nuffnang

mereka yg kuhargai

Tuesday 28 September 2010

Baca Entri Ini sekiranya Ingin menambah Pelaburan Wang Anda

Salam semua,saya hanya ingin menanya anda bagaimana anda menambahkan wang gaji anda.Umumnya,semuanya menabung serta berjimat .Cara untuk menambah pelaburan pula ialah saham amanh seperti ASB,ASN dan juga unit Trust.Namun ,ada satu cara yang menjamin pulangan pelaburan anda sehingga 30%,Sedangkan ASB hanya menjamin sehingga 12 % itupun sekiranya ekonomi Baik.

Pelaburan yang saya maksudkan ialah pelaburan Emas.Jangan ingat saya menulis mengenai Pelaburan Emas MLM,salah itu.Saya menulis Mengenai Pelaburan Emas dalam bentuk Buku Akaun(Gold Invesment Account).Umumnya terdapat 2 bank yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu Public Bank serta Maybank.

Tahukah anda berapakah harga SATU Gram emas ini hari ini?Bersamaan RM 131 hanya untuk Satu Gram saja,Bayangkan berapa berat 1 gram itu,seperti sebutir beras.Mengapakah harga Emas terlalu mahal.Biar saya jelaskan terlebih dahulu didalam Entri yang kedua.Termasuk Didalam Entri Kedua ialah Faktor-faktor yang menjamin kenaikan harga Emas serta Hukum agama mengenai Zakat Emas.



Harga Emas Mybank


Harga Emas Public Bank

Risiko pelaburan Emas ini,tipulah sekiranya tiada Risiko.risikonya ialah kebolehan anda sendiri untik menguruskan sama ada ingin membeli(menambah pelaburan) atau menjual untuk mengaut keuntungan.Dari segi keselamatan,ianya dijamin sah serta selamat kerana Bank yang menawarkannya ialah Public Bank,serta Maybank.2bank terkemuka yang tidak asing lagi oleh Rakyat Malaysia.

Penutup kata....

Anda ada RM 5000 masa sekarang,Samakah RM5000 itu 10 tahun akan datang?Kalau dulu untun duit belanja anak-anak 50sen pun sudah cukup,sekarang rm 5 pun tidak mencukupi bukan?Ini kerana Wang anda Pasti akan SUSUT nilainya......

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails