nuffnang

mereka yg kuhargai

Tuesday, 31 August 2010

Teka Teki Panas,Kalau Pandai,cuba jawab...

Hari ini di Pasar Tani,keadaan amatlah sibuk.Ada seorang Isteri yang berkahwin dengan warga tempatan,pun pergi ke Pasar.DIA nak beli DADA ayam,maka dia pun menunjukkan isyarat DADA serta mengepakkan AYAM,maka penjual disitu pu Faham,dan memberikan ianya DADA AYAM.





Selang seminggu,Isteri teringin makan SOSEJ YANG PANJANG(ala orang putih panggil big sosej),Tetapi ianya tidak sihat,maka disuruh suaminya membelinya.Sampai dipasar,apa yang dilakukan suaminya untuk membeli
 SOSEJ YANG BESAR ITU?

Rakyat Malaysia Rendah Moralnya.

Opss,maaf,ini bukan entry untuk mengutuk,mencaci atau menghina malaysia.Apatah lagi diriku ini yang masih ada nilai-nilai masyarakat tempatan.Tujuan aku menulis Entri dengan tajuknya yang amat tajam ini kerana untuk mengutuk SEGELINTIR rakyat Malaysia terutamanya Remaja Melayu masa kini yang amat membimbangkan taraf PEMIKIRAN mereka.

 Bak kata orang tua,hantar anak belajar tinggi-tinggi supaya menjadi orang berguna.Ambillah Degree ke,Master ker,PHD atau pangkat tertinggi,bila bercinta ramai yang masih cetek AKAL WARAS fikiran mereka.Boleh disamakan dengan Orang ZAMAN BATU.Masa bercinta,semuanya INDAH,sanggp serahkan segalanya termasuk kehormatan diri,walhal tiada sebarang ikatan yang sah,semuanya berlandaskan cinta.Bila perut membonyot,Jalan terbaik hanya mengugurkan atau melahirkannnya,kemudian dibuang dimerata tempat.Umpama sampah.Hei,sedarkah mereka yang dibuang itu,walaupun berasal dari perhubungan yang HARAM,akan tetapi BENIH itu tidak bersalah,BENIH itu berNYAWA.


Jika haiwan pun walaupun susah(susah kerana tempat tnggal mereka makin kecil,makanan serta persaingan semakin sempit dan sengit) pun mampu menjaga anak mereka,Inikan pula MANUSIA yang diberi AKAL.Disinilah terletaknya Peribahasa Rojak"Akal letak di Kepala Lutut" atau "akal letak di bontot".Iyelah,apa gunanya otak tu berada diatas kepala,kalau tidak berguna,baik letak saja di Lutut atau Bontot kan,(Maaf sekiranya ada yang terasa dengan pengunaan Bahasa).


Lagi,Hari Raya AidilFitri semakin menghampiri.Sayu sungguh membaca paper hari ini,seorang anak menghadiahkan IBUBAPANYA yang sengaja ditinggalkan di RUMAH ORANG TUA,sebagai hadiah Hariraya,serta Melarang mereka beraya bersama denganya Tahun ini.Alasan,busy busy busy.Walhal Alhamdullilah,jawatannya Tinggi,Makan minum senang.Ingatlah SYURGA dibawah tapak kaki IBU,baik IBU mendoakan,Baiklah hidupnya,Buruk Ibumu mendoakan,PADAN MUKA kamu.

Ada satu lagi kes yang saya pernah baca dahulu,dah lama sudah.Kes ibu bapa saman Anak mereka(kes ini kat Malaysia ini)kerana Gagal memberi nafkah kepada mereka serta menghalau mereka dari Rumah mereka(Walhal Rumah itu rumah IBUBAPA mereka sebelum ditukar hakmilik kerana Anak berjanji akan menjaga IBUBAPA mereka selagi hayat mereka masih ada).Alasan anak tidak mampu menangung IBUBAPA ialah kerana membayar hutang kereta,Insuran diri,serta anak mereka,dan lain-lain,suami selalu membantu dalam soal duit,sedangkan Gaji si anak puhh BERIBU RIBAN.Gaji punya besar,malangnya si Anak hatinya amat kecil,SEKECIL SEMUT,kerana terlalu berkira dengan IBUBAPA yang membesarkan dia.

Seandainya ada yang terasa,Fikirkanlah,Negara kita ini Negara ISLAM,dimana nilai kekeluargaan diterap kukuh,adat dan maruah dijunjung....Siapa yang membuang bayi seperti SAMPAH,rakyat Malaysia,Siapakah yang tidak menghormati IBUBAPA mereka,Rakyat Malaysia juga......

Monday, 30 August 2010

cara bijak untuk menguruskan wang anda

Gaji bersih rm700,tetapi tidak menghadapi masalah kewangan,mustahil bukan,Hakikatnya boleh.saya yakin ramai yang diluar sana menerima gaji dibawah rm1000.Saya juga begitu,tetapi saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak mengunakan pendapatan yang kecil ini dengan bijak.

Biar saya tanya anda satu soalan,Adakah anda bekerja untuk Wang,atau Wang bekerja untuk Anda?Keliru bukan?Memang kita bekerja untuk wang,tetapi dapatkah wang bekerja untuk kita?Jawapannya boleh.Bagaimana?


  1. SIMPAN UNTUK DIRI ANDA DAHULU,BARULAH PERBELANJAAN
  • Mengapa kita perlu menyimpan dahulu,baru perbelanjaan dibuat sedangkan ada banyak bil-bil,perkara yang harus dibayar?Kita harus membayar diri kita dahulu kerana sekiranya kita membayar bil-bil serta kegunaan lain,besar akibatnya kita akan terlupa untuk menyimpan.Hal ini tidak mustahil kerana ada pelbagai godaan serta perkara yang akan terjadi.Berapa banyak yang perlu disimpan?10%dari pendapatan anda.Katakan pendapatan bersih kita rm700,maka jumlah simpanan adalah rm70.Katakan anda menyimpan rm70 selama setahun,berapa jumlah simpanan anda,rm840.Jika anda menyimpan rm70 selama 10 tahun yang lalu,anda akan memiliki simpanan sebanyak rm8400.jadi bayangkan berapa banyak yang kita rugi hanya dengan menyimpan cuma rm70 didalam bank.
2. Kurangkan perbelanjaan

  • Buat satu senarai ,saya cadangkan anda sediakan pen,kertas dan kalkulator.Tuliskan segala jenis perbelanjaan anda dalam sebulan seperti beri kepada ibu bapa,astro,bil telifon,rumah sewa dan lain.Kemudian cuba fikirkan yang mana boleh dikurangkan.Contohnya sekiranya bil anda makan diluar senasa rehat ialah rm200 sebulan,bolehkah anda mengurangkannya sehingga rm150 sebulan.Pastikan juga langkah sekiranya dikurangkan perbelanjaan,maka anda boleh membawa bekal ke tempat kerja
3.Berhenti berhutang
  • Duit dah tiada,tapi kenapa hendak berhutang,tahukah anda BERHUTANG adalah sejenis penyakit?berhutang dibolehkan,tetapi sebelum berhutang,anda seharusnya memikirkan juga mampukah diri membayar balik hutang ini.Katakan kita hendak meminjam rm 50 dari kawan kerana kekurangan wang,maka dari saat anda hendak mmeminjam,anda haruslah bertekad untuk membayar hutang itu,Ini kerana sekiranya tiada kemampuan untuk membayar,maka akan tidak akan mampu membayarnya,malah terjerumus didalam penyakit hutang
4.Berhenti merokok.
  • tahukah anda seribu satu bahaya merokok.Merokok bukan sahaja membahayakan,malah membakar wang anda.Ambil contoh seorang perokok membelanjakan sebanyak rm70 sebulan untuk membeli rokok(yang paling murah),dalam setahun duit sebanyak rm840 telah dibazirkan,10tahun sebanyak 8400,20tahun sebanyak rm16,800 telah dibazirkan.Berapa banyak yang boleh dibeli dengan wang itu?Banyak bukan?

Ramai yang tertanya kenapa nak menyimmpan cuma rm70,sebulan rm 70 tidak mampu membeli apa-apa,tetapi apabila mereka menetapkan standart simpanan yang lebih,mereka kerap kali gagal.Jadi untuk permulaan,Simpan 10% dari gaji anda dahulu.Pepatah mereka yang bijak dalam kewangan,jika wang yang sedikit pun kita tidak mampu menyimpan,apatah lagi jika kita merancang untuk menyimpan dalam jumlah yang besar.

Hidup sehari-hari memerlukan wang.Bagi golongan pekerja seperti kita yang berpendapatan rendah,Kita cuma mampu merancang.tetapi tanpa rancangan yang tepat,wang yang sedikit habis begitu sahaja.Memetik kata-kata seseorang penerbit buku,bukan jumlah yang menjadi ukuran,tetapi KEMAHIRAN MERANCANG.Orang kaya jutawan juga pasti akan mengalami masalah kekurangan wang sekiranya tidak bijak merancang.

5.Bersedekah
  • Harta ini bukan milik kita seorang,saya pernah membaca cerita tentang seorang pemuda yang cuma ada seringgit sahaja.Dengan wang itu,apalah yang dapat dibeli walhal ank-anak dirumah kelaparan.Dia pun keluar meninjau mencari kerja.Puas dicari tidak dapat,hampir putus asa dirinya.Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah menghampirinya,merayu diberikan wang untuk membeli makanan.Hatinya berbelah bagi,jika diberi kepada pengemis,anak-anak akan kelaparan,tetapi fikirannya mengatakan dengan seringgit itu apalah yang boleh dibeli,lalu memberikan kepada pengemis itu.
  • Tidak lama kemudian,hujan pun turun dengan lebatnya,mencari ia tempat berteduh.Akhirnya dapat juga ia tempat berteduh iaitu di depan sebuah kedai makanan.Terlihat ia akan iklan kerja kosong,terfikir juga hatinya untuk mencuba,tetapi basah-basah begini,mungkin akan ditolak.
  • Apabila memikirkan anak-anak,dikuatkan hati mencuba,hasilnya?ia bukan sahaja mendapay kerja malah mendapat wang gaji satu hari untuk ia membeli makanan.Pernahkah anda mendengar cerita ini?Memanglah tidak pernah,saya pun tipu saja,tetapi ingatlah "Setiap apa yang dibelanjakan ke jalan kebaikan pasti akan dibalas berlipat kali ganda oleh Allah,setiap rezeki itu datangnya dari Allah".

Saturday, 28 August 2010

I'Muslim,Not terrorist.........

Salam semua,hari ini teringin benar untuk menulis Entri mengenai Sentimen Kebencian Terhadap Agama Islam yang semakin menjadi-jadi.Apa yang mendukacitakan,ialah diBulan Ramadhan yang Mulia ini,sentimen ini semakin melonjak naik,seolah-olah mengejek serta mempersendakan kesucian Agama Islam.


Islam itu Agama yang membawa keamanan.Perkataan islam itu juga bererti keamanan.Sejak serangan 911,Sentimen kebencian keatas Agama Islamsemakin menjadi-menjadi.Bermula dengan peraturan ketat serta tidak msuk Akal oleh Amerika seperti mewajibkan membuka pakaian serta kasut keatas mereka yang bernama Islam serta berasal dari Negara Islam.

Baru-baru ini terdapat cadangan untuk membina Sebuah Masjid serta komuniti Masyarakat Islam di Tempat berlakunya kejadian 911.Cadangan ini mendapat bantahan yang amat keras serta luarbiasa daripada rakyat Amerika.Malah cadangan ini hampir membawa perpecahan didalam kabinet Amerika yang dikuasai oleh Masyarakat Yahudi.Mujurlah,Presiden Obama menyokong cadangan membina Masjid serta Komuniti Masyarakat Islam.

Kerana itulah,Obama teruk dikritik oleh Masyarakat Yahudi yang menyokongnya semasa Pilihanraya.Kerana itu juga,2/3 Masyarakat Yahudi mempercayai Obama adalah Muslim.Ini kerana keluarga serta susur galur Obama adalah beragama Islam,dimana ayahnya juga adalah Islam.Obama juga pernah menetap di Indonesia semasa kecil,jadi tidak hairanlah Obama mengetahui mengenai Agama Islam.

Malah,wujudnya serangan secara fizikal terhadap Umat islam di Amerika.Baru-baru ini,seorang pemandu Teksi Ahmed Syariff ditikam pelanggannya kerana ianya seorang Muslim.Kerana Pemandu Teksi itu beragama islam,jadi ianya harus dibenci.Apa salahnya terhadap pelanggan itu.Ianya hanya menjalankan kerjanya membawa penumpang saja.Jadi Adakah menganut Agama Islam itu salah,Penganutnya juga Penganas?

Bukan di Amerika saja,malah dinegara Islam sendiri turut berlaku pertumpahan darah.Di Pakistan,India,Iran,Iraq,serta Afghanistan,berlaku serangan keatas Umat Islam.Apa yang menyedihkan,serangan ini dilakukan oleh Umat islam juga,saudara seagama.Apa yang membezakan ialah Fahaman saja.Kerana perbezaan Fahaman antara Sunnah dengan Syiah,jadi Tuhan yang kita sembah juga berbeza?


Bangunlah,sedarlah serta bangkitlah Umat Islam.Janganlah menjadi Kuda tunggangan Amerika serta sekutu,semata-mata kerana ingin menegakkan benang yang basah,serta memastikan fahaman aku saja yang benar.Bermusyawarahlah secara Aman.Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w,Manusia akhir Zaman,Umat islam teramatlah banyak serta menguasai Dunia ini,akan tetapi seperti buih-buih,iaitu tidak berkuasa langsung dan ditindas.

Pengunjung UNIK serta Rahsia mengunjungi blogku.(Bukan IKLAN yang datang tau).

Salam semua.Hari ini aku baru saja UPDATE blog aku .Sudah 2 hari tidak diupdate,biasalah,aku kerja ikut syift.Masuk petang hari ini,esok masuk pagi.Hadoi penat,penat.......

Baru saja tadi aku buka blog aku,pastu g la laman Nuffnang,sesaja jer nak tgk bilangan Pengunjung.Biasa jer,xder yang luarbiasa pun.Alih-alih aku pun klik Lokasi Pengunjung,Terkejut beruk aku,EH EH EH ,ader Pengunjung Unik serta Luarbiasa mengunjungi blogku.Pengunjung tu berasal dari luar Malaysia,dari United States,United Kingdom,Egypt,Singapore serta Norway.Eh eh eh pelik bin ajaib Daku,apa yang membuatkan mereka ini mengunjungi Blog ku.Tapi aku rasa aku tahu.









Dulu,aku masa baru jerk dengan blogging ini,jadi aku berguru dengan sorang.Ader satu blog,peh memang bagus.Nama blog tu MariBinaBlog oleh Nescafe Ais.Orangnya Dari Sri Lalang,Satu kawasan dengan aku,Aku dulu duduk kluang,dekat 24 tahun,pastu menetap di Johor Bahru.Artikelnya,Mari Pasang BREADCRUMB,Serta Tingkatkan trafik dari search engine dengan custom title meta tag mungkin membuatkan Trafik aku mencanak naik.Thank sifu.....

Tapi xmustahil juga,dengan aper yang update dari sifu tu membuatkan artikel aku diklik oleh pembaca.Sebabnya,Artikel aku senang jer nak kuar kat google(Mesra Seo kot).Rasanya artikel yang buat pengunjung luarbiasa tu klik ialah Ronaldo.Kelakar ada,lucu pon ada,eyalah,blogku dalam bahasa Melayu.Manalah mereka Faham.Rasanya tentu mereka pelik,blog aperlah bender ni eh....Hehehehe...

Apapon,thank Sifu,serta pengunjung Unik itu...........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......

Thursday, 26 August 2010

Ronaldo PEROGOL????????

Pada satu hari,sepasang anak beranak sedang asyik menonton tv.Si ayah membaca akhbar,sambil si anak menonton rancangan bola sepak Enggeris.

Tiba-tiba kedengaran tangisan si anak.Si ibu yang sedang memasak didapur pun segera keluar lalu mendapati si Ayah sedang memukul si Anak.Si Ibu berasa Hairan,apakah kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.

Si Ibu:Abahnya,mengapa dipukul anak kesayangan kita ini?

Si Ayah:Anak kita ini amat jahat,Harus dipukul untuk menyedarkannya.

Si Ibu:Apa salahnya anak kita ini Abahnya oittttt?

Si Ayah:Anak kita ini berhasrat untuk menjadi PEROGOL yang hebat bila besar nanti.Amboi,nak tunjuk samseng budak2 lagi eh.

Si Ibu:Eh Abahnya ini,mustahilnya anak kita ini nak jadi PEROGOL,sambil si ibu pun bertabya kepada Si Anak.

Si Ibu:Amin,mengapa kamu mahu menjadi PEROGOL?

Si Anak:Mengapa pula saya xboleh menjadi PEROGOL ibu,kan best,ramai perempuan suka saya,juga banyak duit saya nanti.

Si Ibu:Kamu tahu tak PEROGOL itu salah,malah boleh dikenakan hukuman sebat dan penjara 20 tahun.

Si ANAK:Tipulah Ibu,kalau macam itu naper pula Ronaldo xpernah kena tangkap.

Si Ibu:Ronaldo,oit jangan kaitkan pujaan hati ibu tau,biler masa pula Ronaldo yang Encem itu jadi PEROGOL?

Si Anak:Diakan selalu saja dapat GOL,Malah orang selalu panggil dia apa,PEROGOL.

Si Ayah:Masyaaalah ,itu bukan PEROGOL,itu PRO-GOAL(Maknanya profesional goal lah)


Kah kah kah dapat juga saya kenakan pembaca sekalian,jangan marah,salam ramadhan .....



                                                   Gambar dari Google

Wednesday, 25 August 2010

Perdana Menteri Malaysia,Jangan lakukan kesilapan mengenai....rakyat akan merana...

Tadaaa,suspen betul tajuk diatas.Em,sengaja saya meletakkan tajuk diatas.Entri terbaru saya ini adalah untuk memberi komen terhadap pengunaan tenaga Nuklear.Umumnya Rakyat mengetahui bahawa sampai satu masa kelak,pengunaan tenaga di Malaysia akan melebihi had pengeluaran.Dimasa itu,hanya Nuklear saja yang membantu.

Mengikut kajian yang dilancarkan oleh Menerusi Facebook Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak ,Pengunaan tenaga suria serta Angin lebih mendapat tempat berbanding Nuklear.Walaupun kemajuan Teknologi masa kini mampu menjamin bahawa Reaktor serta Nuklear selamat,Namum tragedi Chernobly masih menghantui dunia.

Sebenarnya ada satu sumber tenaga bersih yang kita mapu manfaatkan,malah ianya percuma.Apa dia,Air?Udara?Suria?Memang ianya percuma akan tetapi anda tertinggal sesuatu.Perkenalkan sumber tenaga terbaharu iaitu sampah.Semua orang,maaf kesaemua manusbia dibumi menghasilkan sampah.Baik Tua Muda,Hodoh Comel,Buruk Cantik,ehh melalut lak.


Angkat tangan jika sesiapa tahu bagaimana sampah kita dihapuskan.Semua boleh jawab,dibakar,ditanam atau dikitar semula.Tetapi xramai yang sedar yang sampah memiliki tenaga boleh diperbaharui,malah tidak akan lenyap sampai bila2.Berapa banyak sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia?Cukup banyak sehingga boleh menutup separuh negara.

Apa yang patut kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah sampah ini.Jawapan sambil menyelam,minum sirap(Sirap pun air juga pembaca oit).Membina satu loji pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik.Sampah yang dibakar itu mampu menghasilkan kitaran tenaga yang berterusan,malah menyusutkan stok sampah negara(ada x bank sampah dinegara ini?)

Dah kite membakar sampah,tentulah hasilnya karbon dioksida yang berlebihan.Salah,kerana pembakaran sampah secara terkawal ini hanya menghasilkan 20% karbon dioksida berbanding petrol.Malah semua tahu,kos sampah ialah Percuma,Siapa kat sini nak jual sampah?semua boleh bagi free.Amiklah kata dia orang.Berbanding Nuklear,kos untuk membina loji Nuklear mencecah bilion ringgit,begitu juga kos operasinya serta penjagaannya.Malah,kerajaan terpaksa memperuntukkan pasukan tentera untuk mengawal loji Nuklear Negara supaya tidak diserang Musuh bukan?

Dot Dot dot,dah sampai masa saya akhiri karangan saya ini,Kawan-kawan semua,adakah anda mahukan anak-anak anda hidup dengan sampah yang bertimbun-timbun,hanya ditanam saja sedangkan ada cara efektif untuk mengawal serta mengambil manfaat darinya berbanding Nuklear yang Amat mahal kos operasinya?

Tuesday, 24 August 2010

Geng blogger diserang



Komuniti geng blogger diserang Malware.Buat masa sekarang,saya nasihat Bagi mereka yang belum Log in geng blogger supaya jangan singgah disana.Ini kerana laman web itu telah diserang malware.Sekiranya ingin ke geng blogger,akan terdapat gambar seperti diaras.klik get me out here.Ini untuk mengelakkan komputer anda diserang.Selepas itu,update Anti-Virus anda,serta scan kesemua fail yang anda terima dari Geng blogger.Ini penting kerana kemungkinan untuk Malware menumpang didalam Fail yang anda terima itu amat besar.


Sekian.

Bogel,Gambar Awek Cun,Porno

Maaf,sekiranya anda singgah kesini untuk mencari apa-apa yang berkaitan dengan tajuk diatas.Saya sebenarnya cuma ingin mengupas mengenai Peningkatan Rakyat Malaysia didalam melayari Laman web Lucah.Mengikut perangkaan Google trend,,Rakyat Malaysia menduduki tangga kelapan didalam mencari maklumat mengenai laman web lucah serta pornografi.





Peningkatan mereka yang mampu memiliki komputer serta jalur lebar sendiri akan semakin berkembang.Malah,sasaran kerajaan untuk meningkatkan mereka yang memiliki jalur lebar adalah 50% pada akhir tahun ini.Ini bermakna akan terdapat peningkatan yang mendadak sehingga hujung tahun ini.

Kajian yang dilakukan olehcpenyelidik Institut Pengajian Sains Sosial mendapati 22%remaja melayu gemar melayari laman Web lucah sama ada dirumah atau di cybercafe(Berita Harian Metro-24 ogos 2010).

Apakah yang akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung?Pembuangan bayi dimerata tempat,seks bebas malah pergaulan bebas.Ini akan menjadikan generasi muda yang kita harapkan akan memimpin negara kita satu masa kelak menjadi musnah.Segala harapan bangsa akan hancur sekiranya ianya berterusan.

Apakah peranan Kerajaan didalam mengawal gejala ini.Kerajaan berusaha untuk meningkatkan peratusan mereka yang mampu memiliki Jalur lebar,akan tetapi mengabaikan tanggungjawab sosial kesan dari peningkatan itu.Sepatutnya Kerajaan menetapkan syarat kepada semua pengendali Jalur lebar DiMalaysia seperti Celcom,Digi,Maxis,P1 serta Streammyx untuk melarang serta mengenakan sekatan sekiranya ada pelanggan mereka yang melayari laman web lucah.Hal ini tidak mustahil.Lihatlah Republik China,mereka sedar akan keburukan ini,kerana itu mereka melarang Google beroperasi dinegara mereka.

Kita sedar Kerajaan mampu serta berkuasa didalam menguatkuasakan peraturan ini,akan tetapi bagi pengendali Jalur Lebar,ini akan mengurangkan bilangan Pelanggan mereka.Ini kerana Pelanggan merasakan mereka tiada kebebasan didalam melayari Internet.Usah fikirkan soal keuntungan semata-mata.

Bagi pihak ibu bapa,Mereka boleh mengenakan sekatan seperti melarang anak-anak mengunakan komputer selepas lewat malam,malah mengenakan Pasword bertujuan melarang anak-anak mengunakan komputer secara senyap-senyap.Amalan membiarkan anak-anak mengunakan komputer,malah menyimpan serta mengunakan komputer di bilik anak-anak tanpa pengawasan akan membawa padah.


Kesimpulan ,kesemua pihak harus bertanggungjawab didalam mengawal sebaran Pornografi ini.Kemajuan tidak dapat dielak serta ditolak,akan tetapi boleh dikawa.Kita tidak mahu generasi muda yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara memiliki Akhlak yang buruk.


Apa pendapat Kawan-kawan semua,terutamanya yang memiliki anak kecil?Saya sedar anda juga memikirkan serta risau mengenai peningkatan ini.Remaja serta anak-anak zaman sekarang amat cepat matang,malah kemampuan mereka untuk mencari maklumat Pornografi seringkali tidak terfikir oleh kita.

Monday, 23 August 2010

Pekerjaan anda sekarang tidak akan wujud dimasa depan.

Adakah pekerjaan anda selamat?Tidak.Kenapa pulalah saya mengatakan pekerjaan anda tidak selamat?betul,pekerjaan anda sekarang tidak selamat.

Tahukah anda apa yang menyokong pendapat saya tentang tajuk ini.Ada 2 sebab yang menyokong teori saya ini
  1. Kemajuan Teknologi
  2. Kehabisan sumber alam semulajadi


Kemajuan teknologi

kemajuan teknologi masa kini tidak dapat dihalang lagi.Apa yang suatu ketika dianngap mustahil,satu demi satu mula direalisasikan.Mengambil satu contoh Pengklonan.Pengklonan satu masa dahulu heboh diperdebatkan,Kemunculan dolly klon seekor kambing biri-biri mencetuskan keributan pada agama dan politik.

Tetapi itu dahulu,sekarang pengklonan telah mula beransur-ansur diterima.Pengklonan organ manusia seperti cuping telinga serta sel-sel kulit manusia mula dijalankan.Malah sekarang sel stem pula diperkatakanSel stem lebih kontroversi berbanding klon.Ini kerana sel stem diambil daripada embrio manusia yang mula terbentuk.Tanpa sel stem ini,embrio ini tidak dapat menjadi manusia,lalu mati.

In cumalah salah satu contoh teknologi.Okey,beralih kepada pekerjaan,apa pula kena mengena teknologi dengan pekerjaan.Ambil satu contoh,KERETA. Apa yang anda harapkan daripada kereta masa depan.Tentu ramai yang berangan mahu kereta yang dipandu sendiri oleh komputer,masuk je,cuma perlu cakap nak kemana,kereta terus on ke tempat tujuan.Dah kereta tu dipandu komputer,bolehlah duduk tengok tv ,lain-lain.

Dah kereta mampu jalan sendiri,itulah kebaikannya,Tetapi keburukannya? dah kereta mampu jalan sendiri,Siapa nak mengupah pemandu peribadikan?jadi driver-driver pemandu peribadi tidak diperlukan.Beralih kepada konteks lebih besar,kalau bukan kereta saja,tetapi lori,kapal terbang,keretapi dan lain-lain juga dah automatik?Maka lebih banyak pekerjaan akan hilang dimasa depan.Tiada lagi pemandu lori,pemandu teksi,pemandu bas serta bermacam-macam lagi istilah pemandu.Berapa banyak pekerjaan pemandu tidak wujud lagi dimasa depan.Iyelah,komputer mampu kerja 24jam tanpa rehat daripada manusia.Kalau kita jadi pemilik syarikat teksi,buat apa nak amik pemandu manusiakan,baik amik robot,tidak perlu dibayar gaji pada robot.

Dah kereta automatik jugakan,siapa lagi nak amik lesen memandu walhal komputer uruskan semuanya.Jadi apa gunanya sekolah-sekolah memandu.Betul x?

Ini cuma satu contoh je teknologi.Dimasa hadapan,bermacam-macam teknologi akan menjelma.Sudah bersediakah kita ?


Kehabisan sumber alam semulajadi

Petrol habis?gas habis?Buat apa nak peduli,masa depan kereta pakai letrik,mana ada pakai minyak,gas.Betul tetapi bila dah ada kereta elektrik,minyak tiada,buat apa pula nak buat stesen minyak.Cas kereta kat rumah pun boleh.Jadi tak perlulah cashier,pam atendan minyak serta pekerja am stesen minyak.Xda lagi penghantaran minyak ke minyak,juga tiada gunanya pelantar minyak didunia.Nak buat apa lagi kita perlukanjurutera minyak,pencarigali minyak,pekerja pelantar?Berapa banyak pekerjaan yang akan hilang di masa depan hanya kerana kehabisan sumber minyak?


Jadi kawan kawan,beringatlah semua.Ini cuma sedikit contoh jer tentang pekerjaan yang mungkin hilang atau tidak wujud di masa depan.Walaupun mengambil masa,katakan 20tahun .Sekarang umur kita 27 tahun,bila 20 tahun berlalu,kita semua baru 47 tahun,belum mencapai had umur bersara kawan-kawan.Apa nak buat bila kita kehilangan kerja dimasa itu....Bersediakah anda kawan-kawan?

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails