nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday 20 October 2010

IPAD bakal ke Malaysia dengan Maxis.......

Salam semua,fonemena IPhone melanda Dunia sekarang ini.IPhone menjadi pilihan yang laris dimana syarikat telekomunikasi seperti Maxis,Digi,Celcom mendapat keuntungan melalui penjualan IPhone.Kini,Maxis merancang pula untuk membawa pula IPad ke Malaysia.

Walaupun IPad boleh dibeli diMalaysia,namun dengan Maxis,ianya lebih mudah digunakan.Ini kerana Maxis sedang sibuk membangunkan aplikasi terbaru untuk IPad itu.



Alat skrin sesentuh berbentuk tablet dikeluarkan pembuat komputer Macintosh, iPod dan iPhone itu kini dipasarkan dengan dua versi.
Versi WiFi iPad, membolehkan pengguna menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video, melayari internet atau membaca buku secara dalam talian, dijual di pasaran AS dengan harga permulaan AS$499 (RM1,656.68) seunit.

Satu lagi model yang menampilkan gabungan aplikasi WiFi dan rangkaian hubungan 3G selular dipasarkan dengan harga AS$829 (RM2,752.28) seunit.

Menurut sumber dalaman Maxis, meskipun harga ditawarkan di AS adalah AS$499 bagi versi asas iPad, harganya dijangka kurang daripada RM2,000 seunit bagi pasaran Malaysia.

Sumber-Berita Harian Online


Yang pasti,sebagai penguna,kita akan mendapat keuntungan melalui Persaingan ini.Jika Maxis membawa masuk IPad,tidak mustahil Celcom serta Digi akan membawa pula ianya.Maka akan terjadilah PERANG HARGA sama seperti IPhone.Satu lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia.





P/S:Encik Nuffnang,bila nak buat kontest IPAD......

1 comment:

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails