nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 2 December 2013

10 Billionaire,satu persamaan Nasihat

As salam semua.Billionaire...Sebut sahaja perkataan itu,kita semua tahu ianya bermaksud orang yang sangat kaya,yang memiliki banyak angka Kosong di belakang ceknya.....

Sebut sahaja Bill Gates,Donald Trump,Warren Buffet dan lain-lain,kesemua mereka ini memiliki empayar perniagaan yan luas dan berbeza.Namun merela ini berkongsi Falsafah kewangan yang sama.Falsafah inilah yang membezakan mereka dengan orang miskin.



Kita semua sedar bahawa untuk menjadi kaya,kita harus bekerja keras untuk mencari wang,melaburkannya dan membuatkan wang bekerja untuk diri kita.Namun ramai yang gagal kerana mereka tidak mengetahui falsafah ini.Mereka bekerja 24 jam sehari,365 hari,melaburkan wang mereka di dalam intrumen pelaburan dan lain-lain,namun hasil yang mereka perolehi sangat mengecewakan.Ini kerana mereka tidak mengetahui Falsafah yang di pegang Billionaire.

Falsafah Billionaire yang sebenarnya ialah ketahui segala-galanya kemana wang anda pergi.Kenapa mereka bersikap demikian walhal mereka sudah memiliki banyak wang?Ini kerana dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,apa yang mereka belanjakan untuk wang mereka,mereka tahu sama ada ianya berbaloi atau tidak,untung atau rugi,jimat atau boros.

Cuba bayangkan kita berniaga.Kita membeli 100 unit set kerusi yang satu berharga rm200,sedangkan di tempat lain kita mampu mendapatkannya dengan harga RM 50 seunit.Bayangkan berapa banyak kita dapat menjimatkan wang.Contoh yang kedua ialah kita melaburkan wang kita di dalam instumen Dana unit Amanah.Namun adakah kita benar-benar mengetahui kemana wang kita pergi?Kita cuma tahu membiarkan sahaja pengurus unit Amanah yang menggandakan wang kita,dan kita hanya duduk bergoyang kaki menunggu dividen dan keuntungan di hujung tahun.Tiada diantara kita yang berminat untuk mengetahui kemana wang kita pergi bukan?

Inilah perbezaan orang miskin dengan Billionaire.Orang Miskin berusaha untuk menjadi kaya,namun mereka tidak berminat mengetahui kemana wang mereka pergi.Jauh sekali dengan Billionaire.Dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,Mereka dapat mengawal untung rugi,risiko pelaburan dan kemudian memaksimumkan keuntungan mereka.Sebab itu mereka semakin kaya.,dan orang miskin semakin miskin.

Ini kerana orang miskin tidak berminat tentang perjalanan kewangan mereka sedangkan orang kaya melihat peluang yang besar di dalam aliran perjalanan kewangan ini.

Sekian,Sharing Is Caring....

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails