nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 8 November 2010

Inilah masanya Menunjukkan semangat 1Malaysia

Malaysia telah telah dilanda bencana Alam.Banjir Besar yang melanda Kedah serta Perlis baru-baru ini telah merugikan Negara.Banyak harta benda serta Nyawa yang terkorban kerana Banjir ini.Inilah masanya untuk kita membantu Rakyat kita yang terbabit didalam bencana ini.Tunjukkanlah sikap 1Malaysia iaitu saling bantu membantu tanpa mengira kaum.





Apa yang perlu dilakukan ialah menderma.Dermalah walaupun Seringgit,ianya dapat meringankan beban mereka.Panggillah rakan-rakan,ajaklah Saudara mara,jiran tetanga membantu menghulurkan Derma.Jika selama ini kita sentiasa tersentuh dengan penderitaan serta musibah Mereka di Negara Jiran,mengapa pula Di negara ini dilupakan.Bak kata Pepatah,Kera Di Hutan Disusui,Anak sendiri di Abaikan.

Janganlah menyerahkan kesemuanya Tanggungjawab kepada Kerajaan.Kerajaan sudah banyak membantu Rakyat.Namun sebanyak mana yang mampu dibantu Kerajaan,maka peranan Rakyat perlulah terlibat bersama.Bayangkan kita di pihak Mereka yang terbabit.apakah perasaan kita sekiranya mendapati Rakyat sendiri tidak membantu mereka,hanya kerajaan?


Dermalah serta berikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


TABUNG BENCANA ALAM,
Bahagian Kewangan NSTP,
31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur


Tabung Bencana NSTP-MEDIA PRIMA,
Akaun Maybank:514105-320757

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails