nuffnang

mereka yg kuhargai

Friday 4 June 2010

Membina bisnes Internet

Sekarang ini,ledakan teknologi maklumat telah berkembang pesat.Infrastuktur ICT serta jalur lebar tanpa wayar telah dapat dinikmati oleh semua golongan.Berdasarkan tinjauan,teknologi jalur lebar tanpa wayar akan mencapai kemuncaknya .Inilah masanya untuk kita, golongan muda mudi untuk merebut peluang sama-sama menceburi bisnes internet.

Soalan yang sering menghalang kita daripada menceburi bisnes internet ialah
  1. apakah barangan yang ingin dijual di internet
  2. macamana hendak memulakan proses,lngkah-langkah memulakan bisnes internet
Kita beralih kepada soalan ke2 dahulu.Untuk memulakan bisnes internet,tidak semestinya memerlukan modal yang mahal. Tahukah anda bisnes internet adalah bisnes yang PALING MURAH KOSNYA serta PALING MUDAH untuk diproses.Cuba bayangkan untuk meminjam wang dibank,berapa banyak proses yang perlu dilalui,borang-borang,penjamin sereta tempoh masa menungu untuk kelulusan.Mengambil masa bukan.Berlainan dengan bisnes internet,segalanya amat mudah.

Saya memulakan bisnes internet hanya di cyber cafe suatu masa dahulu.Tiada siapa yang mengajar kerana di internet,segalanya mudah.Apa yang penting,anda harus memiliki SEMANGAT serta KESUNGUHAN untuk mengiklan,mempromosikan bisnes anda.Tiada istilah duduk goyang kak,duit berduyun-duyun datang.


Keperluan asas internet

  • Semestinya komputer,tetapi ini tidaklah penting sangat kerana di cyber cafe juga boleh memulakan bisnes ini.
  • Email sendiri serta Email untuk bisnes.saya mencadangkan anda membuat email dengan nama domain yang sama tetapi berlainan web.contohnya abcd@yahoo.com dan abcd@gmail.com.Senang untuk diingati bukan,malah terpulang pada anda untuk membuat paswordnya sama atau berbeza.Apa yang penting ialah pasword itu mestilah mempunyai gabungan huruf abjad dan nombor,juga simbol.Ini untuk mengelakkan pasword anda senang digodam oleh spam.
Sekiranya memiliki laptop atau komputer peribadi,saya mencadangkan perisian yang perlu ada pada latop atau komputer peribadi anda.

  • Window XP profesional,vista atau window7
  • Perisian anti-virus seperti norton,avira
  • Perisian anti spyware
  • Office xp
  • Adobe photoshop
  • Photo suite
  • Dream weaver
  • broadband(saya mengunakan broadband celcom)


Bagaimana hendak memuat turun gambar?

Ada pelbagai cara utuk memuat turun gambar ke laman bisnes anda.Saya mengunakan handphone sahaja.Pasti ramai mengangap yang kualiti gambar handphone kurang memuaskan.Sebenarnya ada beberapa handphone Bajet yang memiliki kamera yang Bagus.Saya mengunakan N73.Istimewanya handphone ini ialah ialah kanta carl veiss yang dimilikinya.Kanta ini adalah salah satu kanta terbaik didunia ini.Digabung dengan 3.2megapiksel,kualiti yang diambil cukup memuaskan.



ini adalah contoh gambar kasut yang saya cuba jualnya di ebay.Diambil dari jarak yang dekat.kualitinya memuaskan bukan?





Gambar ini pula gambar kenangan saya bersama rakan.Diambil dari jarak jauh dengan zoom.lihat pemandangan persekitaran,terang dan jelas bukan




Untuk memuat turun ganbar,ada 2 cara iaitu menghantar mms gambar anda ke email anda atau melalui card reader.


Akaun bank

Bagi memudahkaan urusniaga,kita perlukan satu akaun bank yang boleh diakses secara online.Saya mengunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u.com kerana kebanyaka peniaga atau pembeli mengunakan perbankan internet dari bank ini.

Bagaimana hendak mengaktifkan perbankan online?
    1. anda harus memiliki satu akaun misalnya maybank kawanku saving account atau Wadiahsah.
    2. pergi ke mesin ATM vawangan maybank,klik ke perbankan internet.anda akan diminta memmembuat satu pasword sementara di mesin ATM itu.(anda haruslah segera kerana ada tempoh hadnya pasword anda itu boleh digunakan,misalnya 24jam).
    3. Selepas itu,log in ke laman web www.maybank2u.com
    4. Oleh kerana ini pertama kali anda log in,anda perlu klik ke first in log
    5. Anda akan dibawa kehalaman TERMA DAN SYARAT .Baca syarat -syarat yang ditetapkan walaupun panjang.Selepas itu,klik accept.
    6. Selepas klik accept,anda akan dibawa ke skrin berikutnya dan perlu mengisi butiran yang dminta dengan betul seperti access no(access no ialah nombor pada kad atm anda,bukan no akaun anda) serta PIN(Pin ialah no pasword yang telah anda masukkan di bank tadi)
    7. Selepas itu,akan ada halaman menyuruh anda menulis Usernama serta pasword.Username ialah nama anda.Walau bagaimana pun tidak digalakkan memasukkan nama anda,gunakan nama samaran,sementara pasword ialah pasword yang anda ingin dimasukkan.
    8. Simpan Usernama serta Pasword anda sebaiknya.
Sekarang anda telah bersedia untuk menceburi bidang bisnes internet.Sungguh Mudah bukan.

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails