Maaf,sekiranya anda singgah kesini untuk mencari apa-apa yang berkaitan dengan tajuk diatas.Saya sebenarnya cuma ingin mengupas mengenai Peningkatan Rakyat Malaysia didalam melayari Laman web Lucah.Mengikut perangkaan Google trend,,Rakyat Malaysia menduduki tangga kelapan didalam mencari maklumat mengenai laman web lucah serta pornografi.
Peningkatan mereka yang mampu memiliki komputer serta jalur lebar sendiri akan semakin berkembang.Malah,sasaran kerajaan untuk meningkatkan mereka yang memiliki jalur lebar adalah 50% pada akhir tahun ini.Ini bermakna akan terdapat peningkatan yang mendadak sehingga hujung tahun ini.
Kajian yang dilakukan olehcpenyelidik Institut Pengajian Sains Sosial mendapati 22%remaja melayu gemar melayari laman Web lucah sama ada dirumah atau di cybercafe(Berita Harian Metro-24 ogos 2010).
Apakah yang akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung?Pembuangan bayi dimerata tempat,seks bebas malah pergaulan bebas.Ini akan menjadikan generasi muda yang kita harapkan akan memimpin negara kita satu masa kelak menjadi musnah.Segala harapan bangsa akan hancur sekiranya ianya berterusan.
Apakah peranan Kerajaan didalam mengawal gejala ini.Kerajaan berusaha untuk meningkatkan peratusan mereka yang mampu memiliki Jalur lebar,akan tetapi mengabaikan tanggungjawab sosial kesan dari peningkatan itu.Sepatutnya Kerajaan menetapkan syarat kepada semua pengendali Jalur lebar DiMalaysia seperti Celcom,Digi,Maxis,P1 serta Streammyx untuk melarang serta mengenakan sekatan sekiranya ada pelanggan mereka yang melayari laman web lucah.Hal ini tidak mustahil.Lihatlah Republik China,mereka sedar akan keburukan ini,kerana itu mereka melarang Google beroperasi dinegara mereka.
Kita sedar Kerajaan mampu serta berkuasa didalam menguatkuasakan peraturan ini,akan tetapi bagi pengendali Jalur Lebar,ini akan mengurangkan bilangan Pelanggan mereka.Ini kerana Pelanggan merasakan mereka tiada kebebasan didalam melayari Internet.Usah fikirkan soal keuntungan semata-mata.
Bagi pihak ibu bapa,Mereka boleh mengenakan sekatan seperti melarang anak-anak mengunakan komputer selepas lewat malam,malah mengenakan Pasword bertujuan melarang anak-anak mengunakan komputer secara senyap-senyap.Amalan membiarkan anak-anak mengunakan komputer,malah menyimpan serta mengunakan komputer di bilik anak-anak tanpa pengawasan akan membawa padah.
Kesimpulan ,kesemua pihak harus bertanggungjawab didalam mengawal sebaran Pornografi ini.Kemajuan tidak dapat dielak serta ditolak,akan tetapi boleh dikawa.Kita tidak mahu generasi muda yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara memiliki Akhlak yang buruk.
Apa pendapat Kawan-kawan semua,terutamanya yang memiliki anak kecil?Saya sedar anda juga memikirkan serta risau mengenai peningkatan ini.Remaja serta anak-anak zaman sekarang amat cepat matang,malah kemampuan mereka untuk mencari maklumat Pornografi seringkali tidak terfikir oleh kita.
No comments:
Post a Comment