nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 23 August 2010

Pekerjaan anda sekarang tidak akan wujud dimasa depan.

Adakah pekerjaan anda selamat?Tidak.Kenapa pulalah saya mengatakan pekerjaan anda tidak selamat?betul,pekerjaan anda sekarang tidak selamat.

Tahukah anda apa yang menyokong pendapat saya tentang tajuk ini.Ada 2 sebab yang menyokong teori saya ini
  1. Kemajuan Teknologi
  2. Kehabisan sumber alam semulajadi


Kemajuan teknologi

kemajuan teknologi masa kini tidak dapat dihalang lagi.Apa yang suatu ketika dianngap mustahil,satu demi satu mula direalisasikan.Mengambil satu contoh Pengklonan.Pengklonan satu masa dahulu heboh diperdebatkan,Kemunculan dolly klon seekor kambing biri-biri mencetuskan keributan pada agama dan politik.

Tetapi itu dahulu,sekarang pengklonan telah mula beransur-ansur diterima.Pengklonan organ manusia seperti cuping telinga serta sel-sel kulit manusia mula dijalankan.Malah sekarang sel stem pula diperkatakanSel stem lebih kontroversi berbanding klon.Ini kerana sel stem diambil daripada embrio manusia yang mula terbentuk.Tanpa sel stem ini,embrio ini tidak dapat menjadi manusia,lalu mati.

In cumalah salah satu contoh teknologi.Okey,beralih kepada pekerjaan,apa pula kena mengena teknologi dengan pekerjaan.Ambil satu contoh,KERETA. Apa yang anda harapkan daripada kereta masa depan.Tentu ramai yang berangan mahu kereta yang dipandu sendiri oleh komputer,masuk je,cuma perlu cakap nak kemana,kereta terus on ke tempat tujuan.Dah kereta tu dipandu komputer,bolehlah duduk tengok tv ,lain-lain.

Dah kereta mampu jalan sendiri,itulah kebaikannya,Tetapi keburukannya? dah kereta mampu jalan sendiri,Siapa nak mengupah pemandu peribadikan?jadi driver-driver pemandu peribadi tidak diperlukan.Beralih kepada konteks lebih besar,kalau bukan kereta saja,tetapi lori,kapal terbang,keretapi dan lain-lain juga dah automatik?Maka lebih banyak pekerjaan akan hilang dimasa depan.Tiada lagi pemandu lori,pemandu teksi,pemandu bas serta bermacam-macam lagi istilah pemandu.Berapa banyak pekerjaan pemandu tidak wujud lagi dimasa depan.Iyelah,komputer mampu kerja 24jam tanpa rehat daripada manusia.Kalau kita jadi pemilik syarikat teksi,buat apa nak amik pemandu manusiakan,baik amik robot,tidak perlu dibayar gaji pada robot.

Dah kereta automatik jugakan,siapa lagi nak amik lesen memandu walhal komputer uruskan semuanya.Jadi apa gunanya sekolah-sekolah memandu.Betul x?

Ini cuma satu contoh je teknologi.Dimasa hadapan,bermacam-macam teknologi akan menjelma.Sudah bersediakah kita ?


Kehabisan sumber alam semulajadi

Petrol habis?gas habis?Buat apa nak peduli,masa depan kereta pakai letrik,mana ada pakai minyak,gas.Betul tetapi bila dah ada kereta elektrik,minyak tiada,buat apa pula nak buat stesen minyak.Cas kereta kat rumah pun boleh.Jadi tak perlulah cashier,pam atendan minyak serta pekerja am stesen minyak.Xda lagi penghantaran minyak ke minyak,juga tiada gunanya pelantar minyak didunia.Nak buat apa lagi kita perlukanjurutera minyak,pencarigali minyak,pekerja pelantar?Berapa banyak pekerjaan yang akan hilang di masa depan hanya kerana kehabisan sumber minyak?


Jadi kawan kawan,beringatlah semua.Ini cuma sedikit contoh jer tentang pekerjaan yang mungkin hilang atau tidak wujud di masa depan.Walaupun mengambil masa,katakan 20tahun .Sekarang umur kita 27 tahun,bila 20 tahun berlalu,kita semua baru 47 tahun,belum mencapai had umur bersara kawan-kawan.Apa nak buat bila kita kehilangan kerja dimasa itu....Bersediakah anda kawan-kawan?

6 comments:

  1. betul jugak ni. ramai orang buat tak kisah jer... anak2 cucu2 kita nanti yg jadi susah...

    ReplyDelete
  2. nampaknya idea yang dilontarkan bernas sekali.lepas baca baru nampak impak nya di masa depan.elok juga ada nuklear sebagai sumber tenaga di masa depan.boleh ganti minyak.jadi boleh bersedia untuk terima teknologi baru.

    ReplyDelete
  3. tukang kebun pun dah tak de kot..huhuhu
    sbb kebun dah tak der..

    ReplyDelete
  4. @sopem,kite kena fikirkan impaknya.zaman sekarang pun generasi muda tidak berminat untuk berladang,mungkin dimasa depan robot yang mengantikan pekerja manusia.jadi mereka yang tidak dapat mengejar kemajuan akan tercicir.

    ReplyDelete
  5. @cik aninuklear memang bagus,tetapi bila wujud sumber tenaga baru,sumber yang tidak boleh diperbaharui akan hilang.Bayangkan berapa ramai yang akan hilang pendapatan nanti.

    ReplyDelete
  6. @papabearsebab itu amat penting bagi kita ibubapa untuk memikirkan apa yang akan berlaku dimasa depan.contohnya anak kita mahu jadi jurutera minyak,larang dia kerana kita sendiri sedar minyak pasti habis bukan?

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails