nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday 6 September 2010

AWAS:Komplot antara Ahli Nuffnang

Salam semua.Hari ini saya ingin menjadi spy untuk mendedahkan satu komplot diantara ahli Nuffnang.Komplot itu Dipanggil Awak KLIK iklan saya,saya KLIK iklan awak.


Benarkah wujudnya komplot sebegini.Benar,ianya wujud diantara Ahli Nuffnang dan masih diamalkan.Sama seperti Saya Follow awak,Awak Follow Saya.Akan tetapi Saya Follow Awak,Awak Follow Saya tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan,sekadar menambah kenalan dan meningkatkan Trafikk bukan?


Berbalik kepada Komplot Saya KLIK iklan Awak,Awak KLIK iklan Saya,ianya bermotifkan keuntungan.Memang tidak salah untuk seseorang Ahli nuffnang untuk mencari cara menambah pendapatannya.Malah hampir 99% Blog meletakkan Iklan,semuanya bertujuan untuk mendapatkan Komisen daripada Pengiklanan bukan?


Apakah Keburukannya?Keburukannya ialah Pendapatannya tidak Halal sebagai Orang Muslim.Ini kerana Nuffnang telah mengariskan garis panduan serta larangan melarang sesuatu Blog itu menyuruh atau mengalakkan orang mengklik Iklan mereka.Bagi Nuggnang pula,Mereka akan kerugian kerana ahlinya main ikut pintu belakang.Ini tentu tidak adil bagi Ahli Nuffnang yang lain bukan?


Berblog sama seperti Berniaga.Ada turun ada naik.Sekiranya kita hendak mencapai keuntungan dengan iklan ,biarlah secara adil.Gunakanlah AKAL fikiran untuk menarik orang ramai ke Blog kita sendiri,Tambah ilmu yang berguna.Rajinkan menjenguk blog orang lain,berikan pendapat serta komen yang bernas.Insyaaalah,Pengiklanan kita akan mencapai keuntungan.Lihatlah Blog-blog yang telah terkenal,mereka mencapai beribu-ribu trafik seminggu,Adakah mereka menyuruh atau mengunakan cara halus untuk memujuk orang Mengklik iklan mereka?Tidak bukan.


Sebagai Contoh,blog Hanis Zalikha,Trafiknya memang amat tinggi,Followernya mencecah Awan.Apakah yang Pembaca Hanis suka serta rela Mengklik IKLANnya?Cara penulisan nya yang bersahaja serta Kelakar.Tidak perlu dipaksa,Hati pasti rela untuk Mengklik iklan itu.


                                      siapa pernah baca blog ini,ramai bukan?setuju
                                      saya cakap sekiranya anda rela klik iklan pada
                                            blog ini dengan RELA HATI?


Tetapi saya yakin Nuffnang pasti tahu sekiranya ada komplot ini bukan?Senang saja caranya.Siapa
ahli Nuffnang yang ingin klik Iklan saya?Aik,tiada sesipa bukan,ini kerana semua ahli tahu,pendapatan iklan berdasar kekerapan Klik bukan.Dengan cara ini,Nuffnang tahu sama ada berlakunya Komplot.Sekiranya cuma satu dua saja seminggu Ahli Nuffnag mengklik sesama sendiri,Tidak mengapa,tetapi kalau beribu Klik seminggu ?


Menulis,biarlah dari Hati.Penulisan yang tulus,pasti akan mengharukan Hati.Insyaalah...


21 comments:

  1. Nak kaya cepat boleh r join group ni hhu

    ReplyDelete
  2. tang nie jagn riso la... nuffnang xde la bodoh sangat..

    yg bro pasti... if seseorang tue pernah mengklik iklan di blog sesiapa... klik yang ke-2 ke-3 dan seterusnya untuk iklan yang sama xkisah dari blog yang berbeza.. tidak akan di kira.

    kiranya cam fraud click la kan

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  3. dah lama tahu pasal groups tu.. baik hentikan bagi sesiapa yang terlibat.. kerana ianya tidak mendatangkan hasil pun.. bloglah cari yang berhemah pasti ramai orang klik blog anda tanpa disuruh.. :)

    ReplyDelete
  4. haha, memang ada yg jenis camtuh
    tak percaya tgk kat chatbox
    "i click your ads, click me back" dan macam2
    yg jelsas, nmpk sgt mereka tak ikhlas
    lagi satu, hilang tujuan sebenar blogging

    ReplyDelete
  5. rasanya suatu ketika dulu dah ade BLOGGER yang tegur pasal cubaan yang sebegini... nampaknya ade gak yang nak mencuba nasib lagi.... haish...

    ReplyDelete
  6. kita tengok brapa lama group cenggini akan bertahan....

    ReplyDelete
  7. betul! saya setuju!
    tulis blogpost yang bermakna dan berisi.

    ReplyDelete
  8. http://timelineskasih.blogspot.com
    menulis bukan kerana nama bro... atas dasar minat yang kaw2 mendalam... jumpe nuffnang ni pun kebetulan... so daftar je la... tau2 masuk jugak income... jom same2 folow memfollow dan tumpukan pade hasil penulisan....
    http://timelineskasih.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. earning nuffnang bukan dari klik sahaja..actually klik tu cuma skit bonus je..yang lumayan adalah dari bilangan pengunjung blog kita semasa iklan tu keluar kat blog kita..

    sebab tu bila ada iklan keluar, kena cari banyak trafik untuk earn lebih...trust me klik2 tu semua mengabihkan bogheh jo..

    thanks sebab bangkitkan isu ni balik...

    Nuffnang Bertindak!!!

    ReplyDelete
  10. cet! main tipu depa...
    duit haram pun mahu

    ReplyDelete
  11. apa-sapa pun click iklan kalau berminat

    ReplyDelete
  12. Betul sokong,,,kdg2 ada yg sengaja klik nuff, pastu sruh klik nuff dye balik, tkut smpai masa kita juga yg kena banned xpsal2.. org lain yg sesuka klik, kita yg kena tggung.. mangsnya kita, bkn dye...hmmmmmmmmmm....

    ReplyDelete
  13. mmg nuffnang ada tool utk hidu tahi tu.. dan dulu pun nuffnang awal tahun baru ni pun nuffnang dah warning blogger2 yg buat tahi ni.. bikin malu je

    ReplyDelete
  14. kalau iklan adsense dah lama kene ban bile byk fraud klik ni.

    heran jugak bila ada ramai blogger yg letakkan 'arahan' suruh klik kat iklan nuffnang mereka. padahal perkara tu kan melanggar peraturan nuffnang.

    aku ada jumpa entry pasal klik2 nuffnang ni kat sini

    ReplyDelete
  15. macam tu pow ada ..tapi kan ada jgk blog yg awk follow sy sy follow awk ..tpi bila kita follow dia dia x da pow follow kita..bagi sy x kisah nak follow ke tidak..sbb tujuan sy blog untuk berkongsi matlumat dan pendapat.kalo ada kwn2 nak follow tu alhamdulillah terima kasih byk2.apa pow blog yg sy follow akan setiasa ada kat blog sy walaupun x follow sy ..

    ReplyDelete
  16. dulu pernah terjebak dgn gejala ni..skrg dh insaf lepas diberi amaran

    ReplyDelete
  17. mkn rezeki x halal la klau duk wt keje mcm ni..

    ReplyDelete
  18. pada aku kalo dpt duit dr berblog ni kire rezeki n alhamdulillah kalo x dpt pun xper. aku berblog saje bersuka2 tambah kenalan n ilmu :)

    ReplyDelete
  19. aku dh takde iklan nuffnang kat blog aku, sebab aku dh buang... hehehehe...

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails