nuffnang

mereka yg kuhargai

Wednesday 28 July 2010

Sehati berdansa diSumpah!!!!!

Apa khabar,hari ini tetiba saja ingin pula kita menulis mengenai tentang satu program realiti Astro yang menjadi kesukaan orang ramai.Program ini Sehati Berdansa.Proram ini lain dari program realiti yang lain,yang mana pasangan Artis akan merebut wang kemenangan untuk badan kebajikan pilihan mereka sendiri.Malah,bagi pasangan yang kalah,mereka tetap tidak pulang dengan kosong kerana badan kebajikan mereka akan diberi sedikit sumbangan mengikut berapa jauh mereka telah pergi.


Program ini telah dijalankan dengan jayanya selama 3 musim,dengan 3 pemenang iaitu pasangan Shidee dan Vanidah Imran, Lisdawaty bersama Fauzi Nawawi serta Nana dengan Sein.Kenapa pula Program yang berbentuk Amal ini diSumpah.Disumpah kerana mana-mana pasangan yang menyertai program itu akan bercerai berai.Kalau satu dua,kita boleh katakan ianya satu kebetulan,tapi kalau 6 pasangan?sebagai contoh Anne Ngasri dengan pasangannya Wafi, Radhi, Dira Abu Zahar, Atilia, Asheed dan Sabrina.Benar kah rancangan ini disumpah,sebenarnya tidak.Soal jodoh ditangan tuhan.

Mungkin kerana itu jugalah,Astro Menerbitkan program baru bagi mengantikan Program ini.Program itu ialah Mari Menari.Mari Menari sama formatnnya seperti Sehati Berdansa,cuma bezanya yang menyertai adalah orang biasa,bukan pasangan Artis.

Diharap.Sumpahan ini hanyalah kebetulan saja,mainan takdir.Sekian

2 comments:

  1. Nice friends...visit mine if u free ekh.. ;D

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan,blog anda juga teramat menarik

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails