nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday, 14 July 2010

Apakah yang dicari oleh Yahudi?

Yahudi,Israel.Inilah musuh islam sehingga hari pembalasan.Tahukah kamu selama ini,apakah yang dicari oleh kaum Yahudi sejak zaman dulu lagi?

Tahukah kamu yang asal bangsa Yahudi ini.Bangsa Yahudi berasal dari jurai keturunan Nabi Ishak.Nabi Ishak berkahwin dengan Rifqa binti Bitwael Bin Nahor pada usia 40 tahun.Nabi Ishak mendapat 2 0rang anak kembar iaitu 'Ais(Aisoo) kemudian disusuli oleh Yaakub(Nabi Yaakub).Keturunan Ais(Aisoo) meghasilkan zuriat bangsa Rom,manakala Nabi Yaakub pula mempunyai zuriat keturunan Yahudi.

Tahukah anda apakah Tabut?Tabut ialah satu peti yang diukir diatasnya dengan ukiran dua malaikat yang menghadap sesama mereka sambil membuka kedua-dua sayapnya dengan menghadap satu sama lain.Di dalamnya terkandung penulisan Taurat daripada Nabi Musa(ada pendapat mengatakan ianya batu loh yang terukir penulisan taurat,bukan buku),tongkat beliau yang digunakan bagi membelah lautan pada peristiwa dikejar Firaun,serban milik Nabi Harun dan juga sedikit Manna iaitu makanan yang diturunkan dari langit yang diturumkan kepada Nabi Musa dan kaumnya kerana keenganan berperang dengan Amalek.
 
وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Artinya : “dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Al Baqoroh : 248)

Al Qurthubi mengatakan bahwa tabut diturunkan Allah swt kepada Adam as dan ia terus bersamanya hingga sampai kepada Ya’qub as. Dan pada masa itu Bani Israil berhasil mengalahkan orang-orang yang memerangi mereka yang kemudian bermaksiat hingga dikalahkan oleh Jalut dan pasukannya dan tabut tersebut dirampas oleh musuh mereka.


Peti Tabut, berukuran 113 cm (3,7 kaki) panjangnya, 68 cm (2,2 kaki) lebarnya, dan 68 cm (2,2 kaki) tingginya, Diperbuat dari kayu penaga yang dilapis dengan emas.




            (Rujukan gambar dari Internet)
            Gambar satu dikatakan gambar peti Tarub manakala yang kedua ialah kedudukan peti    didalam kuil suci orang yahudi                          


Mengikut sejarah,peti ini pernah dirampas orang musuh kaum Yahudi(diketuai oleh Jalut).Kaum ini memusnahkan serta menghancurkan negara Yahudi,membunuh semua lelaki disana serta menculik kaum wanita serta kanak-kanak mereka.Diberitakan,masa selama seratus tahun diperlukan untuk negara Yahudi ini pulih seperti sebelum diserang Jalut.


Peti ini serta kandungannya adalah warisan turun temurun kaum Yahudi yang mana dipercayai dengannya mereka memperoleh keberkatan dan perlindungan ALLAH.Dikatakan bahawa peti mampu menakutkan musuh mereka,serta memberi mereka kemenangan di dalam peperangan.Peti ini telah pun hilang dari simpanan mereka,kerana kukufuran mereka untuk mengikuti perintah Allah.

Malah,demi memastikan generasi Yahudi yang akan datang mempercayai bahawa Peti ini tidak hilang,mereka telah menghasilkan satu lagi peti tiruan yang dikatakan sama seperti asal.Peti ini diletakkan didalam kuil suci kaum yahudi di Baitulmuqaddis. Tabut adalah salah satu rahsia yang terbesar. Benda keramat ini diyakini sebagai mukjizat Nabi Musa (as) ini, telah hilang. Bangsa Yahudi menyakini benda itu kini bersemayam di salah satu lokasi suci Masjid al-Aqsha.Kerana itu,mereka berterusan mengorek bawah Masjidil Aqsa.

 Sebagai umat islam,amat penting kita sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan,Amat malang,kerana hari ini tidak ramai yang mengetahui akan Peti Tabut ini,walhal peti ini pernah disebut didalam Al-quran kita.

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails