nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday 12 August 2010

The Bedside Detective-Filem romantik Thailand


Salam semua.Baru-baru ini saya telah membeli dvd movie The Bedside Detective.Awalnya xtertarik lansung untuk membeli,apatah lagi empunya diri xminat cerita romantik,Namun pas dipujuk oleh penjual DVD,beli jugalah.Daripada 5DVD yang dibeli,cerita inilah yang terakhir saya tengok.Itupon pas boring tahap lipan.

                                       heroin yang comel Nam-pun

Cerita ini memang best,romantik serta ada unsur humor didalamnya.Watak utamanya iaitu hero(Sunny Suwanmethanon) memang cute,manakala heroin dia(Phatrasaya Krueasuwansiri) memang comel.Cerita bermula apabila Jock(hero)lakonan Sunny Suwanmethanon mengalami kegagalan didalam bisnes restorannya,Seorang pereka yang selalu mereka ciptaan baru,malangnya rekaannya seringkali gagal.Untuk memulakan bisnes restorennya,dia meminjam wang daripada along.Namun gagal membayarnya setelah restorennya gagal.Ini menyebabkannya diganggu Along yang mengancam akan membunuhnya sekiranya gagal membayar hutang.

Untuk membayar hutangnya,Jock terpaksa menjadi detective yang menyiasat pasangan suami isteri yang curang.Satu hari,dia menerima kes untuk menyiasat seorang suami yang mungkin curang.Semasa menyiasat itulah,dia terjumpa dengan Nam-pun(heroin).Malangnya Nam-pun ini adalah perempuan mata duitan yang menghabiskan duit lelaki.Satu perasaan wujud didalam hati Jock apabila menyiasat mengenai Nam-Pun.Maka bermulalah jalan cerita yan romantik diselang seli dengan unsur humor. Menapakah Nam-Pun ini mata duitan,serta dapatkah Jock memikat hati Nam-Pun dan menyedarkannya?Jangan lupa membelinya.....


                                                 salahsatu babak dari filem

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails