nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 23 May 2010

Serba sedikit mengenai penulis blog


Assalamualaikum dan apa khabar.Nama saya Mohammed.Najib Ibrahim.Saya ini OKU kurang pendengaran.Sebagai OKU,memang saya susah mendapat pekerjaan yang baik.Semua pekerjaan yang saya ambil,Gajinya sedikit.Tetapi saya tidak mengalah,sebab saya tahu diluar sana,masih ramai yang mendapat gaji lebih rendah dari saya.

Saya ini minat sangat membaca buku-buku ilmiah mengenai wang,pelaburan,simpanan serta motivasi.Jadi saya ingin sangat berkongsi dengan orang ramai terutamanya yang senasib dengan saya cara-cara mengunakan wang gaji yang sedikit itu dengan bijak.selain membaca,saya juga berfikir mengenai isu-isu semasa.harapan saya dapat menambah kenalan di laman blog saya.

ilmu tidak akan berkurangan walaupun diberikan kesemuanya kepada orang ramai,malah akan beranak pinak,tetapi wang akan berkurangan.Tetapi tahukah anda bagaimana Mengunakan Wang Anda,Cara Mengandakan Wang serta Merancang Masa Depan.Inilah tujuannya blog ini dihasilkan,Untuk mereka yang Berpendapatan Rendah,Dari orang yang Berpendapatan Rendah...

sekian,terima kasih...

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails