nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday 4 August 2010

10 perisian wajib dimiliki untuk pengguna internet baru

Apa khabar,disini saya ingin berkongsi maklumat terutamanya kepada penguna internet baru.Pasti anda tercari-cari perisian yang mampu membantu anda didalam melayari internet bukan,juga mampu memberi perlindungan kepada komputer anda.Disini saya sertakan 10 perisian wajib dimiliki untuk pengguna baru.



1.free download managerfree download manager



Perisian ini mampu memberikan perbezaan sekiranya anda memuat turun sesuatu data di internet.Ini kerana perisian ini mampu mempercepatkan kelajuan serta memendekkan masa anda memuat turun.Paling penting,sekiranya semasa anda memuat turun berlakunya masalah seperti line terputus atau anda tidak mahu menyambung muat turun pada masa itu,maka free download manager mampu membantu.Ini kerana ianya menyimpan segala maklumat data anda.Jadi hanya klik butang sambung,ia akan meneruskan muat turun baki yang tinggal tanpa perlu mengulang semula muat turun.Amat mudahkan.

2.Avira personel free Anti-Virus


Perisian Anti-Virus ini adalah bersifat freeware iaitu tiada sebarang bayaran yang dikenakan.Perisian ini adalah antara yang terbaik,serta mampu memberikan perlindungan kepada komputer anda.Berbanding dengan anti-virus lain yang bersifat freeware,tetapi cuma memberikan tempoh 30hari saja untuk anda mencuba,Avira Anti-Virus personel ini memberikan anda masa sehingga 1tahun,malah anda boleh menyambung lagi selama 1tahun secara percuma.Apa yang penting,anda seharusnya sentiasa mengupdate perisian Avira anda ini di laman Webnya.Insyaalah,anda pasti kagum dengan prestasi Avira ini.

3.Avira removaltoolavira removal tool


Berbanding dengan Avira Anti-Virus personel.Avira removaltool ini berfungsi untuk menyingkirkan serta membunuh segala jenis virus,malware serta cecacing yang mungkin menjangkiti komputer anda.Ia sama seperti pembunuh upahan anda ,tetapi didalam komputer.Apabila sesuatu virus dikesan di komputer anda,Avira Anti-Virus personel akan mengkuarantinkannya serta membunuhnya.Walaubagaimanapun,ada virus serta malware yang lebih besar serta degil untuk dihapuskan.Jadi inilah kegunaan Avira removaltool ini.

4.Mozilla firefoxmozilla firefox



Mozilla firefox adalah satu pelayar internet,sama seperti google.akan tetapi mozilla firefox ini lebih pantas capaiannya serta amat jarang mengecewakan.Berbanding pelayar lain,Mozilla firefox dilengkapai perisian Anti-virus tersendiri dimana ianya mampu mengesan sebarang virus yang mungkin terdapat didalam laman web yang anda ingin lawati,dan memberikan anda amaran awal.Ini meminimunkan risiko komputer anda dijangkiti virus.

5.google cromegoogle crome


Perkenalkan google crome.Google crome ini juga adalah pelayar web paling terbesar di dunia ini,dilawati hampir 30juta pengguna internet sehari.Terdapat banyak kemudahan didalam google crome,antaranya anda boleh menambah laman web yang anda sukai didalam google crome,jadi setiap kali anda melayari google crome,laman web anda itu akan teru terbuka bersamanya.Malah seperti mozilla,google crome juga memberi anda capaian muat turun yang lebih pantas.

6.Xilisoft youtube download

anda gemar melayari laman youtube,menonton video di youtube seperti klip lagu,tetapi hampa kerana tidak tahu cara memuat turun.Ini jawapannya kepada persoalan anda.Bersifat freeware.ianya percuma.Amat mudah sekali memuat turun video kegemaran anda.Jadi jangan ketinggalan selepas ini.

7.iwisoft video converter


Anda memiliki gajet seperti psp.ps3,xbox,ipod?ingin tahu bagaimana anda dapat menonton video kegemaran anda di gajet anda.Muat turun perisian ini.Masih lagi percuma,ia mampu membenarkan anda menonton video di gajet anda.Ia berfungsi menukar format video yang ingin anda lihat kepada format gajet anda.

8.upload 4share

pelayar ini mengandungi hampir berjuta-juta lagu,video,games,perisian serta ebook.Anda boleh memuat turun tanpa had kandungan didalamnya.Semudah itu.


9.c-cleaner

inginkan perisian yang mampu membersihkan segala sampah didalam komputer anda,ingin menghapuskan sebarang jejak internet anda seperti history anda,laman apa yang dilawati,serta membuang sampah di recycle bin dengan berkesan.C-Cleaner direka untuk berfungsi seperti itu.Ianya hanya mengunakan ruang simpanan yang amat kecil didalam komputer anda.Salah satu perisian yang amat bagus .


10.Foxit reader
Tahukah anda tidak semua dokumen yang anda muat turun itu dapat dibaca di komputer ini.Ini kerana kesemua dokumen itu mempunyai pelbagai format.Foxit reader menghapuskan masalah anda.Segala dokumen mampu dibacanya,seperti namanya foxit reader.

3 comments:

  1. good info,thank

    ReplyDelete
  2. Bro, very good post!..tapi ada satu tertinggal la rasanya..apa kata masukkan microsoft security essentials. Cadangan sahaja :)

    ReplyDelete
  3. Internet download manager lagi best dari free download manager :-)

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails