nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday, 28 August 2010

I'Muslim,Not terrorist.........

Salam semua,hari ini teringin benar untuk menulis Entri mengenai Sentimen Kebencian Terhadap Agama Islam yang semakin menjadi-jadi.Apa yang mendukacitakan,ialah diBulan Ramadhan yang Mulia ini,sentimen ini semakin melonjak naik,seolah-olah mengejek serta mempersendakan kesucian Agama Islam.


Islam itu Agama yang membawa keamanan.Perkataan islam itu juga bererti keamanan.Sejak serangan 911,Sentimen kebencian keatas Agama Islamsemakin menjadi-menjadi.Bermula dengan peraturan ketat serta tidak msuk Akal oleh Amerika seperti mewajibkan membuka pakaian serta kasut keatas mereka yang bernama Islam serta berasal dari Negara Islam.

Baru-baru ini terdapat cadangan untuk membina Sebuah Masjid serta komuniti Masyarakat Islam di Tempat berlakunya kejadian 911.Cadangan ini mendapat bantahan yang amat keras serta luarbiasa daripada rakyat Amerika.Malah cadangan ini hampir membawa perpecahan didalam kabinet Amerika yang dikuasai oleh Masyarakat Yahudi.Mujurlah,Presiden Obama menyokong cadangan membina Masjid serta Komuniti Masyarakat Islam.

Kerana itulah,Obama teruk dikritik oleh Masyarakat Yahudi yang menyokongnya semasa Pilihanraya.Kerana itu juga,2/3 Masyarakat Yahudi mempercayai Obama adalah Muslim.Ini kerana keluarga serta susur galur Obama adalah beragama Islam,dimana ayahnya juga adalah Islam.Obama juga pernah menetap di Indonesia semasa kecil,jadi tidak hairanlah Obama mengetahui mengenai Agama Islam.

Malah,wujudnya serangan secara fizikal terhadap Umat islam di Amerika.Baru-baru ini,seorang pemandu Teksi Ahmed Syariff ditikam pelanggannya kerana ianya seorang Muslim.Kerana Pemandu Teksi itu beragama islam,jadi ianya harus dibenci.Apa salahnya terhadap pelanggan itu.Ianya hanya menjalankan kerjanya membawa penumpang saja.Jadi Adakah menganut Agama Islam itu salah,Penganutnya juga Penganas?

Bukan di Amerika saja,malah dinegara Islam sendiri turut berlaku pertumpahan darah.Di Pakistan,India,Iran,Iraq,serta Afghanistan,berlaku serangan keatas Umat Islam.Apa yang menyedihkan,serangan ini dilakukan oleh Umat islam juga,saudara seagama.Apa yang membezakan ialah Fahaman saja.Kerana perbezaan Fahaman antara Sunnah dengan Syiah,jadi Tuhan yang kita sembah juga berbeza?


Bangunlah,sedarlah serta bangkitlah Umat Islam.Janganlah menjadi Kuda tunggangan Amerika serta sekutu,semata-mata kerana ingin menegakkan benang yang basah,serta memastikan fahaman aku saja yang benar.Bermusyawarahlah secara Aman.Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w,Manusia akhir Zaman,Umat islam teramatlah banyak serta menguasai Dunia ini,akan tetapi seperti buih-buih,iaitu tidak berkuasa langsung dan ditindas.

1 comment:

  1. wah.. post yg penuh ilmu..

    tu r, kdg2 pelik, knapa sunni ngan syiah slalu bergaduh, sdgkn dua-dua Islam

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails