nuffnang

mereka yg kuhargai

Tuesday, 31 August 2010

Rakyat Malaysia Rendah Moralnya.

Opss,maaf,ini bukan entry untuk mengutuk,mencaci atau menghina malaysia.Apatah lagi diriku ini yang masih ada nilai-nilai masyarakat tempatan.Tujuan aku menulis Entri dengan tajuknya yang amat tajam ini kerana untuk mengutuk SEGELINTIR rakyat Malaysia terutamanya Remaja Melayu masa kini yang amat membimbangkan taraf PEMIKIRAN mereka.

 Bak kata orang tua,hantar anak belajar tinggi-tinggi supaya menjadi orang berguna.Ambillah Degree ke,Master ker,PHD atau pangkat tertinggi,bila bercinta ramai yang masih cetek AKAL WARAS fikiran mereka.Boleh disamakan dengan Orang ZAMAN BATU.Masa bercinta,semuanya INDAH,sanggp serahkan segalanya termasuk kehormatan diri,walhal tiada sebarang ikatan yang sah,semuanya berlandaskan cinta.Bila perut membonyot,Jalan terbaik hanya mengugurkan atau melahirkannnya,kemudian dibuang dimerata tempat.Umpama sampah.Hei,sedarkah mereka yang dibuang itu,walaupun berasal dari perhubungan yang HARAM,akan tetapi BENIH itu tidak bersalah,BENIH itu berNYAWA.


Jika haiwan pun walaupun susah(susah kerana tempat tnggal mereka makin kecil,makanan serta persaingan semakin sempit dan sengit) pun mampu menjaga anak mereka,Inikan pula MANUSIA yang diberi AKAL.Disinilah terletaknya Peribahasa Rojak"Akal letak di Kepala Lutut" atau "akal letak di bontot".Iyelah,apa gunanya otak tu berada diatas kepala,kalau tidak berguna,baik letak saja di Lutut atau Bontot kan,(Maaf sekiranya ada yang terasa dengan pengunaan Bahasa).


Lagi,Hari Raya AidilFitri semakin menghampiri.Sayu sungguh membaca paper hari ini,seorang anak menghadiahkan IBUBAPANYA yang sengaja ditinggalkan di RUMAH ORANG TUA,sebagai hadiah Hariraya,serta Melarang mereka beraya bersama denganya Tahun ini.Alasan,busy busy busy.Walhal Alhamdullilah,jawatannya Tinggi,Makan minum senang.Ingatlah SYURGA dibawah tapak kaki IBU,baik IBU mendoakan,Baiklah hidupnya,Buruk Ibumu mendoakan,PADAN MUKA kamu.

Ada satu lagi kes yang saya pernah baca dahulu,dah lama sudah.Kes ibu bapa saman Anak mereka(kes ini kat Malaysia ini)kerana Gagal memberi nafkah kepada mereka serta menghalau mereka dari Rumah mereka(Walhal Rumah itu rumah IBUBAPA mereka sebelum ditukar hakmilik kerana Anak berjanji akan menjaga IBUBAPA mereka selagi hayat mereka masih ada).Alasan anak tidak mampu menangung IBUBAPA ialah kerana membayar hutang kereta,Insuran diri,serta anak mereka,dan lain-lain,suami selalu membantu dalam soal duit,sedangkan Gaji si anak puhh BERIBU RIBAN.Gaji punya besar,malangnya si Anak hatinya amat kecil,SEKECIL SEMUT,kerana terlalu berkira dengan IBUBAPA yang membesarkan dia.

Seandainya ada yang terasa,Fikirkanlah,Negara kita ini Negara ISLAM,dimana nilai kekeluargaan diterap kukuh,adat dan maruah dijunjung....Siapa yang membuang bayi seperti SAMPAH,rakyat Malaysia,Siapakah yang tidak menghormati IBUBAPA mereka,Rakyat Malaysia juga......

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails