Windows Media DRM 10 for music & video
  • Video format support: MPEG4, H.263, H.264, WMV3
  • Audio format support: MP3, AMR-NB, AAC-LC,
  • AAC+, eAAC+, WMA, WMV, Flac, Ogg Vorbis
  • 1300 mAHr LI-Ion Battery
  • Talk Time: GSM – up to 5.5 hours, 3G – up to 5.8 hours
  • Music Playback: up to 30 hours
  • Video Playback: up to 6 hours
  • Weight: 161.6 gm







Tiada yang sama dengan Celcom Blackberry dengan Blackberry yang lain.Dengan Celcom Blackberry,anda akan mendapat liputan terluas,terpantas serta terjelas di Malaysia.Dengan Pelan Celcom EXEC 50,anda boleh sentiasa Online dengan Celcom dimana saja dengan bayaran serendah rm50 sebulan.Diantara Keistimewaan pelan ini ialah:

- 15 sen call rate to any number. Nothing complicated; just a simple rate to all numbers
- Automatic discounts every month.
- Talk more, save more. The more you use, the more discounts of up to 30% every month
- Low monthly commitment of only RM50.
- FREE Celcom Broadband Basic Plan for 1 month with speeds of up to 384 Kbps

Mari kita terangkan cara dia untuk menang 5 Blackberry Torch 9800 dari Celcom nie. Korang cuma ikut semua  langkah-langkah kat bawah nie: 1. Pastikan korang adalah seorang blogger dan mendaftar dengan Nuffnang
2. Ushar Nuffnang blog untuk maklumat terperinci tentang apa yang korang perlu tulis.
3. Tulis satu entri pasal Celcom Blackberry Torch 9800 di blog anda.
4. Tulis sebelum tarikh 30 November 2010.
5. Tunggu keputusan daripada pihak Celcom untuk tahu korang menang ke tak.

Kalau nak sangat guna smartphone ini,tunggu apa lagi,belilah.Untuk pengetahuan semua,pada 28 oktober ini,Celcom akan buat majlis pelancaran Blackberry Torch 9800 ini( sila pre-register di laman web Celcom). Dan kalau anda adalah 100 pembeli terawal, 3 barangan di bawah akan menjadi milik anda PERCUMA:-
1. Jabra Bluetooth Headset worth RM125
2. 8GB Micro SD Card worth RM68
3.Energizer Portable bernilai RM58



IPAD bakal ke Malaysia dengan Maxis.......

Salam semua,fonemena IPhone melanda Dunia sekarang ini.IPhone menjadi pilihan yang laris dimana syarikat telekomunikasi seperti Maxis,Digi,Celcom mendapat keuntungan melalui penjualan IPhone.Kini,Maxis merancang pula untuk membawa pula IPad ke Malaysia.

Walaupun IPad boleh dibeli diMalaysia,namun dengan Maxis,ianya lebih mudah digunakan.Ini kerana Maxis sedang sibuk membangunkan aplikasi terbaru untuk IPad itu.



Alat skrin sesentuh berbentuk tablet dikeluarkan pembuat komputer Macintosh, iPod dan iPhone itu kini dipasarkan dengan dua versi.
Versi WiFi iPad, membolehkan pengguna menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video, melayari internet atau membaca buku secara dalam talian, dijual di pasaran AS dengan harga permulaan AS$499 (RM1,656.68) seunit.

Satu lagi model yang menampilkan gabungan aplikasi WiFi dan rangkaian hubungan 3G selular dipasarkan dengan harga AS$829 (RM2,752.28) seunit.

Menurut sumber dalaman Maxis, meskipun harga ditawarkan di AS adalah AS$499 bagi versi asas iPad, harganya dijangka kurang daripada RM2,000 seunit bagi pasaran Malaysia.

Sumber-Berita Harian Online


Yang pasti,sebagai penguna,kita akan mendapat keuntungan melalui Persaingan ini.Jika Maxis membawa masuk IPad,tidak mustahil Celcom serta Digi akan membawa pula ianya.Maka akan terjadilah PERANG HARGA sama seperti IPhone.Satu lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia.





P/S:Encik Nuffnang,bila nak buat kontest IPAD......

Tuesday 19 October 2010

Padah kerana Berjanji-Gagal kuruskan badan kena bayar ganti rugi

Salam semua,hari ini tertarik dengan kosmo.Tajuk beritanya ialah Gagal kuruskan badan.jom baca antara berita tersebut

MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.
Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.
Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.
"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.



Berjanji mesti ditunaikan.Kerbau dicucuk Hidungnya pada Tali,manusia diikat pada janjinya.Kepada mangsa,anda memang berhak mendapat gantirugi kerana wang yang anda bayar amatlah besar.Kepada mereka yang berniat nak kuruskan badan itu,janganlah terlalu terpengaruh dengan iklan yang menawarkan segala yang indah belaka,namun apabila sudah membayar barulah terasa kepahitannya....

Monday 18 October 2010

Hacker menganas di Facebook

Salam semua.Pernahkah anda mendengar nama Hacker?Hacker seringkali dianggap pengodam.Namun ada yang baik,ada yang jahat.Hacker yang jahat itulah kita bincangkan disini....

habislah kamu,aku nak godam laptop kamu-Gambar google


Hacker jahat ini akan mengunakan gambar profil anda,serta maklumat anda di facebook.Mereka kemudian akan meng-add rakan-rakan anda,antara tujuannya ialah untuk menyakinkan anda yang Hacker itu adalah kawan anda yang sebenarnya.


Antara tujuan Hacker ini ialah mencuri data serta maklumat diri Mangsa,juga kawan-kawan mangsa.Semua Facebook memiliki sekurangnya satu alamat emel.Sekiranya Hacker berjaya memiliki 100 alamat emel kawan anda,dan menjualnya kepada pihak ketiga seperti pengiklanan.Pihak ketiga itu menghantar mesej kepada emel anda,berkemungkinan anda akan dikenakan bayaran untuk membuka mesej itu tanpa diketahui...


Ada juga Hacker memperdayakan kawan mangsa,merayu kononnya menghadapi masalah kewangan atau lain-lain,terutamanya wanita.Hacker meminta wang kononnya untuk membeli baranglah,itulah,anda pula mempercayainya kerana beranggap Hacker itu kawan anda yang sebenar.Katakan pula hacker anda lelaki yang berniat Jahat kepada rakan wanita anda,meminta berjumpa disatu tempat.Apa akan terjadi sekiranya anda mempercayai Hacker itu?


Walaupun ramai rakan Blogger dah jarang ke Facebook kerana seronok berblogging,namun Facebook anda tanggungjawab anda.Anda mesti memantau Facebook anda.Jangan menjadi Mangsa Hacker kerana anda mengabaikan Facebook anda.

Kalau tidak pun,mengapa tidak mencuba perisian Anti Hacker ini,namun ianya hanya percuma 30hari saja,selepas itu kenalah beli. Facebook Hacker free Download

Thursday 14 October 2010

Ilmuwan Internet ada misi.........

Salam semua,apa khabar.Mulai hari ini ,Ilmuwan Internet ada misi baru.Misi yang mulia,untuk menambah pendapatan dengan Pengiklanan.Ilmuwan Internet telahpun join Churp churp.Eyahooo.



Churp churp ini lain sikit daripada pengiklanan yang lain.Ini kerana mereka akan memberikan kita Misi 007 untuk diselesaikan.Satu iklan,satu misi.Kira kita ni macam perisiklah.Cuma bezanya kita tidak diberi senjata yang canggih-mangih(bahasa ini dicipta olehku),kita cuma perlu menulis serta meletakkan link atau keyword sesuatu tugasan itu.Kemudian tweeet.Senang saja.Kadar pembayaran bergantung kepada Kepintaran anda untuk menyelesaikan misi ini.


kalau nak jelas sikit,klik sini.

Pertama sekali kenalah mendaftar dulu dengan akaun anda.Namun,tidak digalakkan mendaftar dengan akaun yanng sama dengan twitter anda.Selepas mendaftar anda akan diberikan pengesahan mesej melalui emel.Sahkan dan selamat menyertai kumpulan perisik hahahaha...Apapun,jangan lupa meletakkan banner Churp Churp iaitu seekor burung tweet tweet.....


Tunggu sehingga bos kita memberikan kita satu tugasan atau Assigment.Macam kembali ke sekolah pula.Dah lama tidak menyebut Assigment.Tapi kita panggil ianya Misi nak,barulah mengancam.Churp Churp ini kalau kita join,Encik Nuffnang tidak akan marah kerana ianya memang berbeza dengan Nuffnang,so apa lagi,jom rebut peluang ini(anak syarikat Nuffnang sebenarnya ),Tambahan pula kadar bayaran Churp Churp ini lebih tinggi dari Nuffnang.Satu lagi peluang untuk mencari Wang saku Lebih.


Okey,sesiapa yang berani menyahut cabaran ini,jom sertai Churp Churp.

Wednesday 13 October 2010

5 sebab status Gliterrati berubah

Salam semua,hari ini kita ingin membincangkan sebab-sebab status gliteratti berubah.ada 5 sebab status berubah
  1. Curang dengan Nuffnang dengan meletakkan iklan pesaing Nuffnang,(namun tidak dikatakan curang jika meletak ikaln seperti Google Adsense atau yang dari Syarikat Pengiklanan Asia)
  2. Tiada Trafik pada blog.Kalau anda ada 2,3 blog yang berdaftar di Nuffnang,anda harus sentiasa update ketiga-tiga blog itu.Ini kerana sekiranya anda merasa Malas untuk update Salah satu Blog itu,membiarkan ianya begitu,status anda akan berubah kerana blog itu tiada trafik walaupun blog anda yang lain memiliki trafik yang tinggi.Kenapa? Kerana Nuffnang telak meletakkan iklan pada blog anda,jika tiada trafik pada blog itu,bermakna sia-sia saja iklan Nuffnang itu.Ini satu kerugian pada Nuffnang,jadi bersedialah untuk status berubah.
  3. Template atau Layout.Ramai yang gemar tukar template atau layout.Namun tidak semua template atau Layout sesuai dengan Kod Nuffnag yang asal.Jadi anda kena selalu Tukar Kod yang asal itu.
  4. Private Blog
  5. Buang kod iklan untuk seketika.Adakalanya,semasa kita sibuk untuk mengemas kini serta menukar template,kita tidak tersedar  yg kod iklan telah berubah,maka iklan tidak dapat keluar.Ini memang tak mustahil kerana kita tak tahu bila iklan nuffnang akan keluarkan?

So,ini yang diketahui oleh saya.Jika ada antara kawan-kawan mengetahui sebab yang lain,apa kata dikongsi bersama disini...

blog tutorial terbaik untuk pengguna blogspot

Salam semua,disini kita nak memperkenalkan sata laman blog yang agak famous.Blog ini terkenal kerana tutorialnya yang mudah serta ringkas.Tunjuk ajarnya amat mudah difahami.Pelbagai tutorial dari widget,membuat page,seo serta lain-lain lagi terdaapt didalam blog ini.

Maribinablog ialah nama blog ini.Dicipta oleh seorang pemuda yang bergelar Nwscafe Ais(salah satu air faveretku itu).Disinilah tempat ku meluangkan masa untuk menimba ilmu serta mencantikkan blogku.Pendek kata tanpa blog ini,blogku tidak bermakna ...

maribinablog
Antara tutorial terkenalnya ialah cara menghalang artikel kita kita dari ditiru serta dicopy,Memang berguna tutorial ini.Malah ianya amat mudah.

Saturday 9 October 2010

Happy birthday Friend

Salam semua.Entri ini ku buat khas untuk rakan ku semasa sekollah kecil-kecil dulu.Sementelah diriku memiliki blog,maka ku gunakan dengan sebaiknya.




Kawanku,ini hadiah kecil dariku,Selamat harijadi Kawanku.......

Hadiah misteri ni

tadaaa,ni hadiahnya,cuma boleh tgk,tak boleh rasa

Lain kali kalau jumpa,kita belanja makan sebagai hadiah ok.Selamat hari jadi kawan.

Thursday 7 October 2010

Paper masa Depan PERCUMA.......

Salam semua.....


Tahukah kamu bahawa dimasa depan,mungkin 10 tahun lagi paper dimasa depan didalam bentuk digital.Ini kerana kos untuk menerbitkan paper serta kos lain seperti percetakan,penghantaran akan semakin meningkat,disamping kesedaran alam sekitar yang semakin meningkat memungkinkan paper kertas berkubur.

Dizaman ini,kadar celik it serta mereka yang memiliki Komputer peribadi serta Jalur lebar semakin meningkat.Pelajar persekolahan pula mula mengunakan E-Book sebagai penganti buku teks.Tambahan pula komputer semakin murah dan semakin canggih.Kemunculan komputer generasi ketiga iaitu Apple I-PAD serta yang lain yang mirip seperti kertas A4 membolehkan komputer dibawa kemana saja.

Tahukah kamu bahawa paper secara digital mampu dikemaskini seperti blog.Jadi didalamnya berita terbaru serta terkini bolwh dipaparkan.Berbanding paper kertas,apa yang kita baca bukanlah hari ini,tetapi semalan,jadi ini bukan yang terkini bukan?


Dengan menjadikan paper secara digital,pengeluar tidak perlu menangung kos percetakan serta membeli kertas,penghantaran dan lain-lain.Ini memungkinkan kos untuk penerbitan Paper semakin rendah,sekaligus menaikkan mutu paper itu.Tambahan pula,iklan didalam paper Digital,semakin menarik.Iklan paper didalam kertas hanyalah berbentuk statik.sedangkan didalam paaper Digital,ianya  boleh berubah menjadi seperti video,disertakan gambar yang bergerak dan  juga bunyi.Ini menaikkan harga pengiklanan kerana iklan seperti ini mampu menarik perhatin pembaca.

Jadi,Dimasa depan,paper akan berada didalam bentuk digital.Walaupun paper kertas menjadi pilihan masa kini,namun dimasa depan ianya bakal menjadi sejarah.......

Tuesday 5 October 2010

Kebosanan berblogging melanda....Emas Puncanya.....

Salam semuanya.Sudah 3 hari ku tak update blog ini.Memang dihati,terasa ingin nak update,apatah lagi nak menaikkan Trafik blogku.Ialah,tiada trafik,tiada duit untuk Iklan yang masukkan.Namun,sebenarnya minatku untuk berblogging telah dihakis dan digantikan dengan minat melihat harga EMAS serta membaca artikel engenai pelaburan EMAS di bank-bank Malaysia.Bayangkan emas,1gram saja sudah berharga 140 ringgint,sama berat dengan sebutir beras.Itulah yang menarik minat aku dari berblogging.Malah kenaikan harganya juga membuatkan mataku terbeliak,sekali naik dekat berpuluh-puluh,sedangkan iklan nuffnangku,selaam 3 bulan berblog baru je RM 5.50.Jauh bezanyakan,,,,

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails