nuffnang

mereka yg kuhargai

Tuesday 30 November 2010

Amy Search bakal Pengetua Akademi Famtasia 9?

Amy Search-otai Rocker malaysia(Gambar dari Google

Salam semua...Siapa yang tidak kenal Otai serta Sifu Rocker Malaysia Amy Search.Amy Search adalah Lagenda Rock.Dengar khabarnya bahawa Amy Search bakal dilantik sebagai Pengetua Akademi Fantasia yang ke 9.


Benar ataupun tidak,yang pasti Amy memang layak untuk memegang jawatan itu.Dengan pengalaman luasnya didalam nyanyian,Amy mampu menyumbangkan sesuatu yang menarik didalam Akademi Fantasia.Tambahan pula Amy memang pandai bergaya.Ada saja jenis Fesyen yang diperagakannya.Mungkinkah sepanjang 10 minggu di Akademi,Amy akan memakai Fesyen yang menarik?


Akademi Fantasia memang semakin muram,maklumlah sudah memasuki musim ke 9.Segala skrip mahupun drama banyak yang sudah dapat diterjemahkan oleh penonton.Diharap dengan pemilihan Amy,Skrip Akademi Fantasia akan lebih menarik lagi.....

Monday 29 November 2010

Innit VS Gengblogger

Salam semua.Hari ini ku merasa tertarik untuk menulis mengenai hal ini.Baru jer tadi aku ping satu artikel kat Innit dan Gengblogger.Keduanya pada masa yang sama.Namun bila ku perhatikan,ku dapati gengblogger menang sekiranya berlawan dengan Innit.

Menag yang ku maksudkan dari segi mereka yang membaca penulisanku.Kat Innit belum ada seorang yang membaca penulisanku  sementara di gengblogger sudah 3 orang membaca penulisanku.Walhal tajuk serta isinya mengajak manusia berfikir.Tajuknya ialah Mampukah manusia mencipta Time Machine.Ku kupas mengenai kemampuan manusia mengikut pembacaan serta akal fikiranku.

Bukan itu saja,malah ku lihat blog yang lain pun begitu juga.Di Innit ada blog yang hanya mendapat sedikit Nang sedenagkan di Gengblogger mereka mendapat banyak Undi.Jadi pendapat rakan yang lain bagaimana?

Saturday 27 November 2010

Pasaraya Berhantu.......Part One

Hari ini Hujan Turun Renyai-renyai.Azman merasa tidak sedap hati untuk bekerja hari ini.Namun dibuang jauh perasaan itu.Sekiranya dia tidak hadir ke Tempat kerja,siapa pula akan mengantikan dirinya.Tambahan pula cuma Azman yang bertugas hari itu.Di lihat jam Dilengannya.Sudah pukul 6 pagi.Dia harus bergegas sekarang sekiranya tidak ingin lambat ke Tempat Kerjanya.

Disarungnya Baju Hujan serta Seluarnya.Diluar Kilat Sabung menyabung."Tentu sejuk Mengigil ini",kata hati Azman.Helmet dipakai,kunci motor pun dimasukkan dan enjin di hidupkan.Dengan sekali tendang saja,Motor dihidupkan.Azman menekan punat Kunci Pintu Gate Automatik.Gate pun terbuka,kemudian Azman memecut Motornya.Sebelum Memecut,sempat ditolehnya yang Gate Automatik itu tertutup dengan sendirinya....


6.15 Pagi.Pn.Siti telah pun sampai ke Pasaraya tempatnya bekerja.Dia bertugas hari itu(Morning Duty).Setelah Punch kad,dia terus menaiki Tangga ke tingkat tiga iaitu Tingkat yang menempatkan Pejabat.Dibukanya Pintu,dihidupkan suis Lampu,dan dibukanya komputer.Pn.Siti ingin melihat apakah Promosi yang ditetapkan oleh HeadQuater hari itu.Keadaan masih agak gelap,tambahan pula hanya dia seorang yang bertugas pagi itu.Semasa asyik menaip Keyboard,sayup-sayup terdengar bunyi yang ganjil.Bunyi itu amat pelik,tidak pernah didengarinya sebelum ini.Bunyi itu mendayu-dayu,panjang............

Pn.Siti merasa seram.Tidak pernah pula dia merasa perasaan seram itu.Selama berkhidmat di Pasar Raya ini selama 12 tahun,inilah kali pertama dirinya merasa seram.Otaknya Ligat berfikir mencari alasan untuk menafikan perasaan itu.Didalam fikirannya,dia menetapkan bahawa Mustahil ada hantu Pagi-pagi ini.Setelah berasa agak yakin dengan keberanian dirinya,dia pun mengambil keputusan untulk melihat diluar tingkap pejabatnya.Sangkaannya tentu hari sudahpun teranag benderang.Semasa Bangun melihat permandangan di Luar,Dari pantulan cermin,Pn.Siti melihat bayang dirinya.Kelihatan disebelahnya Seorang budak sedang berada disisinya.Budak itu memakai pakaian serba putih,Namun yang menyeramkan mukanya....langsung tidak kelihatan........



6.30 Azman telahpun sampai ke Pasaraya tempatnya bekerja.Semasa dibawah,sewaktu ingin Punch kadnya,kedengaran Satu jeritan ditingkat Atas.Securiti yang bertugas untuk melerek kad terkejut dengan jeritan itu.Lantas Azman bersama Securiti itu bergegas mencari punca jeritan itu.Semasa mencari,Azman menyedari Lampu di bilik Pejabat terbuka.Azman bersama Securiti  menjenguk dari tingkap,terlihat Pn.Siti terbaring pengsan.

 8.00 pagi berita mengenai Pn.Siti pengsan di Pejabat begitu cepat tersebar.Ramai yang tertanya-tanya apakah puncanya.Namun hanya pihak atasan saja yang tahu.Dari cerita yang dibocorkan.Pn.Siti telah terlihat hantu.Namun ramai yang mengangapnya merepek.Apatah lagi kita berada di Zaman Moden.Mak cerita itu lenyap begitu saja.Namun tidak bagi Pn.Siti.Dia amat yakin lembaga yang berada disisinya itu Hantu.Namun siapakah Budak itu...................

Thursday 25 November 2010

Ngauman Harimau Malaya di Stadium Hoki Aoti....

Salam Semua....Harimau Malaya Sedang Beraksi menentang Pakistan didalam Acara Final Hoki Sukan Asia.Pada masa Artikel ini ditulis,Harimau Malaya ketinggalan 2-0 kepada Pakistan.Gol Pakistan dijaringkan melalui Pakar Penalti serta Veteren Pakistan,Sohail Abbas serta Rehan Butt.


Ayuh Harimau Malaya,Buktikan yang Ngauman Kita akan bergema di Stadium Hoki Aoti.Biarpn kalah,kalahlah dengan semangat Juang.Ilmuwan terpaku serta amat tertarik dengan Kepantasan didalam Permainan Hoki ini.Malah Bolanya pula teramat pantas untuk dikejar oleh mata.Mungkin kerana hanya menonton didalam Tv saja.Sebagai Contoh Gol yang dijaringkan oleh Sohail.Memang pantas,sedar-sedar saja sudah mengegar jaring...




Hari ini semua rakan sekerja ternantikan Aksi Malysia.Malah ada yang tidak pernah kenal hoki Malaysia tetiba saja menjadi pakar Hoki.Inilah penangan Hoki Malaysia.Malaysia Boleh.Ayuh Harimau Malaya,buktikan kita mampu menakluk Pakistan....

Friday 19 November 2010

Berita Gengblogger terkini

Salam semua.Kenalkan Gengblogger.Gengblogger ialah satu tempat untuk Ping Entri.Yang menariknya mengenai Gengblogger ini ialah ianya Tempat untuk Ping Entri berbahasa Melayu.Malah Ramai dari kawan Blogger yang gemar menping disini daripada Innit.

Satu masa dahulu,Gengblogger telah diserang Malware yang jahat.Ramai para Blogger yang terkena jangkitan Malware itu,serta menyebabkan Laman Gengblogger terpaksa ditutup.Ini amat menyedihkan kerana Sebahagian besar trafik datangnya dari Gengblogger.Jadi ini merupakan berita baik untuk Peminat Geng Blogger.Usah risau mengenai ancaman Malware ok.Malah sekarang gengblogger tampil dengan wajah serta aplikasi yang lebih baru......

Jom sama-sama ping kat gengblogger.......

Thursday 18 November 2010

Kerja kerja kerja ohhhh kerja

Salam semua.....


Maaflah sebab sekarang ini amat jarang mengupdated blogku ini.Kebelakangan ini amat sibuk dengan kerja.Kebetulan pula bulan ini saja ada 3 perayaan iaitu Deepavali,Hari Raya Haji serta Sultan Johor Besday.So memang busy sikit dengan kerja.Kerjaku pula melibatkan orang ramai,maka disaat anda bercuti,maka diri ini bekerja....

Apapun selepas tamat bulan ini,akan ku curi sedikit masa untuk melawat kawan-kawan blog semua,juga semua Follower.Tanpamu,siapalah diriku,tanpa BlogwalkingMU,Matilah Blogku.Thank kepada semua yang sudi singgah kat blog buruk ini........

Kebelakangan ini memang musim hujan.Di Johor sentiasa saja Hujan.Hari-hari mesti Hujan.Adakah Johor pula akan dilanda banjir?Harapnya tidak......


Selamat berjumpa lagi.Dari Ilmuwan Internet.......

Monday 15 November 2010

Astro Citra Membazir...

Salam semua.Teringin untukku menulis mengenai Astro Citra.Tadi ku menonton cerita hantu dari seberang bertajuk Pocong 3.Maklumlah peminat cerita seram.Sangkaku cerita ini mesti menautkan,namun hampa kerana ianya sungguh membuang masa menontonnya.




Bagiku,Astro sepatutnya mengadakan QUALITI STANDARD mengenai Movie yang akan ditayangkan.Apatahlagi Astro Citra bukannya percuma.Encik Astro,Anda harus membuang cerita itu pada tayangan anda.Ini kerana terdapatnya unsur negatif pada filem itu yang mampu merosakkan moral anak-anak kita.

Pertamanya ialah didalam salah satu adengan ialah umat islam disana menyambut Hari Hallowen di sebuah Bar.Pemuda pemudi disana memakai Kostum Hantu yang pelbagai,manakala gadisnya pula berpakaian singkat.Terdapat adegan menari yang mengoda,yang mana ianya patut ditapis oleh Lembaga Perfileman Kita.

Kedua ialah salah satu babak pelakon wanita utama meminta Tequila kepada pelayan Bar.Dengan selamba saja Pelakon wanita meneguk,bukan sekali tetapi lebih.Tequila itu bukankah Arak,ianya Haram,Pelik juga aku kerana masih boleh ditayangkan di negara ini.


Ketiga,hantunya.Setakat solekan Pocong serta hantu berambut panjang putih,tiada apa lagi yang nak disajikan.Jalan ceritanya teramat longgar serta langsung tidak menakutkan,malah ada pada masanya membuatkan penonton tertawa kerana jalan ceritanya.


Membayar Astro untuk satu Cerita yang tidak berkualiti ini memang membazirkan masa serta wang saja.......Diharap Pihak Astro lebih peka serta meningkatkan Quality Standard Mereka,bukannya tangkap muat saja.

Monday 8 November 2010

Inilah masanya Menunjukkan semangat 1Malaysia

Malaysia telah telah dilanda bencana Alam.Banjir Besar yang melanda Kedah serta Perlis baru-baru ini telah merugikan Negara.Banyak harta benda serta Nyawa yang terkorban kerana Banjir ini.Inilah masanya untuk kita membantu Rakyat kita yang terbabit didalam bencana ini.Tunjukkanlah sikap 1Malaysia iaitu saling bantu membantu tanpa mengira kaum.





Apa yang perlu dilakukan ialah menderma.Dermalah walaupun Seringgit,ianya dapat meringankan beban mereka.Panggillah rakan-rakan,ajaklah Saudara mara,jiran tetanga membantu menghulurkan Derma.Jika selama ini kita sentiasa tersentuh dengan penderitaan serta musibah Mereka di Negara Jiran,mengapa pula Di negara ini dilupakan.Bak kata Pepatah,Kera Di Hutan Disusui,Anak sendiri di Abaikan.

Janganlah menyerahkan kesemuanya Tanggungjawab kepada Kerajaan.Kerajaan sudah banyak membantu Rakyat.Namun sebanyak mana yang mampu dibantu Kerajaan,maka peranan Rakyat perlulah terlibat bersama.Bayangkan kita di pihak Mereka yang terbabit.apakah perasaan kita sekiranya mendapati Rakyat sendiri tidak membantu mereka,hanya kerajaan?


Dermalah serta berikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


TABUNG BENCANA ALAM,
Bahagian Kewangan NSTP,
31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur


Tabung Bencana NSTP-MEDIA PRIMA,
Akaun Maybank:514105-320757

Wednesday 3 November 2010

5 Artikelku yang masuk Featured Post Di Innit

Salam semua,hari ini kita nak Post kembali artikelku yang pernah mendapat Nang yang Tinggi serta masuk Di Featured Post.Maklumlah,ramai Blogger Baru muncul seperti Cendawan Yang tumbuh selepas Hujan.Diharap,Mereka ini dapat mengambil manfaat diatas Artikrel ku ini.

  1. Blogger Baru Besar Kepala
  2. Ahli Nuffnang,Innit telah Dicemari
  3. AWAS:Komplot antara Ahli Nuffnang
  4. Kepentingan Follower
  5. Satu kekurangan Nuffnang yang amat dikesali

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails