nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 27 February 2011

8tempat ping Entri-Trafik naik mencanak

8 tempat menarik untuk Post Entri ANDA sekaligus meningkat trafik.Semakin banyak anda post di Kelapan Tempat ini,Trafik anda akan bertambah.

1.Nuffnang,
2.GengBlogger,
3.IMcurtain,
4.Bloggedmy,
5.Faceblog,
6.Syoknya Blogging
7.Apesal Com
8.Wrayon.Com

Perempuan Bogel diluar..........

Salam semua.Tertarik dengan Tajuk Perempuan Bogel diluar.Iyer,ini ada satu cerita untuk dikongsi bersama.....


Aman seorang pekerja di Sebuah Pasar Raya di Kota Bharu.Aman ni pekak Badak orangnya.Kalau dipanggil,aduh susah betul untuknya menyahut.Jawapannya dia Tidak dengar....

Satu hari,jabatan Bomba membuat Lawatan dan Latihan Kebakaran di Pasar Raya Aman bekerja.Semua Staf sudah diberitahu mengenai pa yang harus dilakukan semasa latihan iaitu apabila loceng Kebakaran dibunyikan,semuanya mesti menuju keluar ke Pintu Kecemasan.

Loceng pun berbunyi...Kringgggggggg.....Semua menuju keluar.Lain pula dengan Aman.Dia terleka dengan kerjanya dan tidak perasan yang Loceng sudah dibunyikan.Penyelia bertugas memekik memangil Api!Api! namun tiada balasan.Penat dengan Panggilan yang tidak disahut,seorang Staf Pun memikik Perempuan BOGEK DILUAR!.

Serentak dengan itu Aman pun menoleh dan sepantas kilat dia sudah berada diluar......


P/S-Aman ni pekak Badak ataupun Gatal Orangnya?

Saturday 26 February 2011

Duit RM1 lama ini nilainya RM100?





Salam semua.Baru-baru ini kita menjenguk ke laman web beli belah online yang terkemuka iaitu Ebay.Sesajer jer melihat-lihat barngan.Kebetulan kita ini pengumpul duit kertas lama,maka teringin juga melihat berapa harga wang kertas lama di Ebay.

Untuk makluman,saya memiliki sebanyak 10 keping duit kertas lama ini.Di ebay,terkejut saya apabila ada seorang wanita yan mahu menjual Duit kertas RM1 ini pada harga RM100 sekeping.Masyaaalah,mahalnya.

Bagi saya perempuan itu hanya memperbodohkan diri saja.Ini kerana dirinya tidak membuat kajian terlebih dahulu dilaman Web lain..Sebagai perbandingan.laman Web Mudahmy Wang kertas RM1 ini hanya bernilai RM8 sekeping.Itupun yang paling Mahal.

Sebenarnya,Wang kertas RM 1 lama tidak BERNILAI,IANYA HANYA BERNILAI RM1,TIDAK LEBIH TIDAK KURANG.NILAINYA hanya akan bertambah hanya apabila ada Pengumpul yang sanggup membayar harganya.Jadi,selagi tiada orang yang ingin membeli,maka wan kertas itu masih bernilai RM1.Pergilah ke Bank Malaysia,tukarlah wang kertas itu.Berapa anda dapat?RM100 atau RM1?

Kepada wanita itu,silalah buat kajian terlebih dahulu.Semua barang antik TIDAK BERNILAI.Ianya hanya akan BERNILAI APABILA ADA PENGUMPUL YANG SANGGUP MEMBAYAR PADA HARGA ITU.



P/S-Ada 10 keping rm1,wah jadi boleh jual dan untung sebanyak rm990.Kayanya Ilmuwan internet

Friday 25 February 2011

Kepentingan Blogwalking

Salam semua.Ramai diantara rakan Blogger yang mengadu bahawa mereka tiada Idea untuk menulis pada Blog Mereka.Tidak kurang juga yang memiliki Idea,namun Apabila berhadapan Komputer otak mereka menjadi Buntu.


Saya sering menyarankan mereka ini agar melakukan BlogWalking.Banyak Kelebihan BlogWalking ini.Diantara Meninkatkan Trafik meallui Kunjungan Balas,Mereka juga boleh mendapat Idea menerusi Penulisan Orang Lain.Mereka Boleh Mengambil Idea orang Lain,Mengubahnya serta menambah Fakta baru didalamnya.

Malah dengan Berblogwalking,mereka daapt menambah kenalan.Bukan dengan menjadi Follower saya,sebaliknya melalui Blogwalking serta salin kunjung mengunjung,kita dapat tahu mana blogger yang rajin membalas Kunjungan kita dan sebaliknya.Para blogger yang Rajin inilah yang kita cari.

Kesimpulannya,kalau Tiada Idea,lakukan BlogWalking.Insyaalah memang banyak Kebaikan Blogwalking ini.

Thursday 24 February 2011

Penyanyi Lama VS Penyanyi Sekarang

Salam semua.Hari ini juga terasa nak buat satu Entri Khas mengenai Penyanyi Dahulu.Rasanya generasi sekarang ramai yang mengenali Justin Biebier,Lady Gaga,aizat dan Lain-lain(Sekadar menyebut beberapa Nama) namun Penyanyi Lama Malaysia sendiri ramai yang tidak kenal.Ada banyak perbezaan diantara Penyanyi Sekarang dengan Panyanyi lama..

Pertamanya SUARA.Memang tidak dapat disangkal lagi yang suara Penyanyi Lama ini memang Evergreen dan sungguh menusuk Hati.Sebagai Contoh Saleem,Amy Search menerusi Lagu Suci dalam Debu dan Isabella memang taangkap Lentok.Begitu juga dengan Jamal Abdillah,dengan suara JANTANNYA,memang mashyuk beb.

Keduanya ialah KEIKHLASAN MENYANYI.Penyanyi lama tidak mementing wang Ringgit seperti Penyanyi Sekarang.Mereka ikhlas Menyanyi kerana berpegang kepada Prinsip "Aku Penghibur" iaitu menghiburkan Rakyat.Namun itu tidak bermakna Wang Ringgit tidak Penting.Ini kerana Dimasa Kini Wang Ringgit telah menjadi Penting.Berilah sedikit Sumbangan Wang kepada Artis Lama/Ramai diantara mereka yang pernah mewarnai Dunia Hiburan satu ketika dahulu terlantar sakit,juga ada yang daif dan memerlukan bantuan.

Ketiga ialah Penyanyi lama ini semangat setiakawanan mereka amat Tinggi.Tiada istilah Tikam belakang kawan.Diantara mereka saling menjaga satu sama lain.

Dan keempat dan terakhir ialah PERASAAN Yang Mengalir semasa mereka menyanyi.Pernahkah anda mendengar Lagu TOLONG KAMI BANTU KAMI didalam Filem 3 Abdul?Suaranya serta Feel yang terdapat didalamnya mampu meruntun jiwa.Banyak lagi Penyanyi lama yang memiliki Feel didalam Lagu mereka.Sebab itulah Walaupun dunia ini berubah.Penyanyi baru tumbauh macam Cendawan Selepas Hujan,Namun Lagu dari Penyanyi Lama ini masih Dicari dan Di Ingati Peminat.


P/S -Amat suka mendengar Lagu Penyanyi Lama dari Penyanyi sekarang,malah Tak ramai penyanyi baru yang dikkenali berbanding Penyanyi Lama....

Mozilla FireFox semakin Lembap?

Salam Semua.Sekarang ini saya selalu menulis pada lewat malam kerana hanya pada waktu itu saja terdapat MOOD untuk menulis.Namun sejak kebelakangan ini,saya dapati setiap Malam,Mozilla FireFox akan semakin Lembap.


Bayangkan apabila kita menaip dengan Laju.Perkataan yang ditaip keluar satu-satu dengan lambatnya.Sebagai Contoh saya telah menulis 10 patah perkataan namun yang baru dipaparkan baru 5 patah perkataan saja.Kemudian,Server menjadi lembap dan Hang.

Namun apabila bertukar kepada Google Chrome,langsung tiada masalah.Saya sejak mula berjinak dengan blog,memang pakai Mozilla Firefox.Berlainan dengan Google,Mozilla FireFox meman lebih mudah sikit apabila berblog.Cuma prestasi Mozilla Firefox yang tidak menentu kebelakangan ini membuatkan saya Kecewa.

Adakah Para Saudara saudari diluar sana juga mengalami masalah ini?Diharap pihak Mozilla Firefox mengatasi masalah ini.Sekian Wassalam.


P/S-Terasa semacam menulis surat Aduan saja kepada Pihak Mozilla.Faham ker mereka bahasa Melayu ni?

Tuesday 22 February 2011

Keajaiban Malaysia diiktiraf Dunia....

Salam semua.Dunia hari ini bersepakat bahawa Keajaiban Malaysia adalah yang terbaik didunia ini.Keajaiban Itu amat menakjubkan serta diakui ramai negara bahawa ianya amat sukar untuk Dikecapi,serta dilaksanakan.

Inilah keajaiban Malaysia yang Dicemburui Satu Dunia...


Keajaiban Malaysia Ialah Perpaduan dan Keharmonian Kaum
Inilah keajaiban MalaysiaPergilah ke serata Dunia,hanya Malaysia yang mengiktiraf Kesemua Perayaan Kaum diMalaysia.Hari Raya,Tahun Baru Cina,Deepavali,Krismas,Hari Gawai dan pelbagai lagi.Malah Tradisi Kunjung mengunjung tanpa prasangka menjadi tunjang kemakmuran Masyarakat...


Semoga Perpaduan ini tidak diganggu gugat oleh TANGAN mereka yang DERHAKA,yang ingin melihat Kemusnahan Kaum.....

Jom tambah Follower

Salam semua.Sekarang ni tergerak pula untuk menambahkan Follower kita.Bukan untuk  bermegah atau berlumba-lumba Follower siapa yang terbanyak.hanya untuk menambah kenalan.Malah ramai yang tidak tahu yang follower juga mampu meningkatkan Trafik Blog kita.

So,sesiapa yan nak Follower serta nak minta difollow balik,bolehlah beri jawapan kat Shoutbox.Insyaalah kita akan membalas secepat mungkin.

Chow dulu,HIDUP FOLLOWER semua.....

Monday 21 February 2011

Selamat Hari Jadi Kak Along....

Salam semua.Hari ini ialah Hari jadi Kakak saya.Hari jadi yang keberapa,ntah tak tau sebab xboleh dedahkan umur dia tau(nanti kena pelangkung aku dengan dier).Ha nama Kakak saya itu kakak yg sulong

Orangnya Cantik,(Jgn harap nak ngorat sebab dia dah kawin tau),Bekerja di Uniten bangi.Saya sayang Kakak saya ini.Walaupun masa kecil telinga ini dipiatnya sebab Nakal(iyelah Kakak saya pon garong macam Bapak saya),namun saya tau dier buat sumer itu untuk kebaikan saya juga(Pas dewasa baru faham,masa kecik memang xfaham-faham).

Okeylah kak,Adik Kakak ini nak ucapkan Selamat Hari Jadi Untuk Kakak.Semoga Kakak dipanjang umur dan rezki serta bahagia bersama Suami dan Anak-anak.

Happy besday Kak
P/S-Kim salam dengan Anak -anak Kak,Iman dan Nabila....

Jason Friday the 13th di Carrefour jb

Berita tergempar.Hantu Jason The 13 th telah dilihat muncul Di Carrefour Jb.Memang menakutkan.Tidak dapat dipastikan sama ada Jason The 13th itu akan membuat filem terbaru.Yang Pasti,Jason the 13th ini MADE IN MALAYSIA....


Jason The 13 th Carrefour jb

Jason yang sebenar
Hah,selepas ini jika ada sesiapa yang ingin melihat Jason the 13th Malaysia,silalah berkunjung je Carrefour Jb.Pasti anda akan terhibur

This Time I Mesti Gemuk........

Salam semua.....

Menci......

Benci.......

Dipanggil Kering,Kayu Dan Dot dot dot dot....


This Time i mesti Gemok.....

Walaupun banyak cabaran dan belanja...Namun ini cabarannya...

Cbarannya naik 5 kg dlam masa sebulan..Sekarang ketinggian kita 189cm dengan berat hanya 56 kg.Berat ideal kita sepatutnya 80kg.So cabaran pertama ialah menambah 5kg...

Doakan kita berjaya ok.Jika berjaya,dapatlah kita berkongsi petua dan cara untuk mereka yang sama-sama kurus.....

Ilmuwan Internet menyertai FACEBLOG!

Post

about

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

I-PAD TERKINI DILANCARKAN.SEMURAH RM20

Salam semua.Memang Benar berita.I-PAD telah melancarkan Ciptaan terbaru mereka untuk generasi terkini.I-PAD itu disasarkan untuk  mereka menikmati kecanggihan I-PAD yang terkini.

Jom tgk I-PAD TERKINI itu,....


Maaf bukan IPAD ni eh,salah letak


I + PAD jawapannya I-PAD......Hehehehehehe,Kena mengena Beb...

Perang Ngangkung VS Hantu Kak Limah VS Jgn Pandang belakang Congkak 2

Salam semua...Wah panjang sunguh Tajuk Entri ini...

Memang Hebat Penangan Ketiga-tiga Filem ini sekarang.Ditambah lagi dengan Minat Penonton yang sukakan Seram + Humor....

Diantara ketiga-tiga Filem,Pada pendapat semua yang manakah Yang Paling Kelakar.Ketiganya memiliki Tarikan serta Kelucuan yang tersendiri.Namun bagiku,Ngangkung yang Paling Kelakar dan Paling Best....

Pendapat semua mengenai Ketiga Filem ini?

Sunday 20 February 2011

SAH!FACEBOOK DITUTUP

Salam semua.Berita tergembar ini.Facebook memang akan ditutup.Berita yang dahulunya dianggap Khabar angin menjadi Realiti.Adusss....Macamana ni Kalau Akaun FB aku ditutup...............Banyak kawan,banyak Gambar kenangan,dan memori akan Hilang...




Ilmuwan Internet tak tipu ni.Memang FB akan ditutp.Iye.Facebook akan ditutp pada 12 DISEMBER 2020.Haaaa,tahun 2020.Masa itu Facebook dah Lapuk dah dan digantikan dengan yang Baru.Seperti Dulu heboh dengan Myspace,pastu Twitter skang Facebook Pula.......

Ok semua,jangan risau kerana ada masa lagi...hehehehe jangan marah kawan-kawan.....

Litar Lumba PLUS HIGHWAY

Salam semua.Penatnya Malam ini.Baru jer sampai JB dari Key Ell.Agak sesak juga kerana balik Hujung Minggu ini.

Namun semasa perjalanan Balik,kita perhatikan amat banyak kereta yang memandu pada kelajuan yang melebihi Had Laju LebuhRaya.Semasa perjalanan,ayah kita memandu pada kelajuan 120km/jam namun banyak kereta baik Yang Mahal mahupun yang Made In Malaysia memandu pada kelajuan yang amat Tinggi.Zup Zup Zup semasa memotong,sekejap jer sudah jauh kedepan.Berapa lajukah mereka ini memandu?????


Yang dikesalkan juga ialah Terdapat ramai yang mengunakan LAMPU TINGGI atau KLIP KLIP LAMPU HADAPAN mereka semata-mata memberi Isyarat mereka akan memotong.Kalau sekali sekala tidak mengapalah,ini kebanyakannya memberi Isyarat macam itu.Yang peliknya semasa perjalanan TIADA LANGSUNG POLIS TRAFIK.Kemanakah penguatkuasa ini,adakah hanya membuat operasi hanya semasa MUSIM PERAYAAN?Bukan kereta,malah BAS DAN LORI juga memecut dengan Lajunya......

Hari Ahad....Di Litar Lumba PLUS HIGHWAY.....

Saturday 19 February 2011

Akhirnya bertemu juga aku dengan Chicken Meatball IKEA.....

Salam semua.Hari ini hari kedua berada di Key Ell.Hari ini mak tanya nak gi mana jejalan.Kebetulan kita xpernah Gi IKEA,selalu saja baca mengenai kelazatan Chicken Meatballnya yang terkenal,juga Karipap Ayamnya.Maka bermulalah ekspidisi.......

IKEA terletak di Mutiara Damansara,sementara Rumah Kakakku pula terletak di Sri Kembangan.Agak jauh juga untuk kesana,mengaambil masa selama 45minit.Sampai saja disana,Orang amat ramai kerana Hujung Minggu.Port pertama yang ditujui mestilah Ruang Makan....

Terkejut juga kerana amat panjang barisan mereka yang beratur untuk membeli makanan.Mujur Kakak Sulongku sampai Awal dan telah beratur untuk kami.Trimmas Yer Kak.Hidangan yang dibeli mestilah Chicken Meatball.Agak mahal juga,10biji bersama Kentang Goreng dan Kuah berharga RM10.

Namun saya amat Kagum dengan Sikap DERMAWAN IKEA ini.Ini kerana mereka memberi Pelanggaan untuk menambah Air minuman seperti Air Berkarbonat,Kopi,Teh dan Cappucino secara Percuma.TANPA HAD.Sikap tidak mementingkan Keuntungan inilah yang membuatkan Ramai yang berkunjung Ke IKEA.

Ini pinjam Pakcik Google,gambar kita xcantik
Ini pula Gambar kita amik,xjelas sangat


Anyway,bagi kita Chicken Meatball ini enak,malah yang menakjubkan Jemnya.Walaupun dicampurkan dengan Gravy Chicken Meatball yang berwarna Perang,namun rasanya langsung xberubah.Rasa macam Strawberry rasanya.Sedap sehingga menjilat jari...

Akhirnya bertemu jua diriku dengan Chicken Meatball IKEA..........

Friday 18 February 2011

Sampah.......

Salam semua.Sekarang ini Saya berada Di Rumah Kakak di Sri Kembangan.Sekadar membawa diri,menghibur hati yang lara......Inilah kali pertama saya kerumah Kakak saya.Rumahnya terletak di Apartment Vista Pinggiran.

Seronok berada disini.Dari hari pertama lagi,telah dibawa berjalan-jalan ke seluruh Key ell dan Selangor.Esok pun kadual berjalan-jalan lagi.Mengambil kesempatan bercuti(eyelah,bukan senang nak minta cuti Panjang),jadi asal ada masa jer terus rembat untuk berjalan-jalan.Terima kasih Kakak saya serta Abang Ipar,juga Famili kerana Membawa saya bercuti disini.

Kawasan disini memang pesat membangun.Bersebelahan dengan kawasan Apartment Kakak saja ada Jusco.Sebut saja semua pusat membeli belah,Giant,tesco,Carrefour semua ada.Kawasan ini denkat dengan Putrajaya.Pendek kata Segitiga Emaslah.


Namun sepanjang menetap disini,saya perhatikan ada segelintir Penduduk Apartment ini yang mementingkan Diri sendiri.Sampah dibuan merata tempat,Ditepi Lif ,Ditepi tangga dan dimana Saja.Sedangkan Sudah terdapat tempat pembuangan Sampah.Memang tiada kesedaran Sivik langsung.

Kita hidup didalam satu komuniti.Bayangkan sebuah rumah dengan Pelbagai famili,jika ada famili yang buat perangai,tentu ada yang marah bukan.Diharap Mereka yang tiada kesedaran segera berubah untuk kebaikan Komuniti ini....

Sekian dari saya....Letihnya kerana seharian berjalan............Namun seronok.




Jagalah kebersihan komuniti kita

Wednesday 16 February 2011

Menyintai atau Dicintai.......Yang mana Susahnya....

Salam semua.........

Cuma satu saja yang ingin dibincangkan disini.Menyintai atau Dicintai,Yang mana susahnya....

Benarkah pendapat mengatakan menyintai Seseorang itu lebih payah dari mengharapkan Cinta Pasangan Kita?Berapakah Tahap Hardcore atau kesusahan Menyintai ini?


So kalau ada yang ingin berkongsi pendapat,amat dialu-alukan....

Sukarnya Menyintaimu........

Monday 14 February 2011

Macamana nak kenal Hp Nokia Original dengan Local?




Salam Semua.Dsini kita nak buat Entri mengenai mengenal Hp Nokia yang Original dan Local.Hp local sebenarnya Hp yang telah diubahsuai.Didalamnya mungkin 60% Original manakala bakinya Tiruan.

Sebagai contoh Hp itu mungkin tulen,namun sebahagian peralatannya seperti Bateri,keypad,Charger atau Software telah ditukar kepada Tiruan.Lebih memburukkan keadaan,Peralatan tiruan yang digunakan ini menyebabkan Kerosakan yang serius kepada Hp.Akhirnya tidak sampai 6 bulan hingga setahun,Hp mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.

Sebelum membeli Hp,saya cadangkan anda membeli hp di iktiraf sebagai pengedar Nokia yang sah,serta memiliki Kad jaminan Zitron.Ini kerana sudah menjadi syarat pengedar untuk mempamerkan Kad Jaminan Zitron itu.

Kedua sebelum membeli,sila pastikan Nombor imei di luar Kotak serta Imei didalam Hp adalah SAMA.Ini penting kerana dapat memastikan yang Hp dan Kotak adalah berasal dari bahagian yang sama.

Ketiga sila pastikan terdapat Pelekat Zitron.Pelekat Nokia yang ada gambar Hologram Tangan itu boleh ditiru sedangkan Hologram Zitron sukar ditiru.Inilah perbezaan antara Original dengan Local.

Sila tekan *#06#.Sekiranya Nombor itu SAMA DENGAN IMEI PADA KOTAK DAN BELAKANG HP,maka hp anda tiada pengubahsuain.Sekiranya berbeza,sah hp anda adalah Local.

Sunday 13 February 2011

Hari V:Hari-hari aku Sambut Beb

Hari V.Rasanya koramg semua dah tau Hari apa ini.Biasalah asal 14 hb Febuari,ramai Kapel yang akan berdating time ini.Inilah masanya untuk memarakkan Kasih Sayang antara Kapel,Suami Isteri.Namun,dah Jelas Hari V ni HARAM.....

Tapi aku tidak heran dengan Hari V ini,sebab aku Hari-hari Sambut Hari V ni.Tak percaya?Bagi aku,kasih sayang bukan untuk ditunjukkan ataupun disemarakkan pada hari istimewa saja,sebaliknya Hari-hari.Kasih Sayang itu seperti Bara Api,semakin ditiup semakin membara.Tidak ditiup maka padamlah Bara itu.

So bagi yang nak Sambut Hari V ni,Koraang nak tunjukkan Kasih sayang Korang pada kekasih ataupun Menyambut kematian Paderi Saint Valentine?Pilih sendiri beb.Kalau korang ckp nak tunjukkan kasih sayang kepada Kekasih,korang memang HIPOKRIT.Sebab kenapa pula nak pilih tarikh 14 feb ni?

Tepuk Dada Tanya Selera,Diberi Akal sila Gunakan....

Saturday 12 February 2011

Singa Sesat Di Carrefour.....

Salam semua.Semalam pada 12/02/2011 seekor menatang yang bernama Singa telah mencerobohi Carrefour Jb.Para Customer bersama staff merasa terkejut.Amat besar Singa itu,Entah dari mana sesatnya..


Lihatlah rakaman Video Amatur ini yang berani merakamkan Aksi mengagumkan Singa Sesat itu.Tabik Springg Gua kat dier.Jom layan Video yang mengerikan ini.........



Inilah Singa Sesat itu.Menari sana sini di CarreFour.Rasanya tidak terlambat diri ini memeriahkan Tahun Baru Cina.Selamat Tahun Baru Cina rakanku yang beragama Budha.

Friday 11 February 2011

Filem:Hantu Malaysia VS Hantu Indon

Salam semua.hari ni tergerak pula nak menulis mengenai Filem.Sementelah diri ini pengemar Filem Seram.Suka Tgk Citer Hantu yang menakutkan malam-malam.BEST......


Banyak Filem yang kita dah tonton.Dari Korea,Jepun,Omputih sama Indon.Made in Malaysia pon banyak dilihat.Namun yang ingin di Review kat sini ialah Filem Seram Malaysia dan Indon.Memang ader banyak perbezaannya Filem Seram Malaysia dan Indon.Di Indonesia,mereka banyak mengunakan Pelakon Wanita yang Jelita serta Seksi berlakon sebagai Heroin.Kita pon Sama juga,cuma tidaklah seseksi mereka.

Hantu pula Malaysia solekan hantunya pelbagai.Namun Di Indonesia,paling banyak ialah Hantu Pocong.Balik-balik Muka Hantu Pocong.Menyampah aku.....Xder kepelbagaian langsung.Yang paling menjelikkan ialah hantu yang berambut panjang menutupi seluruh Muka,merangkak dilantai(meniru Filem Hantu Jepun yang pernah mencatat fenomena dahulu).xseram lagilah beb....

Apapun aku lagi suka tengokk Filem Malaysia.sebab Filem Malaysia ini kesemua penutupnya menunjukkan Hanya ALLAH yang berkuasa.Hantu dimusnahkan dengan Bacaan Al-Quran.Lain pula dengan Hantu Indon ni.Banyak Hantu indon yang masih Hidop selepas Tamat cerita.Memang xlogik langsung...........

Thursday 10 February 2011

Iklan FREE kat Blog saya....

Salam semua.apa khabar.kebelakangan ini RAMAI BLOGGER YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENGIKLANKAN IKLAN MEREKA di Blog saya.Bermacam-macam iklan yang diletakkan.Semuanya PERCUMA dan FREE.Anda semua tidak percaya.Jom lihat dibawah ini...










Ha inilah diantara sebilangan mereka yang meletak iklan FREE DI blog Ilmuwan Internet.Tanpa minta izin pemilik,senang-senang jer landing kat sini,banyak cantik muka.So kepada semua Blogger yang pernah kena,Kita spamkan kesemua iklan ini.Memang orang ini suka cari yang mudah saja....



Menjual atau sedekah?

Salam semua.Baru-baru ini saya telah pergi berurusan disebuah Bank kerana ingin menyimpan wang.Waktu itu jam tepat pukul 2.30 petang.Hari pula agak panas.Sampai saja disana,saya terlihat seorang anak gadis memakai baju kurung menunggu diluar Bank.Di tangannya menjinjing kalender untuk dijual.Wajahnya kelihatan merah dan peluh ternyata membasahi bajunya.

Saya mengambil masa selama 30minit untuk menyelesaikan urusan saya di bank itu.Di luar tingkap,saya memerhatikan anak gadis itu.Masih setia menanti sesiapa untuk membeli kalender yang dijual.Memang panas diluar itu.

Selepas urusan,semasa saya beredar keluar,saya disapa anak Gadis itu untuk membeli Kalender.Terlintas di Fikiran saya,mengenai kesemua berita yang saya baca mengenai mereka yang menyuruh anak-anak yatim menjual Kismis DOA,Kalender dan Lain-lain.Disaat begini,bukankah sepatutnya anak Gadis itu sedang menelaah pelajaran.

Teringat saya alasan yang diberikan oleh mereka yang ditanya mengapa menjual disini.Alasan mereka Ustaz menyuruh mereka menjual sebagai latihan amali keusahawanan.Mereka bukan meminta sedekah sebaliknya menjual.Ustaz apakah ini,tidak terfikirkah betapa susah dan payahnya anak-anak ini berdiri berjam-jam semata-mata untuk menjual.Sekiranya ingin berniaga,mengapa tidak menjalankan bisnes lain.Terdapat banyak cara perniagaan yang boleh diceburi.

Saya hanya membalas sapaan Anak Gadis itu,tidak mengapa Dik, lalu berlalu pergi.Dihati timbul sedikit kekesalan mengenai sikap Ustaz ini.Sekiranya masyarakat terus membeli,ianya hanya mengkayakan Ustaz ini,malah anak Yatim tidak mendapat sebarang imbuhan pun.Lebih banyak lagi sindeket seperti ini akan wujud.Maka bagi saya,tindakan saya tidak membeli sebarang barangan yang dijual oleh anak yatim adalah BENAR.Namun adakah benar tindakan saya tidak membeli Kalender itu?Pembaca sekalian,apa pendapat anda?

Wednesday 9 February 2011

Kalau Facebook Tiada......

Salam semua pembaca.Lama sungguh tidak meng-update Blog ni.Rasanya dah bersawang sangat ini.Maaflah terlalu busy dengan kerja.Alhamdullilah diberikan sedikit kelapangan Oleh Allah untuk menulis disini.......

Facebook memang sudah sinonim dengan masyarakat dunia.Karutlah serta ketinggalan zaman sekiranya sesorang itu tiada akaun Facebook.Baik muda dan Tua,Kanak-kanak mahupun dewasa semuanya hampir memiliki Facebook.Banyak kebaikan Facebook ini.Paling besar ialah dapat memperkenalkan kembali kenalan lama semasa bersekolah/Maklumlah sudah 10tahun meninggalkan bangku Sekolah,ramai diantara Kawan semasa belajar dulu telah terputus hubungan.Dengan facebook,persahabatan terjalin kembali.Terima Kasih Facebook....

Namun tidak dinafikan Facebook juga membawa kepada maksiat serta keruntuhan Akhlak.terdapat banyak berita mengenai anak gadis mahupun Isteri orang lari kerana mengikuti lelaki yang baru dikenali Di Facebook.Terdapat juga banyak Penipuan disini.Itulah Keburukan Facebook.Namun bagi Saya,Teknologi TIDAK BERSALAH,MANUSIA YANG BERSALAH KERANA MENYALAHGUNANYA.....

Heboh juga yang Facebook akan ditutup.Ada yang mengeluh,ada yang bimbang.Tiada Facebook tidak berserilah Hidup mereka.Ilmuwan Internet nak beri jaminan,sekiranya Facebook ditutup,AKAN MUNCUL BERATUS-RATUS LAGI FACEBOOK YANG BARU(yang dibina oleh pelbagai orang).Sebagai Contoh di Malaysia sudah terdapat Friend2u.Maka memang tidak mustahil sekiranya Facebook Ditutup.Kembarnya akan Muncul diserata Dunia.......

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails