nuffnang

mereka yg kuhargai

Thursday 5 December 2013

Rasulullah is my Doctor...

Assalam semua pembaca belog ilmuwan internet.Pada hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang telah saya baca baru-baru ini.Buku itu bertajuk "Rasulullah is my Doctor".

Buku ini telah ditulis oleh Jerry D.Gray,seorang bekas wartawan yang telah memeluk agama islam.Beliau memeluk agama islam di Arab Saudi pada tahun 1984.Selepas memeluk agama islam,beliau mula menjinak-jinakkan diri mendalami ilmu perubatan islam gaya Nabi S.A.W melalui hadith yang dibaca dan perkongsian rakan-rakan seIslam.

Jerry D.Gray penulis buku ini-sumber google internet

Beliau pernah menghidap penyakit Migrain yang amat teruk dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan moden.Selepas memeluk Agama Islam,beliau tidak lagi mengambil ubat-ubatan moden,sebaliknya mengamalkan ubat-ubatan secara semulajadi dan mengikut ajaran Islam.Hasilnya penyakit migrain beliau hilang begitu sahaja dan kesihatan beliau bertambah dengan sangat baik daripada dahulu.

Semasa menjadi wartawan,beliau mendapati bahawa ubat-ubatan moden yang disarankan oleh Doktor pakar dan pertubuhan kesihatan dunia hanya mampu melegakan penyakit bukannya menyembuhkan penyakit.Hasil daripada pengambilan ubatubatan moden,penyakit yang sama akan terus menyerang sistem imun manusia.Akhirnya manusia menjadi terlalu bergantun kepada ubat-ubatan moden dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi merawati penyakit mereka.




Ini mendatangkan keuntungan yang amat besar kepada Firma-firma perubatan yang mengeluarkan ubat-ubatan,Vaksin dan sebagainya ke seluruh Dunia.Mereka membuatnya pada harga yang minimum namun menjualnya dengan harga yang sangat mahal.Walhal penawar kepada penyakit kita itu berada disekeliling kita dan amat murah dan mudah di dapati.

Satu soalan yang umat Islam harus bertanya kepada diri sendiri,Adakah anda percaya dan yakin akan kekuasaan ALLAH yang Maha Esa?Sekiranya Ya jawapan anda,Tahniah kerana anda tergolong di dalam muslimin dan muslimat yang diredhai.Namun sekiranya YA jawapan anda,mengapakah anda tidak mengamalkan cara rawatan islam yang mengikut Hadith dan Rasulullah S.A.W?.Adakah anda percaya kepada isi kandungan AL-Quran?,anda percaya namun dari segi perubatan anda lebih mempercayai perubatan moden dari mengikuti ajaran Al-Quran.


Di antara buku oleh Jerry D.Gray yang telah diterjemahkan


Isi kandungan buku ini menjelaskan pelbagai jenis ubatan-ubatan bermula dengan ketauhidan kepada Allah yang Maha Esa,Al-Quran,Solat,Doa,Rukyah serta ramuan-ramuan ubat-ubatan semulajadi dan cara penggunaannya seperti Madu,Habbatus Sauda,Bekam dan ramuan disekelilin kita seperti lidah buaya,Epal,Avokado,ubi bit,lemon serta bermacam-macam lagi ramuan.


Buku ini boleh di dapati di kesemua kedai buku di seluruh negara,berharga RM25 bagi semenanjung dan RM 27 bagi Sabah dan Sarawak.Komen saya tentang buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh kesemua umat islam.




Sekian,Sharing is Caring...


No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails