nuffnang

mereka yg kuhargai

Sunday 5 September 2010

Ikan harimau(TigerFish)

Salam semua pembaca.Hari ini kita cakap pasal ikan pula.ikan?Kenapa pula nak cerita pasal ikan?Nak buat lauk ke untuk berbuka atau Sahur?atau Nak Masak Asam Pedas ke,dan Lain-lain....

Semua salah,kita nak cakap tentang salah seekor Ikan yang paling Luarbiasa serta Menakutkan.Namanya Ikan Harimau atau TigerFish.Dengar serta baca namanya pun mengigilkan.Memang,seperti namanya,Ikan ini juga amat ditakuti oleh Penduduk sekitar Congo.Ini kerana ikan ini memiliki saiz yang besar,sehingga 3 kaki,malah pernah mecapai sehingga 5kaki.Tahu x berapa panjang itu?Saya memiliki ketinggian 6kaki iaitu 187 cm,jadi ikan itu sebesar dan sepanjang saya.

Ikan ini ditakuti kerana ianya memilik barisan Gigi yang tajam seakan Harimau.Gigi ini digunakan untuk membaham serta mengoyakkan daging mangsa.Dengan sekali "NGAP" saja,daging masa sudah terburai.Malah,bagi penduduk disana,terdapat cerita ikan ini pernah membaham manusia.


                                          Besarnya Saiz TigerFish ini.Jika ikan ini
                                          hidup di Malaysia,tentu x aman orang kita


Ikan ini berasal dari spesis Piranha,tetapi berbeza dengan sanak saudaranya yang kecil itu,yang memburu secara berkumpulan,ikan ini memburu bersendirian.Iyelah,saiznya dahlah besar,ikan manalah yang mampu bersaing dengannya.

                                              Lihat betapa besarnya gigi yang
                                                             dimilikinya


Jom lihat zideo dari youtube ini yang menunjukkan ikan ini berjaya ditangkap.Video ini adalah benar dan tulen kerana ianya ditangkap dan disiarkan di Discovery Channel.


  River Monster.....TigerFish




2 comments:

  1. saya suka tengok cite river monster..ikannya besar2 betul

    ReplyDelete
  2. Ngerinye tgk ikan nie.. giginye kalah gigi buaye..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails