nuffnang

mereka yg kuhargai

Saturday 22 May 2010

tips bijak menguruskan wang anda

Gaji bersih rm700,tetapi tidak menghadapi masalah kewangan,mustahil bukan,Hakikatnya boleh.saya yakin ramai yang diluar sana menerima gaji dibawah rm1000.Saya juga begitu,tetapi saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak mengunakan pendapatan yang kecil ini dengan bijak.

Biar saya tanya anda satu soalan,Adakah anda bekerja untuk Wang,atau Wang bekerja untuk Anda?Keliru bukan?Memang kita bekerja untuk wang,tetapi dapatkah wang bekerja untuk kita?Jawapannya boleh.Bagaimana?


  1. SIMPAN UNTUK DIRI ANDA DAHULU,BARULAH PERBELANJAAN
  • Mengapa kita perlu menyimpan dahulu,baru perbelanjaan dibuat sedangkan ada banyak bil-bil,perkara yang harus dibayar?Kita harus membayar diri kita dahulu kerana sekiranya kita membayar bil-bil serta kegunaan lain,besar akibatnya kita akan terlupa untuk menyimpan.Hal ini tidak mustahil kerana ada pelbagai godaan serta perkara yang akan terjadi.Berapa banyak yang perlu disimpan?10%dari pendapatan anda.Katakan pendapatan bersih kita rm700,maka jumlah simpanan adalah rm70.Katakan anda menyimpan rm70 selama setahun,berapa jumlah simpanan anda,rm840.Jika anda menyimpan rm70 selama 10 tahun yang lalu,anda akan memiliki simpanan sebanyak rm8400.jadi bayangkan berapa banyak yang kita rugi hanya dengan menyimpan cuma rm70 didalam bank.
2. Kurangkan perbelanjaan

  • Buat satu senarai ,saya cadangkan anda sediakan pen,kertas dan kalkulator.Tuliskan segala jenis perbelanjaan anda dalam sebulan seperti beri kepada ibu bapa,astro,bil telifon,rumah sewa dan lain.Kemudian cuba fikirkan yang mana boleh dikurangkan.Contohnya sekiranya bil anda makan diluar senasa rehat ialah rm200 sebulan,bolehkah anda mengurangkannya sehingga rm150 sebulan.Pastikan juga langkah sekiranya dikurangkan perbelanjaan,maka anda boleh membawa bekal ke tempat kerja
3.Berhenti berhutang
  • Duit dah tiada,tapi kenapa hendak berhutang,tahukah anda BERHUTANG adalah sejenis penyakit?berhutang dibolehkan,tetapi sebelum berhutang,anda seharusnya memikirkan juga mampukah diri membayar balik hutang ini.Katakan kita hendak meminjam rm 50 dari kawan kerana kekurangan wang,maka dari saat anda hendak mmeminjam,anda haruslah bertekad untuk membayar hutang itu,Ini kerana sekiranya tiada kemampuan untuk membayar,maka akan tidak akan mampu membayarnya,malah terjerumus didalam penyakit hutang
4.Berhenti merokok.
  • tahukah anda seribu satu bahaya merokok.Merokok bukan sahaja membahayakan,malah membakar wang anda.Ambil contoh seorang perokok membelanjakan sebanyak rm70 sebulan untuk membeli rokok(yang paling murah),dalam setahun duit sebanyak rm840 telah dibazirkan,10tahun sebanyak 8400,20tahun sebanyak rm16,800 telah dibazirkan.Berapa banyak yang boleh dibeli dengan wang itu?Banyak bukan?

Ramai yang tertanya kenapa nak menyimmpan cuma rm70,sebulan rm 70 tidak mampu membeli apa-apa,tetapi apabila mereka menetapkan standart simpanan yang lebih,mereka kerap kali gagal.Jadi untuk permulaan,Simpan 10% dari gaji anda dahulu.Pepatah mereka yang bijak dalam kewangan,jika wang yang sedikit pun kita tidak mampu menyimpan,apatah lagi jika kita merancang untuk menyimpan dalam jumlah yang besar.

Hidup sehari-hari memerlukan wang.Bagi golongan pekerja seperti kita yang berpendapatan rendah,Kita cuma mampu merancang.tetapi tanpa rancangan yang tepat,wang yang sedikit habis begitu sahaja.Memetik kata-kata seseorang penerbit buku,bukan jumlah yang menjadi ukuran,tetapi KEMAHIRAN MERANCANG.Orang kaya jutawan juga pasti akan mengalami masalah kekurangan wang sekiranya tidak bijak merancang.

5.Bersedekah
  • Harta ini bukan milik kita seorang,saya pernah membaca cerita tentang seorang pemuda yang cuma ada seringgit sahaja.Dengan wang itu,apalah yang dapat dibeli walhal ank-anak dirumah kelaparan.Dia pun keluar meninjau mencari kerja.Puas dicari tidak dapat,hampir putus asa dirinya.Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah menghampirinya,merayu diberikan wang untuk membeli makanan.Hatinya berbelah bagi,jika diberi kepada pengemis,anak-anak akan kelaparan,tetapi fikirannya mengatakan dengan seringgit itu apalah yang boleh dibeli,lalu memberikan kepada pengemis itu.
  • Tidak lama kemudian,hujan pun turun dengan lebatnya,mencari ia tempat berteduh.Akhirnya dapat juga ia tempat berteduh iaitu di depan sebuah kedai makanan.Terlihat ia akan iklan kerja kosong,terfikir juga hatinya untuk mencuba,tetapi basah-basah begini,mungkin akan ditolak.
  • Apabila memikirkan anak-anak,dikuatkan hati mencuba,hasilnya?ia bukan sahaja mendapay kerja malah mendapat wang gaji satu hari untuk ia membeli makanan.Pernahkah anda mendengar cerita ini?Memanglah tidak pernah,saya pun tipu saja,tetapi ingatlah "Setiap apa yang dibelanjakan ke jalan kebaikan pasti akan dibalas berlipat kali ganda oleh Allah,setiap rezeki itu datangnya dari Allah".




2 comments:

  1. Lagi 1...simpanlah wet dalam ASB... Dan join lah EASY-RHB...memang berbaloi..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails