nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday, 10 February 2011

Menjual atau sedekah?

Salam semua.Baru-baru ini saya telah pergi berurusan disebuah Bank kerana ingin menyimpan wang.Waktu itu jam tepat pukul 2.30 petang.Hari pula agak panas.Sampai saja disana,saya terlihat seorang anak gadis memakai baju kurung menunggu diluar Bank.Di tangannya menjinjing kalender untuk dijual.Wajahnya kelihatan merah dan peluh ternyata membasahi bajunya.

Saya mengambil masa selama 30minit untuk menyelesaikan urusan saya di bank itu.Di luar tingkap,saya memerhatikan anak gadis itu.Masih setia menanti sesiapa untuk membeli kalender yang dijual.Memang panas diluar itu.

Selepas urusan,semasa saya beredar keluar,saya disapa anak Gadis itu untuk membeli Kalender.Terlintas di Fikiran saya,mengenai kesemua berita yang saya baca mengenai mereka yang menyuruh anak-anak yatim menjual Kismis DOA,Kalender dan Lain-lain.Disaat begini,bukankah sepatutnya anak Gadis itu sedang menelaah pelajaran.

Teringat saya alasan yang diberikan oleh mereka yang ditanya mengapa menjual disini.Alasan mereka Ustaz menyuruh mereka menjual sebagai latihan amali keusahawanan.Mereka bukan meminta sedekah sebaliknya menjual.Ustaz apakah ini,tidak terfikirkah betapa susah dan payahnya anak-anak ini berdiri berjam-jam semata-mata untuk menjual.Sekiranya ingin berniaga,mengapa tidak menjalankan bisnes lain.Terdapat banyak cara perniagaan yang boleh diceburi.

Saya hanya membalas sapaan Anak Gadis itu,tidak mengapa Dik, lalu berlalu pergi.Dihati timbul sedikit kekesalan mengenai sikap Ustaz ini.Sekiranya masyarakat terus membeli,ianya hanya mengkayakan Ustaz ini,malah anak Yatim tidak mendapat sebarang imbuhan pun.Lebih banyak lagi sindeket seperti ini akan wujud.Maka bagi saya,tindakan saya tidak membeli sebarang barangan yang dijual oleh anak yatim adalah BENAR.Namun adakah benar tindakan saya tidak membeli Kalender itu?Pembaca sekalian,apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails