nuffnang

mereka yg kuhargai

Friday, 23 July 2010

Salam Terakhir - Sudirman

Apa khabar pembaca semua,hari ini saya tersentuh untuk mengulas mengenai salah seorang penghibur terbaik kita yang telah pergi.Perginya tiada ganti.Bak kata pepatah,Harimau mati meninggalkan belang,Manusia mati meninggalkan nama(jasa).





Penghibur itu adalah Allahyarham Sudirman Haji Arshad( DIMP, JMN, AMN).Allahyarham dilahirkan pada 25 Mei 1954,di Temerloh,Pahang.Allahyarham merupakan anak bongsu,daripada 7 orang adik-beradik.Ayahnya bernama Haji Arshad Dahlan,manakala ibunya Pn.Ramlah Dahlan.Sejak kecil lagi,bakat nyanyian Allahyarham telah dikesan serta selalu menghiburkan jiran tetangganya.

Allahyarham pernah menuntut di Universiti Malaya,dan berjaya mendapatkan ijazah didalam bidang undang-undang.Allahyarham berkahwin dengan Kamariah Jamaluddin pada 1981,tetapi bercerai 3 tahun kemudian.

Allahyarham terkenal dengan panggilan "Penghibur Rakyat",serta dipanggil juga dengan nama jolokan "Elvis Presley Malaysia".

Antara pencapaian serta anugerah yang dikecapi Allahyarham

allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 22.febuari 1992 pada usia yang masih muda pada 37 tahun.sebelum pergi,allahyarham sempat menghasilkan satu lagu,seolah-olah tahu masanya relah tiba.Lagu itu adalah Salam terakhir.Semoga allahyarham dicucuri rahmat........




marilah mendengar lagu Salam terakhir dari Allahyarham.....salam terakhir

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails