Salam semua,hari ini tertarik dengan kosmo.Tajuk beritanya ialah Gagal kuruskan badan.jom baca antara berita tersebut
MELAKA - Sebuah pusat rawatan kecantikan di sini diarah membayar ganti rugi dengan memberikan 23 kali rawatan kecantikan kepada seorang pelanggannya kerana gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.
Ganti rugi tersebut termasuk 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Datuk A. Mutalib Mohd. Razak berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh TTPM kepada dua wakil Marie France Bodyline Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej berkenaan.
Sementara itu, Bing Hong yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat tayar di sini berkata, pada mulanya dia dikehendaki membayar sebanyak RM11,600 untuk dua pakej rawatan menguruskan badan dengan setiap satu pakej berharga RM5,800.
"Semasa perbincangan, pusat rawatan kecantikan itu memberi jaminan bahawa berat badan yang mencecah 71 kilogram akan dapat diturunkan kepada 60 kilogram jika mengambil pakej berkenaan,'' katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, selepas membayar RM5,800 untuk pakej pertama pada 18 Mac lalu, dia memulakan rawatan sesi pertama pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, belum selesai rawatan pakej pertama, saya ditawarkan pula pakej ketiga dan perlu menambah RM4,130 lagi jika mahu menurunkan berat badan kepada 55 kilogram,'' katanya.
Berjanji mesti ditunaikan.Kerbau dicucuk Hidungnya pada Tali,manusia diikat pada janjinya.Kepada mangsa,anda memang berhak mendapat gantirugi kerana wang yang anda bayar amatlah besar.Kepada mereka yang berniat nak kuruskan badan itu,janganlah terlalu terpengaruh dengan iklan yang menawarkan segala yang indah belaka,namun apabila sudah membayar barulah terasa kepahitannya....
No comments:
Post a Comment