nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday, 9 February 2011

Kalau Facebook Tiada......

Salam semua pembaca.Lama sungguh tidak meng-update Blog ni.Rasanya dah bersawang sangat ini.Maaflah terlalu busy dengan kerja.Alhamdullilah diberikan sedikit kelapangan Oleh Allah untuk menulis disini.......

Facebook memang sudah sinonim dengan masyarakat dunia.Karutlah serta ketinggalan zaman sekiranya sesorang itu tiada akaun Facebook.Baik muda dan Tua,Kanak-kanak mahupun dewasa semuanya hampir memiliki Facebook.Banyak kebaikan Facebook ini.Paling besar ialah dapat memperkenalkan kembali kenalan lama semasa bersekolah/Maklumlah sudah 10tahun meninggalkan bangku Sekolah,ramai diantara Kawan semasa belajar dulu telah terputus hubungan.Dengan facebook,persahabatan terjalin kembali.Terima Kasih Facebook....

Namun tidak dinafikan Facebook juga membawa kepada maksiat serta keruntuhan Akhlak.terdapat banyak berita mengenai anak gadis mahupun Isteri orang lari kerana mengikuti lelaki yang baru dikenali Di Facebook.Terdapat juga banyak Penipuan disini.Itulah Keburukan Facebook.Namun bagi Saya,Teknologi TIDAK BERSALAH,MANUSIA YANG BERSALAH KERANA MENYALAHGUNANYA.....

Heboh juga yang Facebook akan ditutup.Ada yang mengeluh,ada yang bimbang.Tiada Facebook tidak berserilah Hidup mereka.Ilmuwan Internet nak beri jaminan,sekiranya Facebook ditutup,AKAN MUNCUL BERATUS-RATUS LAGI FACEBOOK YANG BARU(yang dibina oleh pelbagai orang).Sebagai Contoh di Malaysia sudah terdapat Friend2u.Maka memang tidak mustahil sekiranya Facebook Ditutup.Kembarnya akan Muncul diserata Dunia.......

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails