nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday, 19 August 2010

Kepentingan Follower

Salam Ramadhan semua.Hari ini teringin pula untul menulis Entri mengenai Follower.Umumnya mengetahui bahawa Follower itu merupakan Pengikut,yang mengikuti sesuatu laman blog.Bagi mereka yang telah lama bertapak didalam dunia berblog walking ini,tidak dinafikan memiliki bilangan Follower yang besar.




Bagi mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan Dunia berblog ini,Follower adalah AMAT PENTING.Ini kerana Follower adalah satu cara untuk memperkenalkan Laman blog kita yang baru.Bayangkan kita berpindah disebuah sekolah baru.Tiada siapa yang mengenali kita.Bagaimanakah kita hendak memperkenalkan diri kita pada kawan-kawan yang Baru?Sudah tentu kita akan menyapa,memperkenalkan diri,menanya nama kawan-kawan baru seterusnya mengikat tali persahabatan.Begitu juga didalam dunia berblog ini.



Trafik adalah nyawa blog.Tanpa trafik,blog anda akan mati.Jadi,follower juga adalah satu cara untuk menaikkan trafik blog anda.Akan tetapi tidak berguna memiliki ramai follower sekiranya semua follower itu cuma klik untuk mengikuti,kemudian blah begitu saja.Hanya sekali saja Follower itu singgah.Follower harus dihargai,ucapkan selamat berkenalan,sentiasa mengunjungi laman blog follower,bertanya khabar serta membaca apa yang follower lain tulis.Bayangkan anda memiliki seribu follower,mampukah anda menghubungi mereka semua,bertanya khabar serta membaca kesemua entry yang follower anda tulis?Follower membantu kita menyebarkan laman blog kita ke follower yang lain.Kemudian,mulalah berkembang empayar kita...





Kita menulis di dunia Blog kerana inginkan orang membaca,serta berkongsi apa yang kita tulis.Bohong rasanya sekiranya kita menafikan,sebaliknya mengatakan menulis kerana hati,lantaklah orang tak baca pun xmengapa.Tiada seorang pun yang tidak ingin tulisan serta entrinya tidak dibaca.Apa gunanya menulis sejuta entri kalau satu pun tidak dibaca.Buang ke tong sampah saja Kesemua penulisan itu.Tidak berguna pun.


FOLLOWER UMPAMA RAKAN,RAKAN HARUS DIHARGAI.........
Setujukah Kawan-kawan semua mengenai pendapat saya ini,Follower harus dihargai?

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails