Bayangkan sekiranya kita menulis 2 tahun lalu.Dimasa dulu bilangan mereka yang memiliki Internet serta laptop peribadi masih belum meluas berbanding sekarang.Apatah lagi,3,4 tahun akan datang.Akan terdapat ribuan blogger baru yang bakal wujud,Jadi bagaimana caranya untuk mengitar semula Post lama supaya ianya dapat dibaca oleh mereka yang mungkin berminat membacanya,seterusnya menjana trafik yang berulang?. Ada blogger yang mengunakan cara lain seperti meletakkan label,serta lain-lain,namun cara ini sesuai dipakai oleh mereka yang memiliki post yang banyak.
- Berikan Tajuk lama anda itu Tajuk yang baru.Tajuk itu semestinya tidak lari daripada isi walaupun ianya sudah berubah.
- Tambahkan Isi-isi didalamnya,katakan sebelum ini,anda masih belum mahir atau mengetahui sedikit saja mengenai post yang ditulis berbanding sekarang,jadi inilah masanya untuk Melengkapkan Post yang terdahulu agar ianya lebih berisi serta tepat.
- Tukar gambar sekiranya ada dengan gambar yang baru,namun anda juga janganlah meletakkan gambar secara lewa.Sekiranya berkemahiran,edit gambar anda supaya lebih cantik dari dahulu.Ialah dahulu dengan sekarang tidak samakan?
- luangkan masa unutk mencari tempat lain untuk PING post anda.Ada banyak diluar sana yang cuma menunggu post anda,yang penting anda mesti rajin mencarinya.seperti Guablog.com,apesal.com.Nuffnang x,Blogged.my dan lain-lain...
- Pada post terbaru anda,cuba kaitkan penulisan anda pada post anda yang terdahulu.Letakkan link atau tag pada gambar supaya apabila pembaca menekannya,ia akan membawa kepada post terdahulu anda
- Gunakan Linkwithin.Ianya sangat berguna untuk memaparkan post-post anda yang terdahulu
Kesimpulannya,walaupun anda mengitar Karya anda,akan tetapi JANGANLAH hanya menukar TAJUK,tetapi isinya masih sama.Lakukan perubahan didalam isinya,susun aturnya,tambah gambarnya serta selitkan lebih banyak maklumat tambahan.
Para blogger sekarang ini BIJAK untuk menilai sama ada Post anda itu bermutu atau tidak.Karya yang lama sekiranya diperbaharui,pasti akan seronok untuk dibaca.Seperti Filem Lama juga,yang diberikan nafas baru,pasti akan seronok untuk ditonton..Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment