nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday 19 August 2010

Kepentingan Follower

Salam Ramadhan semua.Hari ini teringin pula untul menulis Entri mengenai Follower.Umumnya mengetahui bahawa Follower itu merupakan Pengikut,yang mengikuti sesuatu laman blog.Bagi mereka yang telah lama bertapak didalam dunia berblog walking ini,tidak dinafikan memiliki bilangan Follower yang besar.




Bagi mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan Dunia berblog ini,Follower adalah AMAT PENTING.Ini kerana Follower adalah satu cara untuk memperkenalkan Laman blog kita yang baru.Bayangkan kita berpindah disebuah sekolah baru.Tiada siapa yang mengenali kita.Bagaimanakah kita hendak memperkenalkan diri kita pada kawan-kawan yang Baru?Sudah tentu kita akan menyapa,memperkenalkan diri,menanya nama kawan-kawan baru seterusnya mengikat tali persahabatan.Begitu juga didalam dunia berblog ini.



Trafik adalah nyawa blog.Tanpa trafik,blog anda akan mati.Jadi,follower juga adalah satu cara untuk menaikkan trafik blog anda.Akan tetapi tidak berguna memiliki ramai follower sekiranya semua follower itu cuma klik untuk mengikuti,kemudian blah begitu saja.Hanya sekali saja Follower itu singgah.Follower harus dihargai,ucapkan selamat berkenalan,sentiasa mengunjungi laman blog follower,bertanya khabar serta membaca apa yang follower lain tulis.Bayangkan anda memiliki seribu follower,mampukah anda menghubungi mereka semua,bertanya khabar serta membaca kesemua entry yang follower anda tulis?Follower membantu kita menyebarkan laman blog kita ke follower yang lain.Kemudian,mulalah berkembang empayar kita...





Kita menulis di dunia Blog kerana inginkan orang membaca,serta berkongsi apa yang kita tulis.Bohong rasanya sekiranya kita menafikan,sebaliknya mengatakan menulis kerana hati,lantaklah orang tak baca pun xmengapa.Tiada seorang pun yang tidak ingin tulisan serta entrinya tidak dibaca.Apa gunanya menulis sejuta entri kalau satu pun tidak dibaca.Buang ke tong sampah saja Kesemua penulisan itu.Tidak berguna pun.


FOLLOWER UMPAMA RAKAN,RAKAN HARUS DIHARGAI.........
Setujukah Kawan-kawan semua mengenai pendapat saya ini,Follower harus dihargai?

15 comments:

  1. satu nasihat saya iaitu Follower tak semestinya akan bagi traffik pada kita.Sebab ada yang follow disebabkan keinginan untuk kumpul follower.Lepas dah follow and kita dah follow dia so good bye mate!Follower yang berkualiti akan datang bila kita menulis dengan hati.Bila cerita kita sampai kat readers maka diorang akan followe disebabkan minat dan dari situ munculnya traffik.

    ReplyDelete
  2. hidup memfollow dan difollow orang

    ReplyDelete
  3. kalau follow saje, tak visit.. pun tak berguna.. haha.. saya tak kisah kalau tak follow, janji ada masa lapang, visit lah blog saya.. =)

    ReplyDelete
  4. sa;am,kalo buat,nuffnang xmare ker sebab ker ader pesaing? @ http://cerinti.blogspot.com/2010/08/beriklan-dengan-ism.html

    Salam tuan..
    nuffnang melarang kita meletakkan iklan dari penyedia iklan dari rantau asia pacific. contohnya advertlets.
    jika kita meletakkan advertlets di blog yg sama dgn nuffnang secara automatik status glitterati akan ditukar ke non glitterati. menyebabkan kadar komisen klik iklan kita berkurang dr rm0.25 ke rm0.15.
    nuffnang membenarkan sebarang iklan dari luar asia pacific contohnye seperti adsense atau adbrite. jadi ISM adalah dari US. saya tidak nampak sebarang masalah disitu. anda juga boleh menggunakannya.
    terima kasih kerana sudi bertanya.

    ReplyDelete
  5. aku appreciate followers yg btol2 follow grafik novel aku walaupun kebanyakan yg follow hanya nak balasan

    Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

    ReplyDelete
  6. yup...follower harus dihargai..:)

    ReplyDelete
  7. syg betull.. boleh follow smpi 300 je.. ku da smpi maksimum. takpa.. ade link kamu kat blog ku.. ehehe.. thanks for stopping by

    ReplyDelete
  8. tengok jugalah. tapi i interact dengan orang yang i follow selalu. so maybe thats why diorang datang balik blog i and follow i. interaction/communication tu penting :)

    ReplyDelete
  9. @BeaN MorENook,thank saudari kerana nasihat,akan saya ingat

    ReplyDelete
  10. @Ryan Valentinememanglah,masalahnya ader had dlm memfollow orang,cuma 300 kali jer saudari boleh follow orang.jadi,selepas dah habis kuota,mcmana saudari nak ajak pembaca memfollow saudari sekiranya sadari tidak memfollow mereka,disini gunanya artikel yang berguna,juga sentiasa menghubungi follower kiter

    ReplyDelete
  11. ada org suka tekan kt follower..pastu terus tak singgah2..ada jenis blog, follower sket, tapi trafik mencanak tetiap hari..

    ReplyDelete
  12. Follower penting terutama kepada yang malas nak ping. Tapi, follower yang sejati adalah sangat berharga dan patut dihargai. Memang ada yang follow dengan niat supaya kita follow balik. Tapi kita tak tahu apa yang di hati manusia. Kecuali kalau yang memang terang-terang bagitau kita, I follow u, u follow me back. Apapun, tuan rumah tu sendiri memang boleh tahu siapa yang betul2 follow.

    p/s: tak nampak pun linkwithin kat blog ni. Hari tu Najib ada tanya Sya pasal related post with thumbnail kat bawah entri. Najib google je dan taip linkwithin. Then letak url seperti diminta.

    ReplyDelete
  13. susah gak nk cari follower..huhu

    ReplyDelete
  14. follower nie penting...bagi saya kalau orang dah follower kita kita pun kena la follow diorang balik...tak salah kalau follow banyak blog..tak rugi pun..malah lebih banyak info yang kita akan dapat...macam berkawan juga la...ada teman yang setia.ada teman yang just tegur2 je..apa yang penting jangan cari musuh...BERKAWAN BIAR BERJUTA BERKASIH BIAR SATU..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails