nuffnang

mereka yg kuhargai

Showing posts with label Maxis. Show all posts
Showing posts with label Maxis. Show all posts

Wednesday, 20 October 2010

IPAD bakal ke Malaysia dengan Maxis.......

Salam semua,fonemena IPhone melanda Dunia sekarang ini.IPhone menjadi pilihan yang laris dimana syarikat telekomunikasi seperti Maxis,Digi,Celcom mendapat keuntungan melalui penjualan IPhone.Kini,Maxis merancang pula untuk membawa pula IPad ke Malaysia.

Walaupun IPad boleh dibeli diMalaysia,namun dengan Maxis,ianya lebih mudah digunakan.Ini kerana Maxis sedang sibuk membangunkan aplikasi terbaru untuk IPad itu.



Alat skrin sesentuh berbentuk tablet dikeluarkan pembuat komputer Macintosh, iPod dan iPhone itu kini dipasarkan dengan dua versi.
Versi WiFi iPad, membolehkan pengguna menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video, melayari internet atau membaca buku secara dalam talian, dijual di pasaran AS dengan harga permulaan AS$499 (RM1,656.68) seunit.

Satu lagi model yang menampilkan gabungan aplikasi WiFi dan rangkaian hubungan 3G selular dipasarkan dengan harga AS$829 (RM2,752.28) seunit.

Menurut sumber dalaman Maxis, meskipun harga ditawarkan di AS adalah AS$499 bagi versi asas iPad, harganya dijangka kurang daripada RM2,000 seunit bagi pasaran Malaysia.

Sumber-Berita Harian Online


Yang pasti,sebagai penguna,kita akan mendapat keuntungan melalui Persaingan ini.Jika Maxis membawa masuk IPad,tidak mustahil Celcom serta Digi akan membawa pula ianya.Maka akan terjadilah PERANG HARGA sama seperti IPhone.Satu lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia.





P/S:Encik Nuffnang,bila nak buat kontest IPAD......

Tuesday, 17 August 2010

Perang Harga internet

Sekarang ini persaingan diantara syarikat penyedia jalur lebar semakin hangat.Masing-masing dengan motto tersendiri,juga potongan harga.Jadi disini,kita berminat untuk meng"infokan "perang harga diantara Syarikat Penyedia Jalur Lebar ini.Semoga kawan-kawan semua dapat menilai apa yang terbaik untuk diri sendiri.Segala komen dari kawan-kawan amat dihargai.


Mari kita mulakan dengan Celcom Broadband.Saya mengunakan Pelan Celcom Broadband Advance(Data Only+Modem) sebanyak Rm 98 sebulan.Sepanjang saya mengunakannya,memang saya akui Celcom Broadband ini ada juga masalahnya,antaranya walaupun line Full,tetapi amatlah lambat terutamanya bila Traffik sesak.Disamping itu,kelajuan muat turun serta Upload juga kadang-kadang amat menghampakan,Tidak sepadan dengan Harga yang dibayar.Salah satu masalah yang sering berlaku semasa mengunakan Celcom Broadband ini ialah Linenya selalu sangat terputus,ini amat menyusahkan,terutamanya semasa menghantar email atau memuat turun Fail.



                                            Promosi terbaru Celcom Broadband
Digi Broadband

Saya tidak tahu sangat mengenai Digi Broadband,cuma apa yang saya tahu ialah Digi Broadband ini Mesra Pelanggan,iaitu selalu juga ada Reward,Hadiah serta Bonus.Digi menawarkan  2 jenis Pelan iaitu Pascabayar atau Prabayar.




P1WIMAX
Sebenarnya diawal kemunculan P1 ini,kawan-kawan semua memuji tentang perkhidmatan yaang diberikan,Antaranya terpantas serta jarang mengecewakan.Akan tetapi,itu diawal kemunculannya,sekarang,P1 sudah bertapak kukuh di Peperangan ini.



Streamyx



Saya telah meletakkan harga promosi bagi Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar.Segala komen serta Pendapat,amatlah saya hargai supaya dapat berkongsi dengan kawan -kawan yang lain.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails