nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday, 2 December 2013

10 Billionaire,satu persamaan Nasihat

As salam semua.Billionaire...Sebut sahaja perkataan itu,kita semua tahu ianya bermaksud orang yang sangat kaya,yang memiliki banyak angka Kosong di belakang ceknya.....

Sebut sahaja Bill Gates,Donald Trump,Warren Buffet dan lain-lain,kesemua mereka ini memiliki empayar perniagaan yan luas dan berbeza.Namun merela ini berkongsi Falsafah kewangan yang sama.Falsafah inilah yang membezakan mereka dengan orang miskin.



Kita semua sedar bahawa untuk menjadi kaya,kita harus bekerja keras untuk mencari wang,melaburkannya dan membuatkan wang bekerja untuk diri kita.Namun ramai yang gagal kerana mereka tidak mengetahui falsafah ini.Mereka bekerja 24 jam sehari,365 hari,melaburkan wang mereka di dalam intrumen pelaburan dan lain-lain,namun hasil yang mereka perolehi sangat mengecewakan.Ini kerana mereka tidak mengetahui Falsafah yang di pegang Billionaire.

Falsafah Billionaire yang sebenarnya ialah ketahui segala-galanya kemana wang anda pergi.Kenapa mereka bersikap demikian walhal mereka sudah memiliki banyak wang?Ini kerana dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,apa yang mereka belanjakan untuk wang mereka,mereka tahu sama ada ianya berbaloi atau tidak,untung atau rugi,jimat atau boros.

Cuba bayangkan kita berniaga.Kita membeli 100 unit set kerusi yang satu berharga rm200,sedangkan di tempat lain kita mampu mendapatkannya dengan harga RM 50 seunit.Bayangkan berapa banyak kita dapat menjimatkan wang.Contoh yang kedua ialah kita melaburkan wang kita di dalam instumen Dana unit Amanah.Namun adakah kita benar-benar mengetahui kemana wang kita pergi?Kita cuma tahu membiarkan sahaja pengurus unit Amanah yang menggandakan wang kita,dan kita hanya duduk bergoyang kaki menunggu dividen dan keuntungan di hujung tahun.Tiada diantara kita yang berminat untuk mengetahui kemana wang kita pergi bukan?

Inilah perbezaan orang miskin dengan Billionaire.Orang Miskin berusaha untuk menjadi kaya,namun mereka tidak berminat mengetahui kemana wang mereka pergi.Jauh sekali dengan Billionaire.Dengan mengetahui kemana wang mereka pergi,Mereka dapat mengawal untung rugi,risiko pelaburan dan kemudian memaksimumkan keuntungan mereka.Sebab itu mereka semakin kaya.,dan orang miskin semakin miskin.

Ini kerana orang miskin tidak berminat tentang perjalanan kewangan mereka sedangkan orang kaya melihat peluang yang besar di dalam aliran perjalanan kewangan ini.

Sekian,Sharing Is Caring....

Thursday, 24 May 2012

Menjadi kaya dengan SUBSIDI kerajaan

Salam semua.Semua oran ingin kaya.Malah orang kaya pun nak lebih kaya lagi.Di malaysia bumi yang bertuah ini,ramai yang menjadi kaya kerana Subsidi kerajaan.Subsidi Petrol,Gas,Beras,Subsidi Yuran Pelajaran anak-anak,elektrik,Pos dan bermacam-macam lagi subsidi.

Iyer,di Malaysia ini paling banyak Subsidi.Tapi siapa yang paling untung dan kaya kerana Susidi ini?Peniaga-peniaga.Yang buka kedai makan untung kerana bil elektrik,air,gas,minyak semuanya disubsidi.Yang buka kedai itu untung Subsidi ini,Subsidi itu.

Bil hospital,ubatan rawatan pun disubsidikan kerajaan.Yang miskin kaya pun dapat hak sama rata. Rakyat biasa juga turut mendapat untung dari subsidi kerajaan.Namun ada juga yang terlebih pandai,mahukan semuanya FREE.Jika semuanya mahu Free,macamana nak beri subsidi lagi jika kesemua pendapatan negara habis kerana bayar bil anda semua?

Kita semuanya sedar manusia ini tidak akan puas,ada sahaja yan ingin dimintanya.Jika diberi FREE,macamana kita nak berusaha tingkatkan pendapatan kita.Alah semuanya free,buat aper aku kerja keras.Ini sikap orang malas.Jika dia rasa pendapatan dia tidak mencukupi,dengan FREE maka pendapatannya akan mencukupi,ianya salah.Ini kerana NAFSU BERBELANJA pasti akan datang.

Sebab itulah orang berkata,mencari duit sangat susah,namun membelanjakannya amatlah senang....
 


Tuesday, 8 May 2012

Ramai Kawan FB Popularkah Anda?

Salam semua.Disaat ini saya perhatikan ramai diantara kawan-kawan saya yang asyik meng-ADD kawan baru yang baru mereka kenali di FB.Sama diri sendiriyang mencari,atau orang lain Add mereka.Namun yang menjadi persoalan,Mampukah Perkenalan serta persahabatan terjalin?

Meng-ADD ramai kawan sudah menjadi trend.Ini kerana semakin ramai Kawan diFB,mereka boleh Menunjuk-nunjuk serta berbangga.Ini men gingatkan saya pada Budaya pada Blog iaitu U follow me,I follow u.Namun jika Follow hanya untuk menambah Follow atau mencantikkan RUANGAN FOLLOWER,pastu terus Blahhhh buat apakan?

Cuba bayangkan anda Online FB,Buka saja wah berpuluh-puluh member sedang Online,namun jika yang anda kenal hanya sekerat jer,apa gunanya.Anda hai,hye,Apa khabar,salam perkenalan pada mereka xmemngkinkan mereka melayan anda.So berbaloi ker ramai kawan dlm FB?


P/S-Kawan fb ku hanya Khas untuk kawan semasa ku menuntut,dan sekerja.Bukan untuk mereka yang ku baru kenali melalui FB.

Anti-Virus-Free atau Berbayar mana yang terbaik

Salam semua.Baru-baru ini seoran rakan saya telah membeli sebuah Laptop.Laptop walaupun mahal ianya mengunakan Avira antivirus Free.Sama juga dengan saya sewaktu mulamula membeli laptop ni.Setelah 2 tahun memiliki laptop,menerusi pembacaan dan Pengalaman,maka saya ingin kongsikan mana yang terbaik menggunakan Anti-Virus Free atau Berbayar.

Soalan:Sekiranya anda jenis yang menggunakan Internet,internet anda hanyalah Facebook,twitter serta amat jarang Muat turun,malah anda tidak main Game Online maka Anti-Virus Free berbaloi untuk anda.

Soalan:Sekiranya sebaliknya,anda banyak muat turun lagu,perisian,main game Online,itu ini maka anda WAJIB mendapatkan Anti-Virus berbayar kerana ianya jauh lebih Power dari yang percuma.Ini kerana Anti-Virus percuma tidak mampu menapis bakteria,kuman mahupun Virus trojan,malicius dan pelbaai nama lagi.Bukankah namanya Free,maka perlindungan Internetnya juga terhad.

Anti-Virus Berbayar MAHAL.Jawapannya ianya tidak mahal berbanding sekiranya anda terpaksa memformat atau memperbaiki Laptop anda sekiranya diserang Virus.Lebih dari itu,segala data dan makluamat peribadi anda akan dilindungi.

Bilakah masa terbaik membeli Anti-Virus Berbayar?Jawapannya semasa PC Fair atau Ekspo Komputer.Pada masa itu segala harga Perisian AntiVirus berbayar akan jatuh menjunam.Jadi segeralah dapatkan Anti-Virus anda.

Friday, 4 May 2012

Awas!Pembunuh Blog berleluasa....

Salam semua.Apa khabar.Sekarang ini kesemua penulis blog harus berhatihati kerana terdapat PEMBUNUH BLOG.Pembunuh ini akan mematikan apa jua blog sama ada penulis aktif mahupun Pasif.


pembunuh Blog-pinjam Gambar Google

Pembunuh ini tidak dapat dikesan mahupun ditangkap dan di dakwa kerana tiada rang Undan-undang mengenainya.Pembunuh ini hanya ada satu nama sahaja,satu nama yang sinonim dengan satu Sifat. Pembunuh itu bernama KEMALASAN.Inilah Pembunuh Blog terhebat.yang saban tahun membunuh Kebanyakan Blog.Apabila Pembunuh ini datang,apa sahaja minat serta idea untuk menulis akan dihapuskannya.Sungguh merbahaya dan canggih pembunuh ini.

Saya pun selalu berhadapan denan pembunuh ini dan selalu tewas pada Pembunuh ini.Sungguh hebat teknikteknik Pembunuh ini.Anda bagaimana,Apakah yang anda lakukan apabila berhadapan Pembunuh ini?

Tuesday, 13 September 2011

6 Sebab xlogik untuk Telco Naikkan Cukai

Salam Semua.

Walaupun Telco menangguhkan keputusan menaikkan Caj Cukai 6%,namun itu hanya bersifat SEMENTARA.Lambat Laun pasti akan dinaikkan Cukai itu.Saya memberi Sebab Kepada TELCO kenapa tidak Munasabah menaikkan Caj itu.

1-Telco dapat banyak untung kerana Hampir semua rakyat Malaysia memiliki Handphone.Malah sekarang ini pun Ramai yang memiliki lebih 1 Handphone.Memang Kos membeli Prabayar Murah,Namun RM 10 Call sekejap jer dah Habis Kredit

2-Telco kenakan Caj 5%,namun Ramai peniaga yang menaikkan Harganya.Dari Top up RM5,kena bayar Lebih 0.50sen,Jadi Penguna terpaksa membayar Lebih.Bila Telco menaikkan Caj 6%,Topup RM10 menjadi RM11.Bukankah Melampau Ini?

3-Miss Call ataupun Nombor yang anda Dail tidak Dapat dihubungi pun kena Caj 0.30.Jauh lebih mahal dari Call Seminit sedangkan Miss call cuma beberapa Saat saja.Senang Sungguh Telco potong Kredit Penguna.

4-Perkhidmatan Telco pun bukannya Bagus Sangat.Kadang-kadang itu Mesej Pukul 10,Sampai 10.20.Line pun selalu Lembap.Ni naikkan Cukai?

5-Iklan HARAM pun selalu muncul di Handphone pengguna.Rimas sungguh,dimana PRIVASI Penguna.Telco hari-hari hantar IKLAN,langgan itulah,MMS itulah,Ringtone itulah,Belum ditambah lagi Iklan orang Lain seperti TOTO lah,dot dot dot

6-Banyak sunguh Pelan Penjimatan,Hot Tiketlah,itu lah,Tapi bila gunanya sekejap saja dah Habis.Penjimatan Apa bila sekejap saja dah Habis?


 So,Telco,jangan nak naikkan Caj cukai itu,Jangan difikir sekali-kali.Anda telah Banyak mendapat Keuntungan.UPRADE PERKHIDMATAN ANDA,JANGAN KENAKAN CAJ PADA MISS CALL DAN LAIN-LAIN,PELAN PENJIMATAN PUN MESTILAH BENAR-BENAR JIMAT,BUKAN INDAH DARI RUPA SAJA.

Sunday, 11 September 2011

911,Penipuan Yahudi berterusan memperdaya

Salam Semua.Hari ini genaplah 10tahun peristiwa 911.Pada hari ini,menara berkembar PWTC Amerika diserang 2 buah kapal Terbang dan mengorban nyawa Rakyat Amerika.Peristiwa inilah yan menyebabkan Dunia Barat memusuhi Umat Islam.

Atas Peritiwa ini juga,Amerika MENJAJAH dan MENGANYANG Afghanistan.Atas Peristiwa ini juga,Atas ALASAN SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN,Amerika menakluk IRAQ.Saddam Hussein dan Osama Laden sudah pun Mati,Namun dimanakah Bukti Penglibatan Umat Islam?

Setiap Tahun,Rakyat satu Dunia bersimpati dan berkabung mengenang Peristiwa ini.Mereka menangisi Nyawa RAKYAT AMERIKA yang terkorban,namun SIAPA yang MENANGISI Nyawa Saudara Kita yang dibunuh Amerika di Afghanistan?Buka Paper,Buka Discoveri berlambak cerita,semuanya memaparkan kesedihan dan kedukaan Rakyat Amerika yang menangisi saudara mara mereka yang terkorban,namun Adakah Nyawa Rakyat Afghanistan Tidak harus DITANGISI?

Steven Spielberg telah menghasilkan satu Dokumentari mengenai Peristiwa ini,memaparkan semangat mereka untuk bangkit dari peristiwa ini,memaparkan kesedihan,namun tiada siapa yang membuat Dokumentari mengenai Kekejaman Tentera Amerika menakluk Iraq dan Afghanistan.

Terlupakah kita mengenai penderitaan Tahanan Rakyat Afghanistan Di Penjara Abu Gharib?Mereka diseksa,diseksa, diseksa,namun tiada satu pun Pengarah Terkenal Amerika yang inin membuat Dokumentari menenai peristiwa ini.

Mengapa pula Rakyat Malaysia harus menangisi,mengapa pula harus ASTRO memaparkan Dokumentari mengenai 911 Sedangkan banyak Fakta mengenai peristiwa ini masih Samar-samar?Mengapakah Akhbar Malaysia memaparkan peristiwa ini,sedangkan mereka juga sepatutnya memaparkan peristiwa kekejaman Amerika?

Tidak harus dikenang peristiwa yang lalu.................








Saturday, 10 September 2011

I'm Be Back

Salam Semua.Sudah lama sangat rasanya tidak update blog ini.Malah dah bersarang dan berhabuk blo ini.Iklan Haram pun banyak yang keluar di Chatbox Blo ku ini.Ini kerana kegagalan diriku untuk memeriksa Serta mengemas kini Blog ini.Maaflah kerana Penulis telah pun bekerja Di sektor Kerajaan.

Sejak Penulis bekerja Di Sektor Kerajaan,Perasaan malas bermaharajalela.Buka saja Laptop,Idea pun Hilang.Buka saja Laptop,Mood Pun Terbang.Itu pasallah blog ini berhabuk sekarang.Namun baru-baru ini,banyak peristiwa berlaku,Dalam dan luar Negara yang membuatkan Penulis terdetik untuk memberi komen mengenai Peristiwa itu.Tidak salah rasanya memberi Pendapat peribadi.Harap sama-sama kita berkongsi pendapat...

Okey,bersambung nanti.Insya.alah pasti bertemu lagi...sekian

Friday, 17 June 2011

Gambar Mangsa Kekejaman Manusia


Gambar Mangsa Kekejaman Manusia........Dimanakah Sesuatu Yang Nenek Moyang Kiter sebut Perikemanusiaan?














Gambar Dapat Dari Seorang Kenalan Facebook saya.Sama-sama kita renungkan....


Terima Kasih Puan,Kerana Puan,Saya menjadi Bilionaire

Salam semua.Kehidupanku memang kais pagi makan Pagi,makan Petang,Namun segalanya Cukup,tidak ada kekurangan.Namun tidak dipinta,datang Rezeki yang Besar Kepadaku.Aku akan Mewarisi Harta yang Agak Besar.Terfikir di Otak,First apa yang Patut aku Beli,Adakah aku patut beli Banglo yang berharga Jutaan Ringgit Atau Beli Kereta Bugatti yang berharga hampir 5Juta Ringgit Malaysia?

 

Ada Seorang Puan,ingin mewariskan Hartanya kepadaku.Disini aku Copy dan Paste Emailnya kepadaku.

SalamAlaikum I am MRS Zainab HARUN fomr Libya. I am married to Late Mr. ABDUL RAHIM HARUN blessed memory, an oil explorer in Libya and Kuwait for twelve years before his death in year2000.We married for twelve years without a child. He died after a brief illness that lasted for only four days. Before his death we were both devoted Muslims. Since his death I too have been battling with cancer and fibroid problems. When my husband finally was alive he deposited the sum of $ 18 0.5 million (eight-teen Million, Five Hundred thousand United States dollars) with a security company overseas. Recently, my doctor said I have only six months to live due to cancer problem. Though what disturbs me most is my stroke sickness. Knowing my condition I decided to donate this fund to either a Muslim organization or devoted Muslim individual to use this money, I'll tell you here is how to get the background. I want this Muslim organization or individual to use this money in all sincerity to fund mosques, orphanages, widows and also propagating the word of Allah and to ensure that the company respects the opinions and beliefs of the Holy Quran. The Holy Quran emphasizes both the benevolence of the wing.And this has been encouraged to take the courageous step. I took this decision because I have any child that will inherit this money and my husband relatives are Christian converts and do not want a situation where this money will be used so unholy. Therefore, the reasons for this bold decision. I know that I'll die with wings the most beneficial and the most merciful. I do not need any telephone communication in this regard because of my health due to the presence of my husband's relatives around me always. I do not know about this development. With wing all things are possible. As soon as we receive your reply I shall give the contact information society and the country abroad, where he deposited the money. It will also issue a letter of authority to authorize the said company background must be bequeathed to you and a copy of this authorization will be sent to you. I want you and the Muslim community, where you reside to always pray for me. My happiness is that I lived a true devoted Muslims worthy of emulation. Wing who want to serve must serve him in truth and justice. Please always be prayerful throughout your life. Any delay in your reply will give room in shopping for a Muslim organization or a devoted Muslim for this same purpose. Until I hear from you, my dreams will rest directly on his shoulders. May Almighty Allah continue to guide and protect you, here is my private mail: (zainabharun55@gmail.com).

Terima Kasih Puan.Dari Berbilion Orang di Dunia,Saya yang Dipilih.Namun Simpan sajalah Harta,sebab AWAK NI PENIPU.Hanya ORANG yang BODOH serta TAMAK sahaja yang akan TERPEDAYA.Lagi Satu,Jangan MEMBABITKAN ALLAH dan AL-QURAN.Nak menipu tu,Jangan dibabitkan Agama.Dilaknat nanti.....Assalamualaikum pun tulis dia Tulis Xbetul.

Sekali Lagi Saya mengucapkan Terima Kasih Puan,Kerana Penipuan Puan membuatkan saya Tersenyum didalam Mimpi,,,,,Bermimpikan berumah Banglo,Kereta Mahal serta BERBINI ARTIS.....Cewahhhhhhh.....Perasan ko ni hahahahah....






post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails