nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday 4 December 2010

Suzuki Cup-Soalan untuK Raja Gopal.

Salam semua...semua sudah menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand.Perlawanan itu menyaksikan anak buah RajaGopal bertahan serta mengekang asakan Thailand.N,amun sekadar seri tidak memandai.Ini kerana Keputusan seri itu bermakna Malaysia sudah tersingkir dari Suzuki Cup.

Thailand cuma dibolosi 1 gol saja sedangkan Malaysia sudah dibolosi 5 gol.Ini bermakna Malaysia tiada pilihan sekiranya ingin mara dengan membelasah Laos dengan jaringan yang BESAR disamping mengharapkan Thailand dibelasah Indonesia pula sekurang-kurangnya 4 gol.

Tekanan amat terasa kepada kedua jurulatih skuad iaitu Malaysia dan Thailand.Jurulatih Thailand Bryan Robson serta RajaGopal pasti sedar akan risiko tersingkir awal.Walaupun Malaysia menghantar Skuad yang lemah,namun itu bukan persoalan yang skuad ini tidak mampu mengibarkan cabaran.Dari apa yang dilihat,Skuad Malaysia harus bermain dengan lebih lagi dari pihak lawan.Pihak Lawan selalu menyerang kerana Pertahanan Malaysia kurang mantap serta tiada persefahaman.


Satu Soalan yang saya rasa sekiranya diajukan kepada RajaGopal sekiranya alasan Malaysia Gagal ke Pusingan kalah mati ialah : Adakah sekiranya Malaysia menghantar skuad terkuat pun,peluang kita untuk merangkul Piala ini CERAH?Sejarah sudah membuktikan yang Malaysia pernah menghantar skuad yang terkuat,malah lebih kuat dari sekarang,namun semuanya terkandas.Jadi salah siapa sekiranya Skuad Malaysia Gagal ke Pusingan Kalah mati?

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails