nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday, 18 July 2010

TOM-Saya tidak akan minta maaf kepada Keluarga Ayien


TOM-Saya tidak akan minta maaf kepada Keluarga Ayien


BUNYINYA sekeras hentakan batu yang dilempar kuat ke dinding, tapi itulah lara pedih di hati Raja Farah Afzal Raja Ikram atau mesra dipanggil Tom yang kini masih trauma berikutan kejadian yang menimpanya awal minggu lalu.Itulah tauk berita hiburan Akhbar Metro semalam.

Tom menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar ingin membantu kerana niat hanya untuk menjernihkan kemelut yang melanda pihak keluarga Firdaus dan Ayien yang difahamkan tidak merestui perkahwinan pasangan itu.Malah Ayien juga telah diperkenalkan oleh suaminya Firdaus yang Tom adalah rakan sekelas yang juga “bekas kekasih”.

Saya yakin disini ada 2 pihak yang satu menyokong Tom manakala satu lagi Menuduh Tom perosak rumah tangga orang.Saya tidak menyokong sesiapa,Cuma bagi saya apa yang berlaku adalah SALAH FAHAM serta kekeliruan.Ramai pihak yang tidak tahu cerita sebenar mengenai mereka,hanya mengetahui melalui media massa,tetapi mengangap mereka mengetahui segalanya.Inilah dia Salah faham itu.

Tanyalah diri kita sendiri,berhak kah kita mencampuri urusan orang lain,menyatakan serta menentukan siapa betul atau salah sedangkan hujung pangkal sesuatu cerita itu tidak kabur dan jelas.Janganlah menambah Dosa Kering dengan bermain permainan ini. Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikannya.Mereka bukan kanak-kanak sebaliknya orang dewasa yang ada akal waras,baik Tom atau Ayien,pasti tidak mahu memanjangkan perkara ini. Tiada gunanya berdendam kerana sesuatu perkara yang kita tidak ketahui.....
Apa pendapat anda semuanya.Saya taju ada yang bersetuju ada yang tidak,tetapi sedarkah anda juga,apa gunanya kita bersok sek,berpok pek sana sini menjaja cerita Tom,sedangkan orangnya disana,jauh dari kita,tidak mengenali kita pun.Bukankah kita cuma menambah pelaburan dosa kita,malah sekiranya cerita itu tidak tepat,dihebahkan lagi oleh orang yang mendengar cerita kita,bergandalah pelaburan kita itu...... 
Fikirkanlah............



No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails