nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 18 October 2010

Hacker menganas di Facebook

Salam semua.Pernahkah anda mendengar nama Hacker?Hacker seringkali dianggap pengodam.Namun ada yang baik,ada yang jahat.Hacker yang jahat itulah kita bincangkan disini....

habislah kamu,aku nak godam laptop kamu-Gambar google


Hacker jahat ini akan mengunakan gambar profil anda,serta maklumat anda di facebook.Mereka kemudian akan meng-add rakan-rakan anda,antara tujuannya ialah untuk menyakinkan anda yang Hacker itu adalah kawan anda yang sebenarnya.


Antara tujuan Hacker ini ialah mencuri data serta maklumat diri Mangsa,juga kawan-kawan mangsa.Semua Facebook memiliki sekurangnya satu alamat emel.Sekiranya Hacker berjaya memiliki 100 alamat emel kawan anda,dan menjualnya kepada pihak ketiga seperti pengiklanan.Pihak ketiga itu menghantar mesej kepada emel anda,berkemungkinan anda akan dikenakan bayaran untuk membuka mesej itu tanpa diketahui...


Ada juga Hacker memperdayakan kawan mangsa,merayu kononnya menghadapi masalah kewangan atau lain-lain,terutamanya wanita.Hacker meminta wang kononnya untuk membeli baranglah,itulah,anda pula mempercayainya kerana beranggap Hacker itu kawan anda yang sebenar.Katakan pula hacker anda lelaki yang berniat Jahat kepada rakan wanita anda,meminta berjumpa disatu tempat.Apa akan terjadi sekiranya anda mempercayai Hacker itu?


Walaupun ramai rakan Blogger dah jarang ke Facebook kerana seronok berblogging,namun Facebook anda tanggungjawab anda.Anda mesti memantau Facebook anda.Jangan menjadi Mangsa Hacker kerana anda mengabaikan Facebook anda.

Kalau tidak pun,mengapa tidak mencuba perisian Anti Hacker ini,namun ianya hanya percuma 30hari saja,selepas itu kenalah beli. Facebook Hacker free Download

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails