nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday 28 July 2010

SALT kurang garam

Salt mengisahkan ejen CIA,Evelyn Garam yang dituduh menyembunyikan identitinya sebagai perisik Rusia serta mempunyai rancangan membunuh Presiden Amerika.Kerana itu,Evelyn Garam menjadi buruan FBI,CIA,Jabatan Bomba,Jabatan Air serta bermacam-macam lagi Agensi kerajaan.Malah kerana tuduhan itu juga,Hubungan antara Rakan se-Golf antara Amerika dengan Rusia terjejas teruk.

Tuduhan itu dilemparkan oleh seorang penjaga yang pernah membesarkannya masa kecil dahulu iaitu Vassily Orlov(nak terbelit lidah sebut nama dia).Ini kerana pembantu itu berdendam dengan Family Evelyn kerana tidak membayar ot(kerja lebih masanya) satu masa dahulu,lantas membuat tuduhan itu.Suami Evelyn Garam turut ditahan sebagai tebusan Cia,bertujuan mengumpannya.

Maka bermula perjalanan Evelyn Garam.Gendang dipalu,semboyan perang dibunyikan,senjata diangkat,perjuangan pun bermula.Tembak menembak,bom sana,bom sini pun bermula.Dapatkah Evelyn Garam menyelamatkan suaminya serta melepaskan dirinya daripada tuduhan palsu itu?


Komen pengkritik Filem-

Filem ini kurang rencah,asam garam,terlalu biasa saja,harus ditambah sedikit perasa supaya lebih menarik- Jemes Kameron


Pendapat korang tentang filem ini?

Sehati berdansa diSumpah!!!!!

Apa khabar,hari ini tetiba saja ingin pula kita menulis mengenai tentang satu program realiti Astro yang menjadi kesukaan orang ramai.Program ini Sehati Berdansa.Proram ini lain dari program realiti yang lain,yang mana pasangan Artis akan merebut wang kemenangan untuk badan kebajikan pilihan mereka sendiri.Malah,bagi pasangan yang kalah,mereka tetap tidak pulang dengan kosong kerana badan kebajikan mereka akan diberi sedikit sumbangan mengikut berapa jauh mereka telah pergi.


Program ini telah dijalankan dengan jayanya selama 3 musim,dengan 3 pemenang iaitu pasangan Shidee dan Vanidah Imran, Lisdawaty bersama Fauzi Nawawi serta Nana dengan Sein.Kenapa pula Program yang berbentuk Amal ini diSumpah.Disumpah kerana mana-mana pasangan yang menyertai program itu akan bercerai berai.Kalau satu dua,kita boleh katakan ianya satu kebetulan,tapi kalau 6 pasangan?sebagai contoh Anne Ngasri dengan pasangannya Wafi, Radhi, Dira Abu Zahar, Atilia, Asheed dan Sabrina.Benar kah rancangan ini disumpah,sebenarnya tidak.Soal jodoh ditangan tuhan.

Mungkin kerana itu jugalah,Astro Menerbitkan program baru bagi mengantikan Program ini.Program itu ialah Mari Menari.Mari Menari sama formatnnya seperti Sehati Berdansa,cuma bezanya yang menyertai adalah orang biasa,bukan pasangan Artis.

Diharap.Sumpahan ini hanyalah kebetulan saja,mainan takdir.Sekian

Sunday 25 July 2010

muat turun mp3,video ebook serta aplikasi komputer secara percuma

Pernah anda muat turun fail mp3,video sera aplikasi komputer secara percuma.Tahukah anda tidak semuanya percuma.Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan satu laman web yang menawarkan muat turun tanpa had keatas fail mp3,video,ebook serta aplikasi komputer.Perkenalkan UPLOAD 4SHARE.


Upload 4share adalah laman web yang menyediakan perkongsian fail.Laman ini dikunjungi hampir 30juta orang sebulan.Taip saja nama lagu,penyanyi atau nama buku,aplikasi pasti ada.Malah anda tidak perlu risau kerana tiada bayaran langsung dikenakan.

Tetiba masa saya makan di satu tempat makan yang menawarkan kemudahan wifi,laptop pun tiada.Macamana nak download lagu dari telifon bimbit?Ramai yang mengeluh bukan kerana susah nak mendapatkan lagu yang diminati,malah ada yang terpaksa membayar untuk muat turun.Tapi sekarang anda tisdak perlu lagi membayar,kerana dengan UPLOAD 4SHARE,anda boleh memuat turun lagu,video tanpa had.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menyambungkan line hp anda ke wifi,kemudian pergi ke manan-mana pelayar seperti Yahoo,google,taip Upload 4share.Setelah ke laman web itu,taip saja nama lagu atau fail yang anda ingin cari.Selamat memuat turun.


sila baca artikel saya mengenai "perkongsian fail secara percuma" untuk memahami keuntungan yang ada dapat.

Friday 23 July 2010

Salam Terakhir - Sudirman

Apa khabar pembaca semua,hari ini saya tersentuh untuk mengulas mengenai salah seorang penghibur terbaik kita yang telah pergi.Perginya tiada ganti.Bak kata pepatah,Harimau mati meninggalkan belang,Manusia mati meninggalkan nama(jasa).





Penghibur itu adalah Allahyarham Sudirman Haji Arshad( DIMP, JMN, AMN).Allahyarham dilahirkan pada 25 Mei 1954,di Temerloh,Pahang.Allahyarham merupakan anak bongsu,daripada 7 orang adik-beradik.Ayahnya bernama Haji Arshad Dahlan,manakala ibunya Pn.Ramlah Dahlan.Sejak kecil lagi,bakat nyanyian Allahyarham telah dikesan serta selalu menghiburkan jiran tetangganya.

Allahyarham pernah menuntut di Universiti Malaya,dan berjaya mendapatkan ijazah didalam bidang undang-undang.Allahyarham berkahwin dengan Kamariah Jamaluddin pada 1981,tetapi bercerai 3 tahun kemudian.

Allahyarham terkenal dengan panggilan "Penghibur Rakyat",serta dipanggil juga dengan nama jolokan "Elvis Presley Malaysia".

Antara pencapaian serta anugerah yang dikecapi Allahyarham

allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 22.febuari 1992 pada usia yang masih muda pada 37 tahun.sebelum pergi,allahyarham sempat menghasilkan satu lagu,seolah-olah tahu masanya relah tiba.Lagu itu adalah Salam terakhir.Semoga allahyarham dicucuri rahmat........




marilah mendengar lagu Salam terakhir dari Allahyarham.....salam terakhir

Thursday 22 July 2010

Filem 3D yang mampu mencabar Filem Avatar James Cameron,the last airbender



The Last AirbenderThe Last Airbender



sinopsis cerita

Dunia pada masa itu terbahagi kepada 4 negara,yang mana setiap satu mewakili  4 elemen iaitu AIR,API,TANAH dan ANGIN.Hanya mereka yang terpilih mampu mengawal kesemua elemen itu menjadi satu,lalu ditakdirkan menguasai dunia.Mereka yang terpilih itu dipanggil Avatar.

Ketika Avatar yang bernama Aang masih kecil,Negara Api telah menyerang negaranya Angin,bertujuan menguasai dunia.Ini kerana elemen api adalah yang terkuat daripada semua elemen dan angin adalah lawannya.100 tahun berlalu,Raja Negara Api,Raja Orzai,ingin menyambung cita-citanya untuk menguasai dunia.Raja Orzai ingin menyerang negara Tanah dan Air.Katara dan Sokka,budak dari Negara Air ,telah menjumpai seorang budak misteri yang terkurung didalam bongkah ais yang besar.



www.thelastairbendermovie.com/www.thelastairbendermovie.com/Setelah berjaya mengeluarkan budak itu,mereka menyedari bahawa budak itu adalah Aang,penduduk terakhir negeri Angin.Akan tetapi,Aang belum selamat lagi,mereka perlu menyelamatkan nyawanya dahulu..Untuk menyelamat Aang,mereka membawanya mengembara ke negera air untuk bertemu dengan Master Air(menguasai elemen air) untuk mengajar Aang menguasai elemen angin serta bersekutu menentang Negara Api.Tetapi sebelum mereka sempat berbuat demikian,anak raja Orzai,Jeneral negara api mengetahui rancangan mereka dan menghalangnya...........

Wednesday 21 July 2010

UFO di Malaysia-benarkah atau palsu

 Wujudkah UFO di Malaysia?

 Apakah itu UFO?UFO ialah singkatan dari perkataan Unidentified Flying Object(Objek terbang yang tidak diketahui).

 

 Gambar ini telah dirakamkan di britian

salah satu lakaran pelukis mengenai ufo


UFO sighted at Malaysian beach resort

Kuala Lumpur, July 20 : Guests and employees at a beach resort in Malaysia
have claimed that they've spotted an unidentified flying object (UFO).

According to Harian Metro, the object apparently caused uneasiness among those staying at the Tuaran Beach Resort near Kota Kinabalu, Sabah
One of the guests, Jemas Dungil, 27, said that a woman shouted when she saw a round blue flying object in the sky.

"We came out of a hall to see what the commotion was all about and I saw a round blue disc in the sky. It turned green a few seconds later," the Star Online quoted her as saying.

Several other guests and employees, who claimed to have also spotted the object, said it hovered in the air for a few minutes before disappearing.

Some even claimed that their handphones "went dead" when they tried to record the object with the devices.

Jemas said although she managed to capture a picture of the object, she did not believe that it was a UFO.

"What I saw was really extraordinary because it happened right in front of me," she said.

Another witness, Donny Benedict, 29, said he did not believe in the existence of UFOs, but changed his mind upon watching the unusual sight.

"I saw the object for about 20 seconds before it disappeared," he said.

"It's strange that it did not make any noise like a normal aircraft," he said, adding that he regretted not being able to take a picture of the object with his handphone as it was out of battery.

Keratan akhbar mengenai Ufo yang dilihat di Malaysia





 stonehage-tahukah anda apa kegunaannya?

Para Saintis yang terbijak pun masih belum dapat merungkaikan misteri Stonehage ini.Ini kerana ianya tidak masuk akal.
  1. Pembinaannya adalah dizaman dimana ketamadunan manusia masih amat rendah
  2. Batu-batu yang digunakan untuk membina stonehage adalah seberat 10tan,malah ianya diambil dari sungai yang jauhnya lebih 1000km jaraknya.
  3. stonehage ini dibina mengikut ketepatan yang cukup tepat mengikut bintang dan matahari
  4. Tahukah anda,tiada sebarang tumbuhan atau pokok yang tumbuh berhampiran stonehage melainkan rumput saja.Sejak dijumpai oleh saintis berkurun dahulu,sampai sekarang tidak wujud sebarang timbuhan pun disitu
  5. Stonehage memiliki medan magnet yang besar.Sekiranya anda berjalan di situ,membawa sebatang rod besi yang bengkok,anda akan dapati hujung rod itu akan sentiasa menghala kearah utara-selatan membuktikan wujudnya medan magnet yang besar di Stonehage
Kerana ketepatan ini,ianya sering dianggap dibina oleh mahluk Asing memandangkan amat mustahil jika diambil kira teknologi zaman itu. Vortex ialah ruang antara medan magnet.Ada yang mengatakan mahkluk asing mengetahui dimana medan magnet bumi yang kelihatan dan mengunakan vortex untuk ke dimensi lain atau ke tempat lain jauh jaraknya.

Ahli sains mengakui wujudnya Vortex ini,malah ada kemungkinan Vortex digunakan untuk "memendekkan jarak" antara satu tempat ke satu tempat.Umumnya mengetahui jarak antara 1 bintang ke satu bintang teramat jauh,sebagai contoh jarak dari Bumi ke Planet Marikh mengambil masa selama 70tahun untuk sampai.Dengan Vortex,mungkin mengambil masa selama beberapa saat atau minit sahaja.

Malangnya kepintaran manusia masih belum mencapai tahap itu,Kunci untuk memecahkan ruang itu masih tidak dapat dirungkaikan lagi,sama seperti manusia yang masih belum memahami kebolehan serta kepintaran otak manusia.Pernahkah anda dengar kata-kata ini,manusia cuma mengunakan 5% dari kemampuan otaknya? Benar ungkapan ini,tetapi mana perginya lagi 95%.

Inilah cabaran bagi manusia.Sekiranya manusia berjaya merungkai misteri ini,tidak mustahil manusia mampu menjadi salah satu makhluk paling pintar di alam semesta ini.


Ini adalah cetusan pendapat penulis dengan mengambil kira artikel serta rujukan yang dibaca.








Monday 19 July 2010

Perkongsian files secara percuma

Tahukah anda apa itu perkongsian files secara percuma.Umumnya perkongsian files ini membolehkan pengguna memuat turun serta meng-upload files secara percuma.Files yang boleh dimuat turun serta di upload ialah files lagu mp3,Video,ebook serta software.

Files lagu ialah lagu mp3 penyanyi seperti celine dion,amy Winehouse(sekadar menyebut beberapa nama),manakala video seperti klip video penyanyi,video dari You tube,filem-filem dan lain-lain.Ebook pula ialah buku orang lain seperti Harry Porter,sherlock Holmes(sekadar beberapa nama) dan Software seperti perisian anti –Virus,aplikasi komputer.

Bagaimana caranya.Bagi penguna internet yang ingin memuat turun,anda harus mendaftar di ruangan Sign in terlebih dahulu.Namun sekiranya tidak mahu,boleh.(akan tetapi ada pembangun yang mengkehendaki anda mendaftar baru dibenarkan memuat turun).

Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi(upload file),WAJIB mendaftar di ruangan Sign in(hanya bagi yang pertama kali),kemudian mengisi borang yang diberikan mereka seperti nama,alamat,dan lain –lain seperti urusan pembayaran.

Jika ianya percuma,apa pula keuntungan kepada pembangun laman ini.Jawapannya pengiklanan serta software.Walaupun pembangun laman ini menawarkan muat turun secara percuma,tetapi mereka sengaja meletakkan masa serta hanya satu files untuk dimuat turun pada satu-satu masa.

Jadi,amatlah leceh serta membuang masa kita,bayangkan untuk memuat satu video yang panjangnya 30 minit mengambil masa selama satu jam.(Akan tetapi bagi lagu hanya mengambil masa selama beberapa minit )kecuali kita memuat turun software mereka yang membolehkan kita memuat turun secara pantas dan tanpa had.Software ini dikenakan bayaran bergantung kepada kecepatan data,tempoh masa seperti setahun atau 2 tahun.

Bagaimana pula dengan mereka yang meng upload files mereka ke pembangun laman ini,apa keuntungan mereka berkongsi files ? Tahukah anda,mereka ini akan mendapat bayaran setiap kali files mereka dimuat turun.Katakan mereka meng-upload kandungan lagi dari mp3(yang mana ianya juga boleh dimuat turun dari internet secara percuma) kemudian menghantarnya ke pembangun laman ini.Jadi setiap kali files itu di muat turun,mereka mendapat bayaran.

Setiap satu files yang di muat turun oleh pengguna internet ke atas files anda,anda akan mendapat bayaran sebanyak 0.01 sen.Sikit sangat?Salah jawapannya jika anda memikirkan ianya sedikit.Tahukah anda ada lebih 10 juta penguna internet di Malaysia serta berbilion lagi di luar sana.Sekiranya kita berkongsi files,katakan satu lagu dari penyanyi malaysia bertajuk “????”.dan ianya dimuat turun sebanyak 5,000 kali.berapa anda dapat?Rm 50.Itu baru satu lagu.Sekiranya lagu dari Luar negara seperti backstreet boy,hit anda akan bertambah sekali ganda.Ini kerana lagu itu lagu antarabangsa yang mana pasarannya lebih luas.

Pembayaran dilakukan melalui Cek,atau Paypal.Saya tidak mengalakkan anda memberikan maklumat akaun anda bagi mengelakkan penipuan kredit.

Lagu antarabangsa seperti backstreet boy,celine dion dan lain-lain telah dimuat turun sebanyak 33,000,000 kali.33 juta kali.Bagaimana pula dengan Video,ebook dan software?Tunggu apa lagi,rebut peluang ini untuk menjana pendapatan sambilan.

Dibawah,saya sertakan beberapa pembangun laman ini yang terkenal dan dikunjungi lebih seratus juta pengguna(100,000,000) setiap bulan.


• 4shared.com - free file sharing and storage(www.4shared.com/)
• Free File Hosting,Audio,Video Downloads, Free File Sharing, Online ...(www.filefactory.com/)
• Free File Hosting. Upload and share your files.(www.easy-share.com/)
• Unlimited free file storage and free file hosting(www.mediafire.com/)

Sunday 18 July 2010

TOM-Saya tidak akan minta maaf kepada Keluarga Ayien


TOM-Saya tidak akan minta maaf kepada Keluarga Ayien


BUNYINYA sekeras hentakan batu yang dilempar kuat ke dinding, tapi itulah lara pedih di hati Raja Farah Afzal Raja Ikram atau mesra dipanggil Tom yang kini masih trauma berikutan kejadian yang menimpanya awal minggu lalu.Itulah tauk berita hiburan Akhbar Metro semalam.

Tom menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar ingin membantu kerana niat hanya untuk menjernihkan kemelut yang melanda pihak keluarga Firdaus dan Ayien yang difahamkan tidak merestui perkahwinan pasangan itu.Malah Ayien juga telah diperkenalkan oleh suaminya Firdaus yang Tom adalah rakan sekelas yang juga “bekas kekasih”.

Saya yakin disini ada 2 pihak yang satu menyokong Tom manakala satu lagi Menuduh Tom perosak rumah tangga orang.Saya tidak menyokong sesiapa,Cuma bagi saya apa yang berlaku adalah SALAH FAHAM serta kekeliruan.Ramai pihak yang tidak tahu cerita sebenar mengenai mereka,hanya mengetahui melalui media massa,tetapi mengangap mereka mengetahui segalanya.Inilah dia Salah faham itu.

Tanyalah diri kita sendiri,berhak kah kita mencampuri urusan orang lain,menyatakan serta menentukan siapa betul atau salah sedangkan hujung pangkal sesuatu cerita itu tidak kabur dan jelas.Janganlah menambah Dosa Kering dengan bermain permainan ini. Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikannya.Mereka bukan kanak-kanak sebaliknya orang dewasa yang ada akal waras,baik Tom atau Ayien,pasti tidak mahu memanjangkan perkara ini. Tiada gunanya berdendam kerana sesuatu perkara yang kita tidak ketahui.....
Apa pendapat anda semuanya.Saya taju ada yang bersetuju ada yang tidak,tetapi sedarkah anda juga,apa gunanya kita bersok sek,berpok pek sana sini menjaja cerita Tom,sedangkan orangnya disana,jauh dari kita,tidak mengenali kita pun.Bukankah kita cuma menambah pelaburan dosa kita,malah sekiranya cerita itu tidak tepat,dihebahkan lagi oleh orang yang mendengar cerita kita,bergandalah pelaburan kita itu...... 
Fikirkanlah............



Wednesday 14 July 2010

Apakah yang dicari oleh Yahudi?

Yahudi,Israel.Inilah musuh islam sehingga hari pembalasan.Tahukah kamu selama ini,apakah yang dicari oleh kaum Yahudi sejak zaman dulu lagi?

Tahukah kamu yang asal bangsa Yahudi ini.Bangsa Yahudi berasal dari jurai keturunan Nabi Ishak.Nabi Ishak berkahwin dengan Rifqa binti Bitwael Bin Nahor pada usia 40 tahun.Nabi Ishak mendapat 2 0rang anak kembar iaitu 'Ais(Aisoo) kemudian disusuli oleh Yaakub(Nabi Yaakub).Keturunan Ais(Aisoo) meghasilkan zuriat bangsa Rom,manakala Nabi Yaakub pula mempunyai zuriat keturunan Yahudi.

Tahukah anda apakah Tabut?Tabut ialah satu peti yang diukir diatasnya dengan ukiran dua malaikat yang menghadap sesama mereka sambil membuka kedua-dua sayapnya dengan menghadap satu sama lain.Di dalamnya terkandung penulisan Taurat daripada Nabi Musa(ada pendapat mengatakan ianya batu loh yang terukir penulisan taurat,bukan buku),tongkat beliau yang digunakan bagi membelah lautan pada peristiwa dikejar Firaun,serban milik Nabi Harun dan juga sedikit Manna iaitu makanan yang diturunkan dari langit yang diturumkan kepada Nabi Musa dan kaumnya kerana keenganan berperang dengan Amalek.
 
وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Artinya : “dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Al Baqoroh : 248)

Al Qurthubi mengatakan bahwa tabut diturunkan Allah swt kepada Adam as dan ia terus bersamanya hingga sampai kepada Ya’qub as. Dan pada masa itu Bani Israil berhasil mengalahkan orang-orang yang memerangi mereka yang kemudian bermaksiat hingga dikalahkan oleh Jalut dan pasukannya dan tabut tersebut dirampas oleh musuh mereka.


Peti Tabut, berukuran 113 cm (3,7 kaki) panjangnya, 68 cm (2,2 kaki) lebarnya, dan 68 cm (2,2 kaki) tingginya, Diperbuat dari kayu penaga yang dilapis dengan emas.




            (Rujukan gambar dari Internet)
            Gambar satu dikatakan gambar peti Tarub manakala yang kedua ialah kedudukan peti    didalam kuil suci orang yahudi                          


Mengikut sejarah,peti ini pernah dirampas orang musuh kaum Yahudi(diketuai oleh Jalut).Kaum ini memusnahkan serta menghancurkan negara Yahudi,membunuh semua lelaki disana serta menculik kaum wanita serta kanak-kanak mereka.Diberitakan,masa selama seratus tahun diperlukan untuk negara Yahudi ini pulih seperti sebelum diserang Jalut.


Peti ini serta kandungannya adalah warisan turun temurun kaum Yahudi yang mana dipercayai dengannya mereka memperoleh keberkatan dan perlindungan ALLAH.Dikatakan bahawa peti mampu menakutkan musuh mereka,serta memberi mereka kemenangan di dalam peperangan.Peti ini telah pun hilang dari simpanan mereka,kerana kukufuran mereka untuk mengikuti perintah Allah.

Malah,demi memastikan generasi Yahudi yang akan datang mempercayai bahawa Peti ini tidak hilang,mereka telah menghasilkan satu lagi peti tiruan yang dikatakan sama seperti asal.Peti ini diletakkan didalam kuil suci kaum yahudi di Baitulmuqaddis. Tabut adalah salah satu rahsia yang terbesar. Benda keramat ini diyakini sebagai mukjizat Nabi Musa (as) ini, telah hilang. Bangsa Yahudi menyakini benda itu kini bersemayam di salah satu lokasi suci Masjid al-Aqsha.Kerana itu,mereka berterusan mengorek bawah Masjidil Aqsa.

 Sebagai umat islam,amat penting kita sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan,Amat malang,kerana hari ini tidak ramai yang mengetahui akan Peti Tabut ini,walhal peti ini pernah disebut didalam Al-quran kita.

Thursday 8 July 2010

Buat duit dengan gambar serta video anda

Pernahkah anda mengalami masalah kekurangan ruang simpanan data di dalam komputer anda atau risau sekiranya komputer hilang/rosak jadi maklumat di dalamnya akan hilang.maka ramai yang membuat salinan didalamm cd,dvd,memory card atau thumbdrive.

Salah satu dari cara yang popular ialah menyimpan maklumat atau didata didalam pelayar.Ada yang mengenakan bayaran,ada yang percuma.Yang baik mengenainya ialah ruang simpanannya sehingga 200mb,serta dijamin selamat.

Saya mengesyorkan anda ke halaman www.ziddu.com.Disana ianya menawarkan ruang simpanan sehingga 200mb serta percuma.Tidak cukup dengan itu,anda boleh mendaapat duit melalui laman ini.Caranya anda hendaklah memcipta album anda,serta menyimpan gambar,audio,video serta lain-lain lagi.kemudian beritahu rakan anda melalui ziddu(ziddu akan hantar pesanan untuk anda menghantar gambar atau apa saja ke email rakan-rakan anda)

Jadi,sekiranya rakan anda melayarinya serta memuat turunnya,anda akan mendapat komisen sebanyak 0.01 sen bagi satu gambar yang dimuat turun.Malah anda boleh menetapkan privasi untuk maklumat yang anda simpan.Sungguh mudah caranya.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails