Monday, 14 February 2011
Macamana nak kenal Hp Nokia Original dengan Local?
Salam Semua.Dsini kita nak buat Entri mengenai mengenal Hp Nokia yang Original dan Local.Hp local sebenarnya Hp yang telah diubahsuai.Didalamnya mungkin 60% Original manakala bakinya Tiruan.
Sebagai contoh Hp itu mungkin tulen,namun sebahagian peralatannya seperti Bateri,keypad,Charger atau Software telah ditukar kepada Tiruan.Lebih memburukkan keadaan,Peralatan tiruan yang digunakan ini menyebabkan Kerosakan yang serius kepada Hp.Akhirnya tidak sampai 6 bulan hingga setahun,Hp mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.
Sebelum membeli Hp,saya cadangkan anda membeli hp di iktiraf sebagai pengedar Nokia yang sah,serta memiliki Kad jaminan Zitron.Ini kerana sudah menjadi syarat pengedar untuk mempamerkan Kad Jaminan Zitron itu.
Kedua sebelum membeli,sila pastikan Nombor imei di luar Kotak serta Imei didalam Hp adalah SAMA.Ini penting kerana dapat memastikan yang Hp dan Kotak adalah berasal dari bahagian yang sama.
Ketiga sila pastikan terdapat Pelekat Zitron.Pelekat Nokia yang ada gambar Hologram Tangan itu boleh ditiru sedangkan Hologram Zitron sukar ditiru.Inilah perbezaan antara Original dengan Local.
Sila tekan *#06#.Sekiranya Nombor itu SAMA DENGAN IMEI PADA KOTAK DAN BELAKANG HP,maka hp anda tiada pengubahsuain.Sekiranya berbeza,sah hp anda adalah Local.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment