nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday, 27 November 2010

Pasaraya Berhantu.......Part One

Hari ini Hujan Turun Renyai-renyai.Azman merasa tidak sedap hati untuk bekerja hari ini.Namun dibuang jauh perasaan itu.Sekiranya dia tidak hadir ke Tempat kerja,siapa pula akan mengantikan dirinya.Tambahan pula cuma Azman yang bertugas hari itu.Di lihat jam Dilengannya.Sudah pukul 6 pagi.Dia harus bergegas sekarang sekiranya tidak ingin lambat ke Tempat Kerjanya.

Disarungnya Baju Hujan serta Seluarnya.Diluar Kilat Sabung menyabung."Tentu sejuk Mengigil ini",kata hati Azman.Helmet dipakai,kunci motor pun dimasukkan dan enjin di hidupkan.Dengan sekali tendang saja,Motor dihidupkan.Azman menekan punat Kunci Pintu Gate Automatik.Gate pun terbuka,kemudian Azman memecut Motornya.Sebelum Memecut,sempat ditolehnya yang Gate Automatik itu tertutup dengan sendirinya....


6.15 Pagi.Pn.Siti telah pun sampai ke Pasaraya tempatnya bekerja.Dia bertugas hari itu(Morning Duty).Setelah Punch kad,dia terus menaiki Tangga ke tingkat tiga iaitu Tingkat yang menempatkan Pejabat.Dibukanya Pintu,dihidupkan suis Lampu,dan dibukanya komputer.Pn.Siti ingin melihat apakah Promosi yang ditetapkan oleh HeadQuater hari itu.Keadaan masih agak gelap,tambahan pula hanya dia seorang yang bertugas pagi itu.Semasa asyik menaip Keyboard,sayup-sayup terdengar bunyi yang ganjil.Bunyi itu amat pelik,tidak pernah didengarinya sebelum ini.Bunyi itu mendayu-dayu,panjang............

Pn.Siti merasa seram.Tidak pernah pula dia merasa perasaan seram itu.Selama berkhidmat di Pasar Raya ini selama 12 tahun,inilah kali pertama dirinya merasa seram.Otaknya Ligat berfikir mencari alasan untuk menafikan perasaan itu.Didalam fikirannya,dia menetapkan bahawa Mustahil ada hantu Pagi-pagi ini.Setelah berasa agak yakin dengan keberanian dirinya,dia pun mengambil keputusan untulk melihat diluar tingkap pejabatnya.Sangkaannya tentu hari sudahpun teranag benderang.Semasa Bangun melihat permandangan di Luar,Dari pantulan cermin,Pn.Siti melihat bayang dirinya.Kelihatan disebelahnya Seorang budak sedang berada disisinya.Budak itu memakai pakaian serba putih,Namun yang menyeramkan mukanya....langsung tidak kelihatan........



6.30 Azman telahpun sampai ke Pasaraya tempatnya bekerja.Semasa dibawah,sewaktu ingin Punch kadnya,kedengaran Satu jeritan ditingkat Atas.Securiti yang bertugas untuk melerek kad terkejut dengan jeritan itu.Lantas Azman bersama Securiti itu bergegas mencari punca jeritan itu.Semasa mencari,Azman menyedari Lampu di bilik Pejabat terbuka.Azman bersama Securiti  menjenguk dari tingkap,terlihat Pn.Siti terbaring pengsan.

 8.00 pagi berita mengenai Pn.Siti pengsan di Pejabat begitu cepat tersebar.Ramai yang tertanya-tanya apakah puncanya.Namun hanya pihak atasan saja yang tahu.Dari cerita yang dibocorkan.Pn.Siti telah terlihat hantu.Namun ramai yang mengangapnya merepek.Apatah lagi kita berada di Zaman Moden.Mak cerita itu lenyap begitu saja.Namun tidak bagi Pn.Siti.Dia amat yakin lembaga yang berada disisinya itu Hantu.Namun siapakah Budak itu...................

2 comments:

  1. jeng jeng...
    to be continue...

    ReplyDelete
  2. wah cerita hantu ye. takut den..
    baru je tengok ngangkung tadi ni

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails