Tadaaa,suspen betul tajuk diatas.Em,sengaja saya meletakkan tajuk diatas.Entri terbaru saya ini adalah untuk memberi komen terhadap pengunaan tenaga Nuklear.Umumnya Rakyat mengetahui bahawa sampai satu masa kelak,pengunaan tenaga di Malaysia akan melebihi had pengeluaran.Dimasa itu,hanya Nuklear saja yang membantu.
Mengikut kajian yang dilancarkan oleh Menerusi Facebook Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak ,Pengunaan tenaga suria serta Angin lebih mendapat tempat berbanding Nuklear.Walaupun kemajuan Teknologi masa kini mampu menjamin bahawa Reaktor serta Nuklear selamat,Namum tragedi Chernobly masih menghantui dunia.
Sebenarnya ada satu sumber tenaga bersih yang kita mapu manfaatkan,malah ianya percuma.Apa dia,Air?Udara?Suria?Memang ianya percuma akan tetapi anda tertinggal sesuatu.Perkenalkan sumber tenaga terbaharu iaitu sampah.Semua orang,maaf kesaemua manusbia dibumi menghasilkan sampah.Baik Tua Muda,Hodoh Comel,Buruk Cantik,ehh melalut lak.
Angkat tangan jika sesiapa tahu bagaimana sampah kita dihapuskan.Semua boleh jawab,dibakar,ditanam atau dikitar semula.Tetapi xramai yang sedar yang sampah memiliki tenaga boleh diperbaharui,malah tidak akan lenyap sampai bila2.Berapa banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia?Cukup banyak sehingga boleh menutup separuh negara.
Apa yang patut kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah sampah ini.Jawapan sambil menyelam,minum sirap(Sirap pun air juga pembaca oit).Membina satu loji pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik.Sampah yang dibakar itu mampu menghasilkan kitaran tenaga yang berterusan,malah menyusutkan stok sampah negara(ada x bank sampah dinegara ini?)
Dah kite membakar sampah,tentulah hasilnya karbon dioksida yang berlebihan.Salah,kerana pembakaran sampah secara terkawal ini hanya menghasilkan 20% karbon dioksida berbanding petrol.Malah semua tahu,kos sampah ialah Percuma,Siapa kat sini nak jual sampah?semua boleh bagi free.Amiklah kata dia orang.Berbanding Nuklear,kos untuk membina loji Nuklear mencecah bilion ringgit,begitu juga kos operasinya serta penjagaannya.Malah,kerajaan terpaksa memperuntukkan pasukan tentera untuk mengawal loji Nuklear Negara supaya tidak diserang Musuh bukan?
Dot Dot dot,dah sampai masa saya akhiri karangan saya ini,Kawan-kawan semua,adakah anda mahukan anak-anak anda hidup dengan sampah yang bertimbun-timbun,hanya ditanam saja sedangkan ada cara efektif untuk mengawal serta mengambil manfaat darinya berbanding Nuklear yang Amat mahal kos operasinya?
Haha...maaf saya katakan...sape kate sampah free?...untuk melupuskan sampah industri, pihak kilang kena bayar kepada Kualiti Alam(tolong google ye) untuk melupuskan sampah dorang...Tapi aku setuju kalau incinerator tu di lengkapi dengan penjana elektrik...hehe
ReplyDelete