nuffnang

mereka yg kuhargai

Ulasan Buku

Berfikir Gaya Trump

Donald J.Trumph,menyambung hayat jenama Trump selepas kejatuhan teruk bisnes ayahnya.Namun begitu,jatuh bangun bisnesnya berkali-kali tidak pernah memadamkan semangat beliau.Kini,sayap empayar Trump semakin maju dan terkenal.

Donald J.Trump



Dari sisi Gelap.begitu banyak pandangan negatif yang dilontarkan kepada trumph oleh pesaingnya.Bongkak,gila glamour,perjudian dan banyak lagi.Namun begitu,ada keistimewaan pada dirinya,iaitu Gaya pemikirannya.



muka hadapan

Berfikir gaya Trump tidak terhad menghuraikan 18 jenis gaya berfikir Trump semata-mata.Turut terkandung beberapa tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa.

muka hadapan





Penulis:Nazri Kadir
Terbitan:PTS Profesional
Harga Sem.Malaysia:RM 23.00
Sabah dan Sarawak:RM 25.00
Dibeli dari:MPH JB


Ulasan Buku

Donald J.Trump ialah Raja Hartanah New York.Memang tepat sekali gelaran yang diberikan.Dengan projek terbesar beliau Trump place yang juga merupakan projek terbesar di New York.Melibatkan pembinaan 18 buah  bangunan pencakar langit yang dibina sepanjang Sungai Hudson dengan keluasan 100 ekar.


Turut diceritakan didalam buku ini ialah mengenai keturunannya yang terawal di Amerika,Datuknya serta Ayahnya.Ayahnya ialah Mentor sebenar dirinya,sejak kecil,Trump sentiasa mengikuti Ayahnya didalamm projek pembinaan.Ketahuilah bagaimana Keluarga membina Dinasti di Amerika..


Buku ini sarat dengan ilmu serta pengalaman yang menarik mengenai beberapa tokoh terkenal didalam Dunia bisnes.Antaranya Kisah mengenai Pengasas KFC.Kolonel Sanders yang bermula agak lewat didalam menjalankan perniagaan iaitu pada usia 65 tahun.Namun berkat kegigihan Kolonel Sanders,yang merantau serta mengembara diseluruh pelusuk Amerika selama 10 tahun untuk memujuk Restoren-restoren mengunakan Resipi RAHSIANYA.Sehinggalah beliau bertemu dengan Pete Herman yang tertarik serta melabur didalam perniagaan Kolonel.Akhirnya resipi RAHSIA Kolonel Sanders terkenal di seluruh Dunia.

Tidak ketinggalan kisah Henry Ford,pengasas Syarikat Ford Motor Company dan pencipta kereta.Beliau sebenarnya dianggap bodoh oleh masyarakat kerana tiada kelulusan yang tinggi.Namun mengalah bukan Jawapan kepada Henry Ford.

Menarik mengenai buku ini,tokoh terkenal tanah air turut disertakan,antaranya Chef terkenal Malaysia Chef Wan,Profesor Diraja Ungku Aziz,Tan Sri Mustapha Kamal serta lain-lain lagi.Kisah mengenai jatuh bangun,kegigihan serta kepintaran mereka didalam menangani masalah amatlah mengagumkan.Berkat kesabaran,mereka semua menjadi antara yang terbilang........

Saya mengesyorkan bagi mereka yang berminat mengenai perniagaan supaya membaca buku ini.Isinya menarik,tidak menyesakkan fikiran.Satu buku yang berbaloi untuk dimiliki.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails