nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday 1 December 2010

Amri Yahyah pemusnah Indonesia

Salam semua,malam ini tepat pukul 8.30 malam di Astro 813 akan bermulalah Piala AFF Suzuki Di Indonesia.Harimau Malaya akan menentang Garuda Indonesia(Malaysia lawan Indonesia).

Walaupun skuad Harimau Malaya kali ini teramat lemah daripada skuad yang memenangi Pingat Emas Sukan Sea kerana masalah kecederaan,namun ini tidak bermakna bahawa muka baru yang dipanggil tidak mampu memgibarkan cabaran.

Kepada skuad muda yang dihantar ke Liga Slovakia,inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa penghantaran anda kesana berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.Biarlah kalah dengan bermaruah.Semasa Entri ini ditulis,gergasi Asia Tenggara,Thailand tumbang ke tangan Laos 2-1.Ini membuktikan bahawa Kemenangan ditentukan melalui "Siapa yang Lebih Inginkan Kemenangan".

Namun,yang mencuri tumpuanku ialah Amri Yahyah.Inilah peluang terakhir Amri untuk membuktikan bahawa dirinya masih berbisa,apatah lagi dirinya sudah berusia 29tahun.Ini mungkin panggilan terakhir untuk dirinya mewakili Negara.

Amri,ku masih ingat lagi semasa jaringan anda yang menakjubkan semasa menentang mu dahulu.2jaringan anda itu membuktikan anda penyerang terbilang negara.

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails