nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 24 May 2010

BAGAIMANAKAH MENGUNAKAN WANG ANDA

Ada 2 cara untuk mengunakan pendapatan yang seikit itu dengan bijak.Pertama ialah Simpanan,kedua ialah Insuran/Takaful.

SIMPANAN

Saya ingin memberitahu anda tentang menyimpan wang di bank konvensional.Adakah anda menyimpan wang di bank-bank biasa yang mana walaupun sebanyak mana anda menyimpan,wang anda tidak akan ditambah oleh Bank itu.Ini kerana Bank itu cuma menetapkan kadar pemberian untung cuma 1% sahaja dalam setahun.Berapa banyak 1% itu?Katakan anda menyimpan rm1000 didalam bank,setelah setahun,bank cuma menambah rm1 sahaja.jadi tidak kira berapa lama atau berapa banyak wang yang anda simpan di bank ini,anda cuma mendapat 1%sahaja keuntungan.

Saya mencadangkan serta menyarankan anda menyimpan wang dalam 2 akaun yang mampu menjana wang serta amat kurang risiko kerugian.
  1. Akaun simpanan dari TABUNG HAJI
  2. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA(ASB)


Tabung Haji

Akaun simpanan dari Tabung Haji merupakan cara pertama yang saya cadangkan untuk anda yang baru belajar serta ingin menyimpan.Kenapa saya memilih Akaun ini?Kerana Prinsip perkongsian Islam yang diamalkan oleh Tabung haji.Mengikut prinsip ini,wang yang anda simpan akan dilaburkan didalam instrumen-instrumen yang berlandaskan syariah.

Apabila mendapat keuntungan,pembahagian untung dibahagi sama rata,pembahagian ini dipanggil bonus.Pembahagian bonus dari tabung Haji ini paling rendah adalah 5% setahun(kadar munkin berubah mengikut ekonomi semasa) malah pernah mencatatkan 11% kadar keuntungan.Malah simpanan anda juga berkat kerana wang yang anda laburkan,dibangunkan untuk ekonomi masyarakat islam.




Amanah saham bumiputera(ASB)


PENAGIGAHAN PENDAPATAN 2007-2009

Tahun Berakhir 31 Disember                                           2007        2008            2009

Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)                       8.00         7.00            7.30

Bonus Seunit (sen)                                                         1.00          1.75            1.25



Sumber: Petikan dari laporan tahunan Skim Amanah Saham Bumiputera yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.


Daripada rekod diatas,dapat diketahui bahawa simpanan pelaburan keatas Amanah Saham Bumiputera mendapat kadar sehingga 7% setahun tidak termasuk bonus.Bayangkan sekiranya wang yang disimpan di akaun konvensional yang mendapat keuntungan cuma 1% saja,berapa banyak yang anda telah rugi.

Seorang kawan saya selalu memberi alasan bahawa modal yang diperlukan untuk membuka akaun ASB ini ialah RM1000,tidak dapat mengumpul sedangkan sekiranya sekiranya dia mengumpul RM1000,setiap tahun dia akan mendapat keuntungan.Tetapi tahun demi tahun,modal yang diperlukan tidak juga dikumpul,sedangkan kadar keuntungan semakin meningkat.Berapa banyak yang ia rugi kerana menanguh masa untuk melabur.

Soalan yang sering orang fikirkan,sekiranya melabur dalam asb,bolehkah keuntungan asb dalam setahun dikeluarkan?Jawapannya boleh,tetapi saya tidak mengalakkan.Ini kerana sekiranya anda mengeluarkan keuntungan,tetapi tidak menambah atau membiarkan saja  modal pelaburan asas,maka wang itu tidak dapat berganda.Biarkan wang itu beranak pinak.walaupun susah kesempitan wang,jangan disentuh wang itu,kelak wang itu akan beranak pinak dengan banyaknya.Insyaaalah.

ASB ialah saham tajaan kerajaan Malaysia yang dilaburkan atas dasar seimbang yang mempunyai harga tetap RM1.Ini bermakna,modal pelaburan anda dijamin oleh KERAAJAAN dan tidak terlibat dengan turun naik sepertimana saham ekuiti yang lain.Dana ini sering memberikan dividen dan bonus yang lebih konsisten dan tinggi dari simpanan lain.Bayangkan,tiada BANK yang terkemuka yang MAMPU MEMBERIKAN JAMINAN.fikirkan.....

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails