nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday 7 December 2013

Tripadvisor,panduan berguna untuk melancong

Merancang percutian hujung minggu,menghabiskan masa dengan yang tersayang,namun masih gagal mendapatkan maklumat yang berguna mengenai destinasi pilihan?.Gagal mendapat maklumat mengenai hotel dan tempat penginapan,merancang bajet dan aktiviti semasa melancong?.Lupakan kesemua itu apabila anda melawati laman web ini yang direka untuk merancang percutian.Perkenalkan TripAdvisor.



 Di dalamnya terkandung begitu banyak maklumat yang bermanfaat mengenai destinasi pilihan kita,senarai hotel,tempat-tempat menarik berdekatan destinasi kita,restoren-restoren sekaligus menjimatkan masa kita merancang aktiviti dan tempat lawatan..












Harga dan bajet anda terhad?jangan risau kerana di dalamnya telah disediakan harganya.jadi anda mampu merancang bajet anda.Anda seorang yang cerewet mengenai perkhidmatan,makanan dan sebagainya.TripAdvisor memberikan anda maklumat tambahan dengan komenkomen dari pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan di tempat itu.Jadi fikir apa lagi,Layari Laman web TripAdvisor Sekarang...






ruangan komen dari pengguna yang telah mengunakansesuatu perkhidmatan

 Sharing is Caring...

Thursday 5 December 2013

Rasulullah is my Doctor...

Assalam semua pembaca belog ilmuwan internet.Pada hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang telah saya baca baru-baru ini.Buku itu bertajuk "Rasulullah is my Doctor".

Buku ini telah ditulis oleh Jerry D.Gray,seorang bekas wartawan yang telah memeluk agama islam.Beliau memeluk agama islam di Arab Saudi pada tahun 1984.Selepas memeluk agama islam,beliau mula menjinak-jinakkan diri mendalami ilmu perubatan islam gaya Nabi S.A.W melalui hadith yang dibaca dan perkongsian rakan-rakan seIslam.

Jerry D.Gray penulis buku ini-sumber google internet

Beliau pernah menghidap penyakit Migrain yang amat teruk dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan moden.Selepas memeluk Agama Islam,beliau tidak lagi mengambil ubat-ubatan moden,sebaliknya mengamalkan ubat-ubatan secara semulajadi dan mengikut ajaran Islam.Hasilnya penyakit migrain beliau hilang begitu sahaja dan kesihatan beliau bertambah dengan sangat baik daripada dahulu.

Semasa menjadi wartawan,beliau mendapati bahawa ubat-ubatan moden yang disarankan oleh Doktor pakar dan pertubuhan kesihatan dunia hanya mampu melegakan penyakit bukannya menyembuhkan penyakit.Hasil daripada pengambilan ubatubatan moden,penyakit yang sama akan terus menyerang sistem imun manusia.Akhirnya manusia menjadi terlalu bergantun kepada ubat-ubatan moden dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi merawati penyakit mereka.




Ini mendatangkan keuntungan yang amat besar kepada Firma-firma perubatan yang mengeluarkan ubat-ubatan,Vaksin dan sebagainya ke seluruh Dunia.Mereka membuatnya pada harga yang minimum namun menjualnya dengan harga yang sangat mahal.Walhal penawar kepada penyakit kita itu berada disekeliling kita dan amat murah dan mudah di dapati.

Satu soalan yang umat Islam harus bertanya kepada diri sendiri,Adakah anda percaya dan yakin akan kekuasaan ALLAH yang Maha Esa?Sekiranya Ya jawapan anda,Tahniah kerana anda tergolong di dalam muslimin dan muslimat yang diredhai.Namun sekiranya YA jawapan anda,mengapakah anda tidak mengamalkan cara rawatan islam yang mengikut Hadith dan Rasulullah S.A.W?.Adakah anda percaya kepada isi kandungan AL-Quran?,anda percaya namun dari segi perubatan anda lebih mempercayai perubatan moden dari mengikuti ajaran Al-Quran.


Di antara buku oleh Jerry D.Gray yang telah diterjemahkan


Isi kandungan buku ini menjelaskan pelbagai jenis ubatan-ubatan bermula dengan ketauhidan kepada Allah yang Maha Esa,Al-Quran,Solat,Doa,Rukyah serta ramuan-ramuan ubat-ubatan semulajadi dan cara penggunaannya seperti Madu,Habbatus Sauda,Bekam dan ramuan disekelilin kita seperti lidah buaya,Epal,Avokado,ubi bit,lemon serta bermacam-macam lagi ramuan.


Buku ini boleh di dapati di kesemua kedai buku di seluruh negara,berharga RM25 bagi semenanjung dan RM 27 bagi Sabah dan Sarawak.Komen saya tentang buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh kesemua umat islam.




Sekian,Sharing is Caring...


Monday 2 December 2013

10 Billionaire,satu persamaan Nasihat

As salam semua.Billionaire...Sebut sahaja perkataan itu,kita semua tahu ianya bermaksud orang yang sangat kaya,yang memiliki banyak angka Kosong di belakang ceknya.....

Sebut sahaja Bill Gates,Donald Trump,Warren Buffet dan lain-lain,kesemua mereka ini memiliki empayar perniagaan yan luas dan berbeza.Namun merela ini berkongsi Falsafah kewangan yang sama.Falsafah inilah yang membezakan mereka dengan orang miskin.



Kita semua sedar bahawa untuk menjadi kaya,kita harus bekerja keras untuk mencari wang,melaburkannya dan membuatkan wang bekerja untuk diri kita.Namun ramai yang gagal kerana mereka tidak mengetahui falsafah ini.Mereka bekerja 24 jam sehari,365 hari,melaburkan wang mereka di dalam intrumen pelaburan dan lain-lain,namun hasil yang mereka perolehi sangat mengecewakan.Ini kerana mereka tidak mengetahui Falsafah yang di pegang Billionaire.

Falsafah Billionaire yang sebenarnya ialah ketahui segala-galanya kemana wang anda pergi.Kenapa mereka bersikap demikian walhal mereka sudah memiliki banyak wang?Ini kerana dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,apa yang mereka belanjakan untuk wang mereka,mereka tahu sama ada ianya berbaloi atau tidak,untung atau rugi,jimat atau boros.

Cuba bayangkan kita berniaga.Kita membeli 100 unit set kerusi yang satu berharga rm200,sedangkan di tempat lain kita mampu mendapatkannya dengan harga RM 50 seunit.Bayangkan berapa banyak kita dapat menjimatkan wang.Contoh yang kedua ialah kita melaburkan wang kita di dalam instumen Dana unit Amanah.Namun adakah kita benar-benar mengetahui kemana wang kita pergi?Kita cuma tahu membiarkan sahaja pengurus unit Amanah yang menggandakan wang kita,dan kita hanya duduk bergoyang kaki menunggu dividen dan keuntungan di hujung tahun.Tiada diantara kita yang berminat untuk mengetahui kemana wang kita pergi bukan?

Inilah perbezaan orang miskin dengan Billionaire.Orang Miskin berusaha untuk menjadi kaya,namun mereka tidak berminat mengetahui kemana wang mereka pergi.Jauh sekali dengan Billionaire.Dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,Mereka dapat mengawal untung rugi,risiko pelaburan dan kemudian memaksimumkan keuntungan mereka.Sebab itu mereka semakin kaya.,dan orang miskin semakin miskin.

Ini kerana orang miskin tidak berminat tentang perjalanan kewangan mereka sedangkan orang kaya melihat peluang yang besar di dalam aliran perjalanan kewangan ini.

Sekian,Sharing Is Caring....

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails