nuffnang

mereka yg kuhargai

info teknologi komputer dan gajet

Avira adalah perisian anti virus.Tahukah anda bahawa kebanyakan perisian anti virus memerlukan lesen serta bayaran untuk tempoh tertentu.Tetapi Avira ada satu perisian anti virus percuma,malah mampu menandingi perisian anti virus yang berbayar.

Avira anti virus personal
ini adalah perisian yang diberikan oleh Avira kepada semua penguna atau yang berminat untuk menukar perisian anti virus mereka.Perisian ini adalah PERCUMA,dengan setahun tempoh lesen kuatkuasa.Selepas tempoh tamat,pengguna boleh memperbaharui lesen perisian mereka.

Perisian ini mampu menangkis ancaman virus,spam serta wallfare.Apa yang penting,pengguna harus sentiasa update perisian mereka.Saya memberikan markah 8 kepada perisian ini kerana ianya percuma serta boleh dipercayai.

Soalan mengenai Avira

Bagaimana nak update Avira?
Anda perlu ke laman web Avira http://www.avira.com,kemudian clik update files pada paparan search.cari  fail vdf dan ivdf,kemudian download kedua-dua file.selepas down load,tutup internet anda,klik Avira pada panel komputer anda,klik update,Avira akan update secara automatik.Selepas update,elok scan komputer anda. http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html


Kenapa perlu update?
Virus sentiasa berkembang,serangan spam,malware dan lain-lain banyak mendatangkan kerosakan.Oleh itu,update membolehkan perisian Avira anda mengenal Virus terkini serta cara memusnahkannya.

komputer saya gagal update Avira,apa masalahnya?
Ada banyak sebabnya antaranya perisian Avira anda cumalah salinan(perisian Avira yang tulen hanya mempunyai kod serta pendaftaran nama anda),Avira anda adalah Avira yang lama,Avira anda tidak diupdate dalam masa yang lama,Komputer telah dijangkiti virus baru.

Bagaimana nak tahu install Avira?
Anda perlu ke laman web Avira,klik ke Avira personel free antivirus,kemudian downloadnya(pastikan perisian antivirus lama dibuang dahulu,selepas download,Avira akan meminta akaun email anda bertujuan untuk mendaftar anda serta memberitahu info dan update virus yang terkini.

Bolehkah komputer kita ada 2 perisian Antivirus?
Ramai yang kurang arif mengenai komputer merasakan jika ada 2 atau lebih anti-virus maka lebih selamat,sebenarnya SALAH.Ini kerana komputer akan KELIRU serta BERkonflik satu sama lain,Akibatnya kedua-dua antivirus mungkin gagal mengesan virus serta gagal berfungsi.Jika berlaku keadaan ini,anda harus membuang kedua-dua Antivirus anda kemudian install balik cuma satu saja Antivirus.

Berhati-hati dengan perisian antivirus tiruan
Anda seharusnya berhati-hati dengan perisian antivirus tiruan atau palsu yang banyak terdapat di Internet sekaarang.Kebanyakannya adalah SAMPAH atau simulasi sahaja.Malah perisian ini amat sukar dikesan kerana hampir sama dengan yang tulen,cuma didalamnya hanya kosong.Apabila anda meninstall perisian antivirus palsu ini,komputer anda akan ditipu seolah-olah ada virus sedangkan palsu,maka anda akan dipaksa untuk membeli perisian yang tidak masuk akal atau aksesori palsu.Lebih malang apabil ada antara perisian ini meminta maklumat bank anda,serta mampu mengakses komputer anda dan mendedahkan maklumat penting.

Kenapa komputer saya menjadi lambat operasinya setelah memasang antivirus Kaspersky?
Pertama pastikan Kaspersky anda itu tulen.Ini kerana walaupun anda memuatturunnya di laman yang tertulis Kaspersky,tidak semestinya ianya tulen.Penipuan Antivirus palsu seperti yang tulen telah menyebabkan kerugian berjuta dolar keatas industri perisian.Untuk memastikan ianya asli,sila mencubanya di Hash code ataupun Hash Tab
Kedua anda tidak boleh memiliki 2 antivirus yang berlainan,atau 2 antivirus yang sama tetapi berbeza jenis.Seperi contoh Avira premium dengan Avira profesional,walaupun percuma tidak boleh memuat turun kedua-duanya kerana komputer anda keliru dengan perbezaan ini,jadi ianya akan lambat.
Ketiga berapa lama anda defragmeter komputer anda,serta membuang fail yang tidak diperlukan.Fail yang dimaksudkan bukan bermaksud dokumen anda,tetapi fail sampingan semasa memuatturun program,lagu,serta data di internet.Ini selalu terjadi sekiranya kita tidak mahir.Muat turun C-CLEANER yang terbaharu.
Sekiranya anda merasakan semua ini tidak membantu,saya menyarankan anda membuang saja Antivirus Kaspersky free  trial version itu.Insyaaalah,selepas ini komputer anda akan menjadi cekap semula.












post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails