nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 19 July 2010

Perkongsian files secara percuma

Tahukah anda apa itu perkongsian files secara percuma.Umumnya perkongsian files ini membolehkan pengguna memuat turun serta meng-upload files secara percuma.Files yang boleh dimuat turun serta di upload ialah files lagu mp3,Video,ebook serta software.

Files lagu ialah lagu mp3 penyanyi seperti celine dion,amy Winehouse(sekadar menyebut beberapa nama),manakala video seperti klip video penyanyi,video dari You tube,filem-filem dan lain-lain.Ebook pula ialah buku orang lain seperti Harry Porter,sherlock Holmes(sekadar beberapa nama) dan Software seperti perisian anti –Virus,aplikasi komputer.

Bagaimana caranya.Bagi penguna internet yang ingin memuat turun,anda harus mendaftar di ruangan Sign in terlebih dahulu.Namun sekiranya tidak mahu,boleh.(akan tetapi ada pembangun yang mengkehendaki anda mendaftar baru dibenarkan memuat turun).

Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi(upload file),WAJIB mendaftar di ruangan Sign in(hanya bagi yang pertama kali),kemudian mengisi borang yang diberikan mereka seperti nama,alamat,dan lain –lain seperti urusan pembayaran.

Jika ianya percuma,apa pula keuntungan kepada pembangun laman ini.Jawapannya pengiklanan serta software.Walaupun pembangun laman ini menawarkan muat turun secara percuma,tetapi mereka sengaja meletakkan masa serta hanya satu files untuk dimuat turun pada satu-satu masa.

Jadi,amatlah leceh serta membuang masa kita,bayangkan untuk memuat satu video yang panjangnya 30 minit mengambil masa selama satu jam.(Akan tetapi bagi lagu hanya mengambil masa selama beberapa minit )kecuali kita memuat turun software mereka yang membolehkan kita memuat turun secara pantas dan tanpa had.Software ini dikenakan bayaran bergantung kepada kecepatan data,tempoh masa seperti setahun atau 2 tahun.

Bagaimana pula dengan mereka yang meng upload files mereka ke pembangun laman ini,apa keuntungan mereka berkongsi files ? Tahukah anda,mereka ini akan mendapat bayaran setiap kali files mereka dimuat turun.Katakan mereka meng-upload kandungan lagi dari mp3(yang mana ianya juga boleh dimuat turun dari internet secara percuma) kemudian menghantarnya ke pembangun laman ini.Jadi setiap kali files itu di muat turun,mereka mendapat bayaran.

Setiap satu files yang di muat turun oleh pengguna internet ke atas files anda,anda akan mendapat bayaran sebanyak 0.01 sen.Sikit sangat?Salah jawapannya jika anda memikirkan ianya sedikit.Tahukah anda ada lebih 10 juta penguna internet di Malaysia serta berbilion lagi di luar sana.Sekiranya kita berkongsi files,katakan satu lagu dari penyanyi malaysia bertajuk “????”.dan ianya dimuat turun sebanyak 5,000 kali.berapa anda dapat?Rm 50.Itu baru satu lagu.Sekiranya lagu dari Luar negara seperti backstreet boy,hit anda akan bertambah sekali ganda.Ini kerana lagu itu lagu antarabangsa yang mana pasarannya lebih luas.

Pembayaran dilakukan melalui Cek,atau Paypal.Saya tidak mengalakkan anda memberikan maklumat akaun anda bagi mengelakkan penipuan kredit.

Lagu antarabangsa seperti backstreet boy,celine dion dan lain-lain telah dimuat turun sebanyak 33,000,000 kali.33 juta kali.Bagaimana pula dengan Video,ebook dan software?Tunggu apa lagi,rebut peluang ini untuk menjana pendapatan sambilan.

Dibawah,saya sertakan beberapa pembangun laman ini yang terkenal dan dikunjungi lebih seratus juta pengguna(100,000,000) setiap bulan.


• 4shared.com - free file sharing and storage(www.4shared.com/)
• Free File Hosting,Audio,Video Downloads, Free File Sharing, Online ...(www.filefactory.com/)
• Free File Hosting. Upload and share your files.(www.easy-share.com/)
• Unlimited free file storage and free file hosting(www.mediafire.com/)

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails