nuffnang

mereka yg kuhargai

Tuesday 22 June 2010

Blogger:bagaimana hendak membuat laman blog sendiri

BLOG.BLOGGER.Itu adalah perkataan yang hangat diperkatakan masa kini.Dizaman ini,kemudahan internet telah pun digunakan secara meluas.Tanyalah sesiapa,adakah mereka tahu mengunakan komputer?Jawapannya hampir 80% tahu mengunakan komputer.

Apa itu blog dan blogger? blog ialah halaman yang dicipta atau dibangunkan oleh Blogger.Ia memaparkan cerita mengenai kehidupan,bisnes yang dijalankan atau mengiklankan perkhidmatan.Kenapa ramai orang yang memilih blog daripada membuat laman web sendiri? Jawapannya ialah blog adalah PERCUMA,MUDAH DIGUNAKAN serta MELUAS.Tahukah anda,di Malaysia ini terdapat hampir 2 juta blogger.Ya,2juta blogger.Kita patut berterima kasih dengan kebebasan media di negara kita sedangkan di negara jiran,media mereka dikawal ketat oleh kerajaan.

Bagaimana hendak membuat blog?Senang serta mudah sekali caranya.Tahukah anda baru-baru ini ramai yang mengiklankan kursus membuat blog di media massa.dengan yuran yang mencecah ratusan ringgit sedangkan ianya sepatutnya percuma.Ia percuma kerana blog ini dibangunkan oleh pelayar web seperti google.Ianya juga percuma kerana terdapat tunjuk ajar didalam laman blog itu,seperti memasukkan gambar,template,mencantikkan laman blog serta aksesori untuk dimasukkan .Tidak ketinggalan juga cara untuk mengiklankan sesuatu barangan.

Jadi, tanya diri anda sendiri,adakah anda sanggup membayar ratusan ringgit untuk mempelajari membuat blog sedangkan ianya percuma.Apa yang paling sukar sekali ialah untuk memujuk orang ramai supaya mengunjungi laman blog kita.Bagi yang telah lama menceburi,tentulah ramai pengikut sedangkan yang baru berjinak-jinak pula terkial-kial mencari cara mempromosikan laman mereka.

Nak belajat buat blog?Cuma perlu ke laman web google.kemudian daftar saja disana.Tetapi pastikan anda membuat google mail dahulu(jika tiada).Selepas itu,klik ke blogger,daftar dengan akaun google mail anda.Seterusnya anda sudah mampu membuat laman blog sendiri tanpa bantuan orang lain.Sungguh mudah dan senang caranya.Juga percuma..............

4 comments:

  1. good info,xsangka pula mudah sebenarnyaq buat blog ini,thanks bebanyak

    ReplyDelete
  2. mmm...,nak tanye leh x...
    camne nk cari elemen yg sesuai dengan blog!!!!
    please...,rep my msj..

    ReplyDelete
  3. @Ana Malekamat mudah,hanya perlu ke laman blog MARIBINABLOG.segala jawapan anda anda disana.terima kasih

    ReplyDelete
  4. MembOsankn.....

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails