nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 15 November 2010

Astro Citra Membazir...

Salam semua.Teringin untukku menulis mengenai Astro Citra.Tadi ku menonton cerita hantu dari seberang bertajuk Pocong 3.Maklumlah peminat cerita seram.Sangkaku cerita ini mesti menautkan,namun hampa kerana ianya sungguh membuang masa menontonnya.




Bagiku,Astro sepatutnya mengadakan QUALITI STANDARD mengenai Movie yang akan ditayangkan.Apatahlagi Astro Citra bukannya percuma.Encik Astro,Anda harus membuang cerita itu pada tayangan anda.Ini kerana terdapatnya unsur negatif pada filem itu yang mampu merosakkan moral anak-anak kita.

Pertamanya ialah didalam salah satu adengan ialah umat islam disana menyambut Hari Hallowen di sebuah Bar.Pemuda pemudi disana memakai Kostum Hantu yang pelbagai,manakala gadisnya pula berpakaian singkat.Terdapat adegan menari yang mengoda,yang mana ianya patut ditapis oleh Lembaga Perfileman Kita.

Kedua ialah salah satu babak pelakon wanita utama meminta Tequila kepada pelayan Bar.Dengan selamba saja Pelakon wanita meneguk,bukan sekali tetapi lebih.Tequila itu bukankah Arak,ianya Haram,Pelik juga aku kerana masih boleh ditayangkan di negara ini.


Ketiga,hantunya.Setakat solekan Pocong serta hantu berambut panjang putih,tiada apa lagi yang nak disajikan.Jalan ceritanya teramat longgar serta langsung tidak menakutkan,malah ada pada masanya membuatkan penonton tertawa kerana jalan ceritanya.


Membayar Astro untuk satu Cerita yang tidak berkualiti ini memang membazirkan masa serta wang saja.......Diharap Pihak Astro lebih peka serta meningkatkan Quality Standard Mereka,bukannya tangkap muat saja.

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails