nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday, 4 September 2010

Awas Blogger Semua-Berhati-hati dengan Artikel anda

Blogger didakwa.Itulah tajuk entri hari ini.Hassan skodeng atau Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.

Hassan Skodeng menerusi laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemudian membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

"Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia,” kata Peguam Irwan atau Hassan Skodeng iaitu Jahaberdeen di luar mahkamah.

SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya iaitu Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.

Hakim membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.

Setelah membaca Artikel ini,saya berpendapat Para blogger haruslah berhati-hati didalam Penulisan mereka didalam berblogging.Ini kerana,sekiranya didalam Artikel anda,terdapat nama atau pihak tertentu,anda seharusnya memastikan fakta yang tepat.
Saya dapati,terdapat ramai blogger yang bertindak lewa didalam hal ini,Ada yang tidak segan silu meletakkan gambar tanpa kebenaran pemiliknya.Sekiranya bercadang meletakkan gambar .pastikan ianya freeware,bukan hak cipta terpelihara.

p/s-Sekiranya Hassan Skodeng sekadar bergurau dengan TNB,Mengapakah isu Salleh Gregor Samsa yang menghina umat Islam yang berpuasa secara terang-terangan tidak diambil tindakan.Salleh menerusi Facebook menghina dengan berkata,"Kepada yang berpuasa,Fuck Off".?Mungkin tiada diantara pihak Blogger yang mengambil tindakan untuk membuat aduan di SKKM.

Contoh Gambar ialah Proton Waja Lancer,adakah anda mendapat kebenaran dari Proton untuk menerbitkannya di dalam post anda?

2 comments:

  1. Kadang2 tengok situasi jugak, kalau apa yang kita tulis tu boleh akibat kerugian pada seseorang indiidu, kita mungkin akan jadi target untuk kena saman.

    Tapi kalau tulisan kita bakal menaikkan kredibiliti orang lain, itu lain lah pulak ceritanya.

    Jadi, dalam entry perlu pastikan ianya bebas dari memburuk-burukkan orang lain walaupun adakalanya apa yang ditulis itu benar2 berlaku.

    Kalau nak tulis jugak patut letak sekali bukti yang concrete dan solid

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails